Sabtu, Julai 11, 2009

Biografi Syeikh Ali At-Thontowi

Views
Bismillahirrahmannirrahim.... Alhamdulillah syukur ke hadrat ILAHI dengan nikmat islam,iman dan ihsan dapat ana coretkan kembali pada ruangan wadah dan nukilan yang kugarapkan buat pengisian para pembaca sekalian yang dikasihi..Insya-ALLAH.... Disini ingin ana berkongsi bersama anda semua tentang seorang tokoh yang mungkin tidak asing lagi yang banyak menyumbangkan tenaga besar dalam perjuangan dakwah untuk mengharumkan syiar islam di muka bumi ini.

BIOGRAFI SYEIKH ALI at-THONTOWI

Beliau merupakan seorang hakim(qadhi) yang berdakwah,seorang penulis dan editor yang berbakti,guru malahan seorang pemidato yang cukup hebat.Beliau dilahirkan di Damsyiq pada tahun 1908.Ayahandanya memegang jawatan sebagai Amin al-Fatwa yang merupakan seorang ulama' yang berwibawa.Pendidikan awalnya di Maktab Anbar,Damsyiq dan kemudian memperolehi 2 ijazah;undang-undang dan kesusasteraan Arab dari Universiti Damsyiq pada tahun 1933.

Kariernya bermula sebagai tenaga pengajar di Syria dan beliau bukan sahaja mengajar melalui sukatan bahkan melebihinya dengan menanam perasaan pada pelajarnya dengan erti dan nilai jihad serta dituruti dengan teladan dari dirinya.Beliau mengepalai pelajarnya mengadakan demonstrasi menuntut kemerdekaan Syria dari Perancis di samping melancarkan mogok besar-besaran selama 2 bulan sehingga melumpuhkan ekonomi negara dan Perancis menjadi serba salah.Setelah itu beliau berhijrah ke Iraq sebagai guru dan di sana pula beliau menanamkan perasaaan jihad di kalangan pelajarnya terhadap penjajahan British.

Akhir tahun 1940, beliau mengetuai gerakan sukarela mempertahankan Palestin dari diambil Zionis dan pada 1950,beliau berada di barisan hadapan menyokong gerakan perjuangan kemerdekaan di tunisia,Algeria,dan Maghribi dan antara caranya adalah pemboikotan terhadap barangan dan perkhidmatan Perancis sehinggalah negara-negara tersebut memperolehi kemerdekaan.Pada akhir 1950,beliau merayu derma untuk melengkapkan tentera Syria begi menghadapi israel dengan senjata yang berpadanan.Beliau meraikan mana-mana kejatuhan pemerintahan diktator dalam dunia islam dan bersedih jika ada kelompok islam yang mengamalkan sistem diktator.Beliau mempertahankan kebebasan sebagai hak mutlak manusia yang dianugerahkan oleh Allah Taala.

Selepas pembentukan Israel pada 1948,kehilangan Palestin menyebabkan beliau sangat bersedih lalu beliau melibatkan diri dalam persidangan Islam mengenai Palestin yang dibuat selepas itu. Beliau bersama Syeikh Amjad al-zahawi al-Iraqi menjelajahi dunia dengan misi mengutip derma bagi tabung Palestin yang di antara tujuan kutipan tersebut adalah untuk membina tembok bagi memisahkan bandar lama al-Quds(jerusalem)-yang masih kekal di tangan islam- daripada kawasan bandar moden yang dikuasai Yahudi atas dasar perlindungan dan keselamatan umat islam.

Pengembaraan ini menimbulkan kesan yang mendalam kepada beliau.Beliau menceritakan pengalamannya di negara islam dalam rancangan mingguan di radio dan melalui tuliasan beliau malah ada antara pengalaman beliau misalnya di indonesia dibukukan.Sekembali ke syria,beliau menjadi Hakim dan menjawat jawatan sebagi Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Islam sehingga dipecat pada 1963 oleh pihak revolusi yang menjalankan operasi "pembersihan" ramai hakim yang tidak selaras dengan revolusi.Sejak itu beliau meninggalkan Syria dan hasratnya untuk kembali ke sana sering tidak kesampaian.

Beliau sering menghadiri persidangan sastera dan persidangan ulama' islam.Pada awal kehidupannya beliau banyak berpegang kepada mazhab Hanafi kemudian membebaskan diri dari ikatan mazhab.Sebagi penguasa undang-undang pada akhir 1940,beliau terlibat dalam merumuskan undang-undang kekeluargaan di Syria dan memainkan peranan penting dalam membuat draf undang-undang islam di mesir.Sebagai ahli sastera,beliau menulis sesuatu dengan gaya bersahaja dan ringkas namun kaya sengan nilai bahasa dan sastera.Beliau pernah bertanding untuk kerusi parlimen pilihan raya pertama selepas kemerdekaan Syria dan pada 1947 tetapi tewas lantaran masuk campur tangan pihak tertentu yang tidak sukakan beliau yang amat terkenal dengan seorang yang tidak bertolak ansur dalam perkara prinsip dan nilai-nilai islam.Setelah itu beliau hanya mengikuti perkembangan politik tanpa bertanding dan beliau sering memperkatakan masalah tentang kepentingan ramai dan prinsip bahkan apabila musim pilihanraya beliau meyeru kepada pembentukan parlimen yang bercorakkan islam.Pada tahun 1954,beliau mengajak rakyatt memilih calon yang sesuai dan beliau menyatakan haram memilih calon parlimen dari parti komunis,Ba'ath atau parti-parti kebangsaan Syria lalu menyebabkan beliau dikritik hebat oleh akhbar parti-parti berkenaan.

Pada awal 1950,dalam khutbah beliau yang disiarkan melalui radio syria;beliau menghentam penganjur majlis tarian sebuah sekolah perempuan dan Perdana Menteri syria yang menghadiri majlis itu.disebabkan tindakannya itu maka pihak penyiaran radio berkenaan diberi amaran manakala beliau sepatutnya dihukum namun akibat bimbangkan provokasi kepada rakyat,maka beliau dibiarkan.

Apabila berpindah ke Arab Saudi pada tahun 1963,beliau tegas mengeluarkan pendapat meskipun bertentangan dengan ulama' saudi yang konservatif.Beliau antara orang pertama yang mempunyai rancangan tetapdi televisyen Saudi iaitu sebanyak 2 rancangan mingguan selama 25tahun dan ditambah sebanyak 10minit setiap hari di bulan Ramadhan.


Beliau mempunyai ramai penonton setia dan antaranya adalah al-Marhum Raja Faisal yang tidak ketinggalan menonton rancangannya pada hari jumaat bahkan Raja Faisal mengarahkan pihak televisyen tidak memotong mana-mana percakapan beliau yang dianggap tidak wajar disiarkan dan perkara ini berlanjutan walaupun beberapa tahun selepas Raja Faisal kembali ke rahmatullah.


Pada awal perpindahannya dari Syria ke saudi,beliau tinggal di jeddah;kemudian ke makkah selama 30 tahun dan akhirnya ke jeddah untuk lebih hampir dengan anak perempuannya hinggakan beliau mendapat status kerakyatan oleh Saudi bahkan turut dianugerahkan kerana khidmatnya untuk islam dengan Anugerah Antarabangsa RAja Faisal.

Pada awal 1980,beliau berdukacita dengan pembunuhan bermotif politik anak perempuannya,banan merupakan seorang yang terpelajar malah mewarisi kefasihan berbicara dan bakat menulis ayahnya.Banan adalah isteri Issam al-attar ,pemimpin kedua ikhwanal muslimin ,Syria.4 tahun selepas pembunuhan itu,barulah beliau dapat menulis dan bercakap mengenai anaknya lantaran kesedihannya.

Beliau menulis beberapa buah buku dalam pelbagai topik dan bukunya yang terkenal adalah "Pengenalan Ringkas Aqidah Islam,Diterjemahkan dalam bahsa inggeris dengan tajuk "The Faith'.Beliau menulis memorinya yang menceritakan keadaan hidup pada awal dan pertengahan abad ke-20 termasuk tokoh-tokoh yang berperanan mencorak sejarah syria secara bersiri di akhbar harian 'al-sharq al-awsat' yang juga diterbitkan di london dalam lapan jilid.Beliau kembali ke rahmatullahpada 19 jun 1999 dalam usia 91 tahun di jeddah,Arab Saudi;negara yang menjadi tempet tinggal beliau sejak 1963.
☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH