Sabtu, Mei 09, 2009

BERDIAM DIRI ITU LEBIH BAIK..BANYAK BERCAKAP SIFAT TERCELA..

Views


Mama selalu berpesan dan menerapkan pada anak2nya....
"
sesiapa yang banyak bercakap,maka banyak salahnya..sesiapa banyak salahnya,maka sedikitlah sifat malunya..sesiapa yang sedikit sifat malunya maka sedikitlah sifat wara' nya
dan sesiapa sedikit sifat wara'nya maka telah mati hatinya...."naauzubillah....

Bukankah berdiam diri itu lebih baik sahabat2...??
Mari kita renungkan,jika kita banyak bercakap tanpa hala tujuan..kadang2 kita akan tersasar.
Terlepas cakap yang bukan2 yang xpatut diungkapkan.contoh paling besar mengumpat...
bukankah mengumpat itu satu dosa yang besar..

Cuba kalian renungi Firman ALLAH S.W.T di dalam surah AL-HUJURAT yang bermaksud..
"
Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan dari prasangka.sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain,apakah salah seorang dari kamu suka untuk memakan daging saudaranya yang telah mati.Dan bertaqwalah kepada ALLAH.sesungguhnya ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT LAGI MAHA PENYAYANG.."

Banyak orang Banyak Ragam

Banyak Cakap Banyak Silap
Dosa Banyak Masuk Neraka
Pahala Hilang Amalan sia-sia....

Betul x kawan2.....??
kita semua tahu tentang dosa mengumpat tetapi kita tidak mengambil iktibar daripada ayat tersebut..Tak perlulah kita pertikaikan atau perdebatkan lagi.Apa yang kita dapat simpulkan takrif mengumpat itu merujuk kepada segala perlakuan,ucapan,perbuatan,isyarat dan sebagainya yang tidak disenangi oleh tuannya.Maka untuk menjadi seorang muslim,mukmin dan muhsin...janganlah sesekali mendedahkan keaiban seseorang kepada orang lain.Adakah kita sanggup untuk menjamah daging saudara kita sendiri sedangkan daging mentah pun kita tak sanggup untuk menjamahnya...Sesungguhnya kecelakaan besar untuk setiap pengumpat dan pengeji..
Menurut Mujahid bin Jabar Al-maliki yang mentafsirkan ayat ini..
Pengumpat itu bermaksud,"mencela peribadi seseorang dengan kata-kata yang memburukkan dan menyakitkan hati.manakala pengeji ialah yang memakan daging saudara yang telah mati,melalui umpatannya."
Justeru sahabat2 sekalian..jelas kini tabiat memburukkan dan mengaibkan orang lain adalah berdosa besar dan perbuatan ini mampu menjatuhkan maruahnya.maka apakah tindakan kita seterusnya.....???Tepuk dada tanyalah iman kita..

ALLAH telah mewahyukan kepada nabi musa A.S yang bermaksud..
"Barangsiapa meninggal dunia setelah bertaubat dari mengumpat,maka dia adalah orang yang paling akhir masuk syurga,dan barang siapa yang meninggal dunia dalam keadaan mengumpat(tidak sempat bertaubat),maka dialah orang pertama yang pertama masuk neraka...NAAUZUBILLAH!!!!

sahabat yang dikasihi...

Banyak bercakap adalah perbuatan yang sia-sia melainkan percakapan tersebut yang membawa manfaat dan berpesan-pesan mengenai kebaikan antara satu sama lain adalah yang dibenarkan.DAn banyak ketawa juga boleh menodai hati kita..bukan bermaksud disini tidak dibenarkan bergelak ketawa tetapi ketawalah seperti Rasulullah S.A.W iaitu dengan sekadar menampakkan gigi putihnya dan tidak terbahak-bahak..kepada mereka yang ingin mengambil pengajaran,maka elakkanlah diri kita dari mengambil mudah perkara yang dilihat remeh..sesungguhnya kadang kala yang remeh itulah yang membahayakan kita..

Daripada saidina Ali Abi Talib,Rasulullah S.A.W bersabda:"Bahawa seseorang lelaki yang berkata dengan sesuatu perkataan supaya orang tertawa,maka sebab sedemikian itu,dilemparkan dia di dalam neraka jahanam selama 70 tahun."


justeru,amalkanlah panduan daripada RASULULLAH S.A.W iaitu,"duduklah bersendirian itu lebih baik daripada mendekati orang durjana,sedang bergaul dengan orang yang baik (soleh)itu lebih baik daripada duduk sendirian.."

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH