Sabtu, Julai 25, 2009

BILA BERFANTASI..................REALITINYA...???

Views

Bila berfantasi...

Aku memejamkan mata..

Dalam fantasiku kelihatan imaginasinya sungguh cantik serba indah bahagia

Bila berfantasi...

Angan-anganku tertakluk..tercapai ..wahhhh

Kerna fantasiku itu merealiasasikan segala yang tidak mampu kukecapi dalam kehidupanku

Bila berfantasi....

Hatiku terawang-awang indah

Tanpa mengenal apa erti itu sedih sepi mahupun sendu

yang telah menyelubungi segenap jiwaku di realitinya

Aku rasa aku adalah raja dalam dunia imaginasiku saat itu

Bila berfantasi......

Aku tidak akan mengerti jerih perit kehidupan

Aku juga tidak akan berhadapan dengan manusia yang berhasadkan dengki

menyimpan dendam kesumat didalam hati

Aku walau ku sendiri

Fantasi tersebt melontarkan pengembaraan yang penuh dengan timbunan
kebahagiaan dan keseronokan

Tapi.....

Tiba-tiba bila aku berfantasi..

Aku tersentak!!!!!

Aku bukakan mata........

Sekelilingku bukan fantasi sedangkan realiti yang terpapar

Di segenap ruang lingkup mataku

Aku adalah aku..

Tujuan hidupku bukan untuk berfantasi..

Aku lalai jua alpa.

Aku buta dengan fantasi imaginasi yang direka oleh ku sendiri

Bukankah masih ada di alam realiti

Manusia yang bertatahkan hati yang kudus serta naluri yang tulus

Sungguh aku tidak menyedari..

Realitinya kehidupan juga bakal berhadapan dengan berjuta-juta

timbunan kebahagiaan dan kasih sayang..

Bila di alam realiti....

Hidup aku pasti tidak akan sunyi dengan kisah suka duka sendu senda

perasaan itu hadir menjadi rencah kehidupanku

dan semua itu menjadi asam garam dalam mengajar aku erti pengalaman

Sampai bila harus aku berfantasi????

Sedangkan ALLAH TAALA menciptakan realiti padaku jua pada semua

Bahawa kehidupan bukan untuk bersuka ria

sedangkan di alam realitilah

aku perlu berjuang FISABILLAH demi menghimpunkan amalan untukku
membawanya ke timbangan akhirat kelak..

Agar aku dirahmati Ilahi untuk menjadi salah satu penghuni syurga-Nya

Ya ALLAH...Ya Rahman..Ya Rahim...

Irhamni Ya ALLAH.......

Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah......

Redha dan Rahmatmu kudamba walau ku sedar aku tidak layak untuk syurga-MU..

Irhamni Ya Ilahi.............................................

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH