Isnin, Ogos 10, 2009

SHARING IS LOVING AND CARING...

Views


-SHARING IS LOVING AND CARING- & -LOVE IS ALSO FRIENDSHIP-...
kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.Manusia boleh membentuk seribu kata-kata,seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.....


Alhamdulillah..agaknya nak dekat setahun rasanya ana kat jordan..Banyak perkara yang berlaku tidak kira pahit mahupun manis.yang penting semuanya mengajar ana erti jerih perit kehidupan.Dan semua itu juga mengajar ana erti pengalaman hidup..Hidup bukan sekadar beroleh kegembiraan mahupun kebahagiaan namun hidup juga bakal bertemu dengan sendu duka pahit perjuangan..

Pernah suatu ketika ana rasa di uji sesangat..rasa low profile dan merasakan diri ana ini tak berguna..huhuhu tak mampu rasanya berhadapan dengan sesiapa.Aduh!!memang perit saat itu.Pada ALLAH ku memohon pertolongan..Irhamni YA ALLAH..Irhamni YA RAHMAN..Irhamni YA RAHIM...saat itu ana merasaka tiada siapa yang sudi memahami diriku.apatah lagi ana bukan seorang yang mampu share soal hati dan perasaan dengan sesiapa..(dah tu mcm ne org nk fhm ko...hhuhuh) Nak buat macam ne..itulah kelemahan ana..urmm..

Sebab itu "SHARING,LOVING AND CARING" penting dalam kehidupan kita..At least,walaupun teman kita tak dapat bantu selesaikan masalah kita tapi bila kita luah dekat dia, dia mampu ringankan hati kita.betul tak??(ke salah ana cakap??) tapi itu lah,salah satu kelemahan ana tak pandai nak share masalah dengan orang..macam mana ye??

So,ana nak berterima kasih sesangat kat insan-insan yang sentiasa disisi dan disekeliling ana...(dekat di hati ku..)..pertama,untuk roomate ana-siti fatimah binti rafik yang baru-baru ini telah menyandang jawatan sebagai ahli lembaga PERMATA iaitu Timbalan Biro Perhubungan..Tahniah dan takziah sahabatku..ingatlah,bila dilantik menjadi pemimpin kepada manusia,maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain.Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah.Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya maka lebih layak mendapat kemuliaan dari-NYA.Moga sahabat ku menjadi seperti pohon yang rendang dimana insan dapat berteduh,dan janganlah menjadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api...so,perubahan tampuk pemerintahan PERMATA terletak pada tangan anda.Jadikannya ia lebih gemilang dan terbilang.(chaiyokk!!!) sahabat ana ini sangat baik..dan dia adalah salah satu insan yang CARING dengan ana.Ana banyak terhutang budi dengan dia yang banyak membantu dan mendengar keluh kesah ana saban waktu.Maafkan atin ye banyak nyusahkan awak!!Dia adalah seorang pendengar yang baik..Bertuah rasanya bersahabat dengan dia.Doa ku semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk kamu kuat,cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

'Disebalik awan yang mendung,tersirat pelangi yang indah'
Itulah kata-kata semangat yang kak aisyah juga housemate ana ungkapkan..dan dari situ ana jadikan kata-kata itu sebagai penaik semangat sewaktu ana rasa DOWN..-di sebalik awan yang mendung iaitu mencorakkan bahawa setiap kehidupan kita ini pasti akan menempuh dengan pelbagai ujian dan cabaran..pahit atau sendu dan duka.Kadang-kala manusia sukar bertahan dengan ujian yang diberikan ALLAH pada kita..namun ingat!!"tersirat pelangi yang indah" iaitu disebalik ujian dan musibah yang kita hadapi,pasti ALLAH akan anugerahkan kebahagiaan buat kita.(xgitu kawan2..??!!)Dan paling penting kesabaran itu perlu......sabar itukan separuh dari iman.Insyaallah,bersyukurlah dengan setiap musibah yang ALLAH berikan..moga ada ganjaran buat kita yang redha dengan qada' dan qadarnya.Orang yang bijaksana tidak meratapi kegagalan hidupnya namun dengan hati yang lapang mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya..Hidup ini adalah warna warni yang terlakar pada kanvas,walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

Berbalik pada permulaan tadi...thanks juga pada kak aisyah yang banyak merubah atin kepda yang lebih baik.Dan akak lah insan yang banyak memahami dan sudi mendengar luahan dan masalah atin walaupun kadang kala akak sibuk..huhuh(yela,orang tu sekarang jadi menteri pembangunan wanita..hahha)akak,terima kasih yang tak terhingga banyak memberi buah fikiran pada atin dalam menyelesaikan masalah..moga kita akan terus tabah dan kuat dalam perjuangan kita!!(Takbir!!...ALLAHUAKBAR!!) Hidup ini ibarat seutas tali,kadang kala kita jatuh sakit dan terluka,dan itulah yang kita rasai saat ini..tapi,hidup kita juga seperti segenggam lidi,jika satu lidi kita mampu mematahkan,namun jika segenggam lidi,mana bisa untuk kita mematahkan...kesimpulannya kerjasama dan semangat kekitaan itu penting dalam perjuangan kita....!-Thanks dear kak aisyah...-

-Setiap manusia adalah arkitek kehidupannaya sendiri.Dia membinanya sebagaimana yang dia kehendaki,namun selepas dia membina apa yang dia kehendaki,kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibina olehnya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri..maka, JADILAH CAHAYA SURAM YANG KEKAL ABADI SINARANNYA DAN ELAKKAN DARIPADA MENJADI CAHAYA TERANG YANG BERSIFAT SEKETIKA CUMA...-

Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

so thats, sharing,caring and loving important to all of us!!











☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH