Isnin, Januari 04, 2010

~ Izinkan Ku menempung teduh ~

Views


Assalamualaikum...

~Izinkan ku menumpang teduh ~
Itu jawapan pertama yang aku dapat menjawab buat pertanyaan sahabat aku "kenapa atin suka buat blog?"...
Blog..

satu ruang dan medan untuk aku melahirkan sebuah kata-kata dan melakarkan coretan rasa hati yang sejurus direct dari idea aku sendiri.
Blog..

satu jalan untuk aku mencetuskan sedikit kemahiran aku yang mana sejak kecil ku berminat dalam bidang penulisan.
Blog..

satu langkah untuk aku menceburkan diri dalam menghasilkan karya-karya  yang mana diriku mengharapkan para sahabat sekalian dapat membaca dan menilai hasil ku yang tidak seberapa ini untuk dijadikan tatapan..
Blog..

Dengan ruangan inilah aku ingin menempung teduh..segala yang tercetus semuanya datang dari apa yang ku lalui dan hadapi..
moga dengan coretan ini dapat mendamaikan hati ..
Blog..

satu medan dakwah yang mampu ku menerapkan secebis nasihat dan motivasi buat diriku dan sahabat sekalian
kadang-kadang...
ku sering duduk dalam dunia aku sendiri ..

Melakarkan coretan untuk blog kesayangan  ni..
Mencurahkan untaian madah kata-kata dan aku tidak nafikan aku suka pada bahasa dan sastera...
Kerna itu aku jatuh cinta dengan kata-kata yang puitis dan menarik..kerna minat dalam bidang sastera terlalu mendalam dalam diri ini..
so,depends for ourself..
bagaimana kita hendak membuatkan medan itu nampak menarik..
masing-masing berlainan cara..
masing-masing punya buah pemikiran yang indah dan mantap...
Yang penting segala langkah yang tercipta tercetus
untuk mensyiarkan bumi ALLAH ..
kita adalah khalifah Bumi ALLAH..
Jadi..
Setiap apa yang kita lakukan adalah menjadi peranan yang penting untuk memakmurkan Dinulhaq..


Ingatlah..
Buah akal adalah ilmu pengetahuan
Buah jiwa adalah iman kita
Buah fizikal adalah kemajuan
Justeru...
Kita perlu sedar
Orang yang berbahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu adalah sumber hikmah
Jua menyediakan waktu tertawa
kerana tertawa itu adalah muziknya jiwa
Tidak lupa juga untuk menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu adalah pokok kemajuan dan peradaban bagi setiap insan
Mentertibkan waktu untuk beramal kerana beramal itu adalah pangkal kepada sebuah kejayaan
Menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda gurauan itu akan membuatkan muda selalu..
Dan..
yang paling penting dalam hidup kita adalah
menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan..
Sekali lagi ingin ku katakan
..izinkan ku menempung teduh..
Mencorakkan lakaran pelangi melalui tinta pena mujahadah
menyalurkan tinta dakwah melalui halusnya kata-kata
kerna..
kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu
Tetapi
kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera
~Izinkan ku menempung teduh~
saat hati berkobar menjadikan medan penulisan sebagai langkah untuk
meneruskan dakwah di alam maya..

..IZINKAN AKU..







☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

4 ulasan:

einsyie||انشراح berkata...

fuh..sastera2 kak sorang nih..
hehehe..

~ cahaya kesempurnaan ~ berkata...

baik,ana benarkan!silalah nti menumpang ye!kiki:-)

nur al-farhain bt kamaruzaman berkata...

YE..K AIN IZINKAN.HEHE..ADIK AKK SORG NI MAKIN MATANG..BGUS2...

Tanpa Nama berkata...

langkah mnuju imam syafi'e?
kate2 pnuh puitis..lidah lembut berserta madah indah..mnarik stiap yg mndgr..

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH