Musim Hujan , musim rindu.
Selalu dibilangku ..Hujan, menarilah ~
Jangan pernah kaku,
Jangan pernah malu.
-------------------------------------------------------------
Dengan Nama Allah,
Azza wajalla.
Ku hunuskan pedang pena, rancakkan transformasi musim yang melanda.
Ada Terik, ada Hujan.
Terik-terik sang mentari,
Terik lagi di padang mahsyar nanti..
Ya,
Musim Transform kini,
Ada bunga yang menguntum senyap,
Ada hujan yang merintik lebat,
Ada Cahaya terik menghangat,
Segalanya berpaksi di bawah TUHAN yang KUAT.
Aihh~
......
Seperjalanan..
Ada sahaja yang mengiringiku.
Kadang Hujan yang membuahkan tawa,
Kadang bunga-bunga persis Sakura di Urdun yang tidak segan mengurai jatuh.
'Mereka' , buatkan ku tersenyum seorang sendiri.
Rasa bahagia menusuk hati.
Rasa kalbu tenang dengan alam yang Ceria ini.
Musim sedang bertransform,
Manusia juga sedang , dan akan.
Dunia juga sedang alami perubahan.
Sekelumit, terdetak di jiwa.. Ohh~ Musim-musim ..Moga ini kali punya transform adalah yang lebih baik .
Sibuk bertukar Musim,
Aku jadi Rindu. Sketsa melafazkan doa rabithoh bersama teman-temanku .
Tiap kali usai subuh dan Asar,
Menguntai mathurat , bersudahkan puing-puing doa Rabithoh.
Walau perilaku kebiasaan yang halus, kerna doa itulah yang menautkan hati-hati yang jauh renggang .
Musim di tanah air sendiri, Perlukan Juhud yang lebih tinggi.
Hendak berbuat sesuatu, usaha kena maksimun.
Lain benar di sana dahulu, andai tersasar jauh, akan ada 'tangan-tangan ' yang segera menarik kembali.
Menepuk hati ku dengan lantunan ayat mahabbah ILAHI.
Menggosok bahuku dengan senyum yang bukan bernada sinis.
Kerna itu Musim yang dilalui ini, Makin menjadi-jadi.
Jadi Rindu yang tidak mampu terungkap dengan lisan yang berapi-api.
Hanya dizahirkan dengan nota hati, pada kanvas putih yang diwarnai .
Rindu Peneman Yang MEMAHAMI, bukan Menghukumi.
:')
------------------------
Gusarku menyembuh bila terkena penangan coretan Ummu anas dalam Istikharah CINTA nya.
Saat sunyi-sunyi meneliti buku-buku anak murid yang perlu dilunaskan,
Saat tiada telinga, bahu yang boleh dipinjam dan disandarkan,
lakaran ini Membuah cinta.
Sarat dengan ketukan luar biasa.
Aku masih kurang dalam menghamburkan cinta rupanya.
Belum mampu dikategorikan sahabat yang baik untuk semua.
Namun,
Hidup perlu usahakan.
:')
Aku sisipkan sikit isi-isinya.
Biar bukan aku sahaja tersentuh dengan kalam-kalam dari seerah dan kisah terdahulu kala, firman dari Rabbinya.
Biar segalanya menyebar luas seantero alam membacanya.
Bahawasanya,
Berkasih sayang, bercinta dengan sahabat-sahabat itu, meningkatkan halawatul iman.
Manisnya yang terlalu indah,
Cantiknya mengugah durjananya taghut,
Penularan rasa, meningkatkan iman di jiwa.
Ohh~ terlalu ketara 'Osem'nya.
Mencinta teman, kerna TUHAN yang Esa.
" Di antara hamba-hamba ALLAH, ada manusia yang tidak termasuk para Nabi dan juga para Syuhada', tetapi pada hari akhirat , para Nabi dan Syuhada' cemburu kerana kedudukan mereka disisi ALLAH."
Sahabat-sahabat Rasulullah bertanya,
"Wahai Rasulullah, maklumkan kepada kami siapakah mereka?"
Rasulullah menjawab,
"Mereka adalah orang yang saling mencintai kerana Allah dan bukan berdasarkann hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan."
" Demi Allah, muka mereka itu bercahaya. Mereka berada di atas cahaya. Tidak takut ketika orang lain berasa takut. Tidak berdukacita pada saat orang lain berdukacita."
Kemudian, Rasulullah berkata seperti yang direkodkan oleh Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Hibban,
" Ingat, sesungguhnya wali-wali Allah tidak berasa khuatir dan tidak pula bersedih hati."
Abu Hurairah pula menceritakan, orang yang menziarahi temannya di tempat lain , lalu Allah mengutus malaikat bagi mengawasinya dalam perjalanan. Ketika sampai di tempat yang dituju, malaikat bertanya kepada lelaki berkenaan,
" Kamu mahu bertemu dengan siapa dalam keadaan berjalan begini jauh?"
Pemuda itu menjawab,
" Saya ingin bertemu sahabat saya."
Malaikat bertanya lagi,
" Apakah demi mendapatkan sesuatu daripadanya? "
Lelaki itu menjawab,
" Tidak , saya hanya mengasihinya kerana Allah dan saya berhajat menemuinya."
Malaikat memberitahu pula,,
" Oleh kerana itu, Allah mencintaimu sepertimana kamu mencintai saudaramu. "
Dalam Hadis Kudsi juga ada menyebutkan, sekiranya dua orang bersahabat, satu di timur dan satu di barat, dan saling mencintai kerana Allah , pasti Allah mempertemukan kedua-duanya pada hari kiamat kelak,
" Ini adalah orang yang dahulu saling mencintai antara saudaramu."
Pilih,
Untuk lanjutkan kecintaan kepada Cinta di jalan ALLAH.
Pelihara,
kesuburan cinta tulus ini di dalam ruang lingkup yang Allah sediakan.
Dalam Al kahfi dicatatkan,
" Dan bersabar kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru TUHANnya pada pagi hari dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-NYA. Dan jangan kamu mengikuti orang yang hatinya Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan keadaan itu melewati batas. "
Kan ~
Pada tika itu, kita pasti memilih cinta hakiki dan abadi .
Dan kini kita perlu maju melangkah ke hadapan memilih cinta yang memenuhi tuntunan berlandaskan Cinta Ilahi.
Menghayun tangan dengan sahabat-sahabat tersayang.
Meletak jiwa dalam satu wadah.
Sungguh,
Musim ini, musim yang terlalu rindu.
Rindu menyapu air mata yang berjuraian.
Rindu menguntum kasih di ladang pohon-pohon tin.
Rindu bebulatan yang sering memberi impak yang besar dalam sanubari.
Rindu tangan yang hangat, senyum yang damai.
Rindu.
Musim transform yang rindu .
Selamat berubah musim .
Selamat bertukar bahtera yang lebih utuh .
Selamat berpilihanraya.
Selamat menjana kepimpinan yang saksama.
Selamat berpilihanraya.
Selamat menjana kepimpinan yang saksama.
Terima kasih hujan yang sering mendinginkan jasad dan tubuh.
Terima kasih bunga-bunga yang membuatkan ku kagum setiap di hariku.
Turun dan temanilah lagi daku.
:') ehee~
Nota SKH:
Moga musim untuk aku transform juga, dipermudahkan!
Ameen.
Allahu.
-AtinJieha-
23:35 p.m
07032013
( 90 days left ~ Allahuakbar. )
1 ulasan:
Moga kamo pon termasuk dlm golongan para sahabat yg saling mengasihi (^_^)
Catat Ulasan