Rabu, Mei 27, 2009

NADHZAHKU..KU CINTA PADAMU...

Views


...... NADHZAHKU SUBUR DALAM INGATAN.....

Dalam kenangan ku teringat memori semalam...bersama rakan dan teman yang bersama mengiringiku dalam perjuangan..kini aku melangkah jauh mengapai impian..bagi memenuhi hasrat cita dan kejayaan..NADHZAH ku tinggalkan dengan sejuta kenangan..menyemai benih sang pejuang..alirnya air mata tanda rindu ku pada kenangan..akan ku abadikan dalam kanvas hati aku seorang musafir di lautan ilmu bumi anbiyak jordan....




MARI KENALI SEJARAH SMA NADHZAH,BUKIT BESAR

Madrasah An-Nahdzah yang t'letak di Bt.12 Bkt Besar Kedah tlh diasaskn oleh Tuan Guru Haji Othman pd thn 1947.
Ianya adlh cadangan & bayangan yang ditimbulkan oleh Tok Kenali semasa beliau menuntut di Kelantan.
Tok Kenali m'beri sepenuh keyakinan & galakan kpd beliau utk m'asaskan sebuah madrasah kerana Tok Kenali beranggapan bahawa ilmu yang telah diajar olehnya lebih dari m'cukupi untuk m'buka sebuah madrasah pada masa itu.
Ini adlh kerana latar belakang kehidupan & pendidikan Tuan Guru Haji Othman sendiri sewaktu pengajiannya di Kelantan begitu aktif dlm bidang keilmuan & pernah m'jadi orang kanan kpd Tok Kenali.
Kewibawaan serta kebolehan beliau dlam memimpin sudah teserlah sejak dari awal lagi. Pada peringkat awal, agak sukar bagi Tuan Guru Haji Othman untuk m'dirikan madrasah ini tanpa m'dapat sokongan & kepercayaan drpd orang yang b'wibawa w/pun m'punyai hasrat yg begitu m'dlm.
B'bekalkan fikiran & galakan dr Tok Kenali & cita-cita beliau yg begitu tinggi serta m'cabar, maka cadangan itu telah dikemukakan oleh beliau kpd keluarga beliau sendiri.
Cadangan beliau tlh diterima malahan m'dapat galakan drpd keluarganya yg sememangnya kuat b'pegang teguh kpd agama, lebih-lebih lagi bapa beliau sendiri adlh merupakan seorang guru agama.
Sambutan kaum setempat khususnya kaum muslimin juga telah m'beri kekuatan kpd beliau utk terus b'juang bg mewujudkan sebuah madrasah sendiri yg dpt b'jasa kpd masyarakat Islam di Negeri Kedah.
Tujuan penubuhan ini sebagaimana madrasah lain iaitu utk menyalurkan kanak-kanak Islam tempat yg boleh menyemai ilmu Islam dlm berakidah yg sebenar.
Penubuhan madrasah ini juga utk m'jadi benteng m'pertahankan agama Islam dari diugut oleh sistem persekolahan yg ditubuhkan oleh kerajaan penjajah iaitu Inggeris di mana badan-badan Massionary Kristian memainkan peranan dlm proses p'belajaran ketika itu. Penubuhan sekolah-sekolah Inggeris ketika itu telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan Islam kerana sistem sekolah tersebut b'canggah dgn agama & tatasusila umat Islam.
Oleh kerana itu t'dengar suara-suara yg mengatakan bahawa "masuk sekolah Inggeris jadi kafir".
Begitu jugalah tujuan & motif penubuhan Madrasah Al-Nahdzah oleh Tuan Guru Haji Othman yg mana beliau mahu menyebarkan hukum Allah kpd anak bangsanya supaya m'jadi org yg arif dalam soal agama.
Madrasah Al-Nahdzah iaitu asalnya dari nama Pondok Pak Man telah menggunakan surau kecil b'sembahyang jemaah sebagai tempat pengajian pada tahun 1946.
Bilangan pelajar terus bertambah dari semasa ke semasa & pd pertengahan thn 1946 iaitu diawal penubuhannya jumlah penuntut lebih 200 orang.
Sebilangan pelajar ini bukan sahaja dtg dari negeri Kedah malahan di antaranya dari Perlis, Kelantan, Pattani, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor & juga dari Melaka serta dari Singapura & Indonesia.
Nama pondok ini semakin t'kenal & t'sebar luas keluar dari negeri Kedah adalah kerana latar belakang keluarga Tuan Guru sendiri & juga kerana peranan pondok atau sekolah ini yg semakin terserlah khususnya di kalangan mereka yang pernah mengikuti pengajian agama di sini.
Penglibatan Tuan Guru Haji Othman dlm bidang agama di Kelantan serta pernah tinggal di sana, juga pernah m'jadi p'bantu Tok Kenali telah menyebabkan beliau tidak asing lagi kpd masyarakat Kelantan.
Oleh itu apabila sahaja berita kewujudan pondok yg dikendalikan oleh beliau diketahui maka ramailah pelajar dari sana datang utk b'guru dgnnya. Sehingga ke hari ini Madrasah Al-Nahdzah terus mengorak langkah ke hadapan demi m'perjuangkan agama Islam di atas muka bumi ini di samping ia memainkan peranan melahirkan para ulama' yg bakal memimpin umat pd masa akn datang.


DIARI 6STAM NADHZAH 2008

" Aku sebagai pengemis ilmu"



AKRAB PERSAHABATAN..
☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH