Jumaat, Mac 30, 2012

:: " Pimpinlah Aku Ke Syurga " ::

Views
( Terima kasih sahabat 'Ainun al maziah' untuk gambar yang terindah ini ~" Biar gambar berbicara kan? )



Bingkisan Rasa:
Terkadang, ada satu saat, antara kau dan aku ,dia mahupun mereka pasti pernah jatuh ke lubang yang sangat gelap.
Hati ampuh~
Kaki lumpuh.


Dan saat itu, bolehkah aku memberikan tugas antara kita , membantu Menarik tangan ini untuk dari terus jatuh ke dalam lubang gelap tersebut. 
Atau..membangunkan yang terlelap, tika aku terleka,kan berusaha membukakan mata hati ini untuk kembali bernyawa?


Serta,tatkala engkau pula yang terjatuh ke jurang yang gelap dan malap itu, Tolong..khabarkan aku untuk jangan biarkan aku terlepas pandang mengenaimu ataupun kalian tanpa disedariku..
 walhal engkau kian merasa suram dan gelitanya..
Kosong dan lemahnya jiwanya.


Kerna aku takut, tidak mahu salah satu anggota ku menerima azab seksaan yang pedih di akhirat nanti, demikian kerna sikapku, sifatku..yang dengan sekelip mata mampu mengundang saham masuk ke neraka.
Neraka itu NGERI ...:'(
Ingatkan aku bahawa ia mampu menjahanamkan setiap insan setimpal dengan dosa-dosa yang kita bina dan semai.


Sahabat,
Tariklah antara kita ke syurga.
Ajaklah antara kita menjauhi neraka..
Ingatkan saat terleka..
Kerna tegur itu tanda sayang kerna DIA.
Jangan biarkan aku hanyut dengan dunia, Jangan kalian jua turut pejamkan mata, serahkan diri pada dunia yang fana.


Tegurilah aku..
Kerna dengan cara itu, kita semua akan sentiasa beringat.
Terhantuk ,terngadah~
Sahabat-sahabatlah yang menjadi tunjang.
Membantu menerapkan kembali ruhiyah dan tarbiyah dalam jiwa yang kelam.


Tanpa kesilapan, kita takkan kenal diri.
Tanpa semua ini, kesalahan sama mungkin kan berulang lagi.
Bukankah mu'min yang sejati takkan terpijak lubang yang sama sebanyak dua kali?
Baiknya Allah menegur atas kekurangan.
Baiknya Allah tidak akan tinggalkan kita keseorangan.
Benar..hakikatnya kita akan sentiasa perlukan bimbingan cinta Tuhan.
Saya tak mahu ditinggalkan. Dan tidak mahu meninggalkan kalian..
Jauh sekali untuk membuang dari hati, kerna sayang ini tetap terus berpanjangan.


" Tolong~ Tarik aku untuk melangkah ke syurga, boleh? dan Pimpin aku untuk menuju ke arahnya..serta bantu untuk menjauhkan aku dari neraka " 


-AtinJieha-
Bayt Imtiyaz Crew,Jordan
30 Mac 2012

( Post yang bernada 5 minit )

Terima kasih Allah,
Meminjamkan nafas dan semangat untuk terus melangkah.
Walau adakala perjalanan terasa terlalu payah.
Sungguh~
Tegur kerna sayang, agar kelak bersama berpimpin jalan ke syurga yang dijanjikan.

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH