Jumaat, November 20, 2009

~..Wahai Penda'ie..~

Views

Jika aku bersedih tanpa kata,ingatkanlah aku dengan terbiyah pencipta.jika aku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..jika antara kita ada tembok yang memisahkan,ajaklah aku leraikannya segera..jika pernah hatimu terluka,iringilah nlenaku dengan kalungan doa darimu..

~MENCARI SPRIRIT YANG HILANG~

Wahai Penda'ie...

Sesungguhnya Ladang dakwah terhampar luas,maka adalah kewajipan kita untuk menyirami tanah-tanah tandus serta menyemai benih-benih unggul,agar tumbuhnya pohon-pohon kejayaan islam.

Allah Taala pasti bersama kita jika kita selalu bersama-NYA.Dan pastinya ALLAH akan membantu kita tatkala kita membantu agama-NYA.Justeru,bertakwalah pada ALLAH TAALA agar ALLAH memudahkan segala urusan dan perjuangan.Sesungguhnya ALLAH SWT akan bersama dengan hamba-NYA yang berjihad di jalan-NYA.

Wahai Penda'ie

Keadilan yang kita perjuangkan serta kesejahteraan yang akan kita wujudkan memerlukan keikhlasan dan keimanan dalam meniti jalan keredhoaan-NYA.Amalkanlah syariat-NYA untuk mendapatkan balasan dan ganjaran yang lebih berharga dari-NYA.

Sesungguhnya ribuan langkah yang kau tapaki,tanpa mengenal erti jerih penat dan jemu untuk menyampaikan firman ALLAH TAALA,walau teriknya matahari beratnya ujian,ia tidak menyurutkan langkahmu,walau deru hujan dan badai..namun tidak juga mematahkan semangat azammu untuk mengibarkan panji-panji-NYA!

Meskipun jiwa ragamu terluka,namun fatamorgana dunia juga tidak menyilaukan pandanganmu.Semailah niat nan suci untuk menegakkan panji ILAHI membangkitkan "Generasi Robbani"


Wahai Peda'ie..

Tegakkanlah islam didalam dirimu serta sebarkanlah cahaya islam dalam lingkunganmu.Dan sambutlah seruan mujahid yang melangkah maju ke hadapan..Sesungguhnya adakah kita rela melihat panji AL-ISLAM terkulai runtuh musnah terburai??maka takbirlah dan tekadkanlah jihad yang kau hidupkan.Agar syahidlah yang kau rindukan,Berakar ke lubuk bumi menjulang menggapai langit berayun seiring angin maju..!!

Sedarlah wahai penda'ie,Dunia islam sekarang telah terbakar,runtuh tertindas bahkan hancur dek kerna manusia yang bertopengkan syaitan durjana.Telah tiba waktunya untuk kita menyirami air semangat juangmu walaupun hanya dengan percikan..Semangatlah untuk memadamkan kobar kejahatan dan kita merentas jalan ke tengah lautan dengan satu semangat cita-cita yang membara dalam menyambut semangat lantangnya seruan jihad!

Wahai penda'ie..

Bajakanlah tekad atur langkahmu serentak untuk menyatukan hati dan niat suci hanya mendambakan redho ILAHI serta untuk meraih cinta AR RAHMAN..Sesungguhnya aral menhadang bukan menghalang apabila azam kuat berkobar..maka,tegakkanlah haq dan batil untuk menegakkan tingginya kalimat ALLAH TAALA,Cahaya Al-Quran disekeliling dunia untuk menjadi penerang insan semua.Dengan berbekalkan keimanan dan kebersihan jiwa,kita perlulah membela kebenaran walaupun di mana saja kita berada.Sesungguhnya indahnya perjuangan walaupun penuh tentangan .Langkah yang harus kita tempuh tanpa bimbang dan ragu.,maka Hanya dengan itu cita-cita akan berpadu.Sabarlah Wahai penda'ie,untuk menggapai cita-cita,jalan yang kau tempuh amat panjang.Yakinlah bahawa kemenangan bakal menjelang walaupun kita tidak dapat menghadapi masanya namun tetaplah AL-HAQ pasti menang.Maka tanamlah di hati benih iman sejati berpadukan jiwa yang rabbani untuk menegakkan kalimat ILAHI.


Wahai Peda'ie..

Bangkitlah dan bersatulah untuk mencurahkan tenagamu meninggikan kalimah-NYA.Pasanglah tekadmu dan jangan mudah mengeluh.Pastikan azam pun semakin meninggi melangit.Kejayaan Islam bukanlah sekadar mimpi.Namun janji ALLAH yang haq dan pasti..!!

"Selangkah Ke Alam Perjuangan Bererti Selamanya Dalam Kepahitan..Biarlah Menangis Terluka kecewa kerana ditinggalkan kerana ALLAH TAALA..Daripada Mati TERKAMBUS Tanpa Mujahadah .Kita Tidak Sanggup selamanya terluka..Tapi INGATLAH!!Setiap Titisan Darah Dan Air mata Itulah Mahar kita Ke Syurga..Bila Ditanya Kenapa Berjuang Itu Pahit,Jawabnya Kerana SYURGA itu Manis..Moga Diri Sentiasa Tabah Dalam Perjuangan."

~Patrikan Hatimu sang semangat mujahid mujahidah ...letakkan jiwa jihadmu setinggi awan di langit..jangan goyah jangan rebah..Roh Jihad membawa ganjaran yang sebesar-besarnya buat Sang mujahid yang kental hatinya..!!~



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH