Selasa, Mei 26, 2009

Wasiat RASULULLAH S.A.W kepada Muslimah..(2)

Views

JAUHKAN DIRIMU DARI DOSA-DOSA KECIL

Dari Aisyah r.a beliau berkata:Rasulullah SAW berkata kepadaku:

"Wahai Aisyah,takutlah kamu akan segala perbuatan dosa-dosa kecil.Sesungguhnya untuk perbuatan-perbuatan itu terdapat tuntutan dari ALLAH SWT."

SAUDARAKU WANITA MUSLIMAH..

Wasiat Rasulullah SAW kepada Ummul mukminin,Aisyah r.a sungguh indah dan amat berharga.Di dalamnya tersirat peringatan terhdap sesuatu yang biasa diperkecilkan oleh kebanyakan orang,iaitu dosa-dosa kecil.
Sepeninggalan Rasulullah SAW,ANAS r.a berkata:
"Sesungguhya kamu telah melakukan perbuatan2 yang lebih lembut menurut penglihatanmu daripada rambut.sedangkan pada masa NABI SAW,kita menganggapnya dosa besar yang menghancurkan."

MUSLIMAHKU.....

Seorang mu'min sejati tentunya akan merasa prihatin melihat orang2 yang beridentiti muslim terlalu berani melanggar hak-hak ALLAH SWT.Namun sayangnya,dia tidak mampu berbuat apa-apa kecuali hanya dapat berkata,"Aduh,betapa ruginya hamba ALLAH itu."

Seorang mu'min sejati manakala melihat kemaksiatan,dia tidaklagi mempersoalkan,apakah ianya dosa kecil,sederhana atau besar,maka jiwanya akan resah lantaran terlalu takutnya siksaan ALLAH SWT.Dia akan menangis kerana ngeri membayangkan gejolaknya api nerakadan dihantui perasaan khuatir barangkali dia terhalang untuk memasuli syurga.

Bilal bin sa'd r.a pernah berkata:"Janganlah engkau memandang pada kecilnya kesalahan.Namun,pandanglah siapa yang engkau durhakai itu."

Seorang mu'min seharusnya takut terhadap siksaan ALLAH SWT.Dengan demikian,dia akan berusaha semaksimun mungkin untuk sentiasa istiqamah di atas kebenaran dan kebaikan.

Namun kini wanita muslimah tidak lagi mempedulikan terhadap dosa-dosa kecil bahudah berani melakukan dosa besar secara terang-terangan tanpa sedikit pun rasa takut terhadap murka ALLAH SWT.Pada mulanya dia menilai remeh pada suatu dosa.Sementara dia tidak sedar bahawa manakala seseorang telah meremehkan suatu dosa justeru dianggap besar oleh ALLAH SWT.Bahkan tidak hanya sampai di situ,pada gilirannya dia akan jatuh ke dalam dosa2 besar.
Manakala benarlah kata seorang penyair:
"Setiap kejadian bermula dari pandangan.Api yang besar bermula dari percikan bara kecil."
"Betapa banyak pandangan yang menyerang hati pelakunya,bagai lepasnya panah tanpa busur dan tali."

MUSLIMAH YANG KUKASIHI...
Segeralah bertaubat dan berhentilah melakukan dosa2 lebih lagi dosa besar..Berusahalah meninggalkan dosa besar dan bertaubatlah dan memperbanyakkan istighfar dan menyesalinya.Sedarlah kemaksiatan meskipun sekecilpun adalah menjadi hak ALLAH SWT ZAT yang menciptakan langit dan bumi.Dengan penyesalan dan pengakuan ini,tentu ALLAH YANG MAHA LUAS pintu ampunan dan rahmatNYA akan berkenan mengampuni.

ALLAH SWT TELAH BERFIRMAN:
"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa2 yang kamu dilarang mengerjakannya,nescaya akan KAMI hapuskan kesalahan2(dosa-dosamu yang kecil)dan Kami masukkan kamu ke tempat yang amat mulia(syurga)." (AN-NISA:31)

"Dan bagi orang2 yang menjauhi dosa2 besar dan perbutan keji dan apabila mereka marah mereka memberi maaf." (asy-syura':37)

"(Iaitu)orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil.Sesungguhnya Rabbmu MAHA LUAS ampunanNYA."

Sedarlah wanita muslimah bahawa dosa-dosa kecil itu yang telah terkumpul banyak tentu akan membinasakan dan menghantarkan ke neraka.semoga ALLAH SWT melindungi kita...
"Takutlah melakukan dosa-dosa kecil.sesungguhnya melakukan dosa-dosa kecil itu seumpama kaum yang turun kedasar jurang.Lalu sebahagian kaum itu membawa tong kayu dan di pihak lain pun demikian juga.Mereka menanak rotinya.sesungguhnya dosa-dosa kecil itu menghancurkan."

(PETIKAN KARANGAN SYEIKH MAJDI FATHI IBRAHIM
PENTERJEMAH MUHAMMAD FUADI MUKHTAR)


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH