Tetapi ingin mencetus mahu
Agar bergerak menuju mampu
Pencerahan bukanlah pada mengumpulkan pengetahuan
Tetapi membuka jalan kembara
insan mencari tuhan"
~ saiful islam.com~
Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)
Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerna dengan keizinan-NYA,maka akhirnya Program Persidangan Tahunan Mahasiswa sejordan (PERTAMA) kali ke 4 berjaya dilaksanakan dengan gandingan mantop oleh 3 Ahli panel yang tidak asing lagi di mata dunia..^_^
Pembentangan kertas kerja:1-Profesional dan ustaz di dalam dakwah2-Meneladani sejarah di dalam dakwah
3-Realiti Dakwah di Malaysia
Pembentangan Kertas Kerja:1-Wacana Baru Graduan Timur Tengah di Malaysia(Dakwah Rentas Agama)
2-Dunia Pasca "Clash of Civilisation"melakarkan konsep saling memahami di
di antara Tamadun
3-Fitnah Dakwah
- ustaz Heizal Hezri
"Clash Of Civilisation"
Program yang telah berlangsung di Dewan Masrah,Mu'tah University mendapat sambutan hangat yang mana dihadiri oleh sebilangan mahasiswa sejordan dari 4 mantiqoh iaitu zon Irbid,Amman,mafraq dan tuan rumah bagi pelaksanaan Program PERTAMA ini adalah Mu'tah.Justeru,.Selaku wakil AJK pelaksana,setinggi-tinggi penghargaan buat para peserta dan AJK pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan PERTAMA ini ..Sesungguhnya,pertemuan kali ini mengeratkan lagi silaturahim antara sesama kita..moga lahir kita di dalam lapangan masyarakat menjadi agen perubah ummah di masa hadapan..
3 murobbi....title buat 3 ahli panel yang sangat mantop ^-^.Pengisian yang amat menarik lantas memberikan satu hentakan yang membuatkan ana tersedar..hidup perlu berubah untuk menjadi agen pendakwah buat kegemilangan islam akan datang.Sesungguhnya kegemilangan islam adalah terletak di tangan kita,membajainya,menyemainya,menyuburkannya..terserah....segalanya melalui tanggungjawab kita sebagai seorang DA'IE!!Lantas,mengapa kita masih lagi berpeluk tubuh sekadar melihat dan menilai hanya pada seulas bibir dan melihat dengan perasaan yang tiada makna??
Dakwah..perlu didukungi oleh para da'ie yang berkemampuan dan sentiasa bersedia dalam melakukan usaha-usaha dakwah,tarbiyah,pelaksanaan tanggungjawab dan pengukuhan.Sesungguhnya,dalam setiap gerakan dakwah, setiap da'ie hendaklah mempunyai persiapan yang lengkap untuk terus menerus beristiqomah dalam menelusuri jalan dakwah tersebut.Antara persiapan-persiapan yang harus disematkan dalam jiwa setiap da'ie ialah:
- Persiapan Ilmu
- Persiapan mentaliti
- Persiapan Jasmani
- Persiapan Rohani,akhlak,dan daya kepimpinan
Persiapan Mentaliti:- Kebanyakan da'ie selalu gagal kerna tiada daya ketahanan mental yang kuat.Lantas mereka berputus asa dan meninggalkan dakwah sebegitu sahaja.Setiap da'ie perlu sifat yang bijaksana kerna daya berfikir yang tinggi dalam mengembangkan fikrah dakwah,membahagikan tugasan,menyelesaikan masalah,mengenalpasti kelemahan,mencari sasaran,membuat keputusan,dan mengambil peluang daripada sesuatu kesempatan yang berkaitan dengan kepentingan dakwah islam yang diperjuangkannya.
Persiapan Jasmani:- Sesungguhnya harus kepada kita sebagai para penda'ie menjaga kesihatan dari fizikal dan mental.Iaitu dengan mengambil makanan dan minuman yang seimbang serta menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan kemudharatan yang kepada dirinya
Persiapan rohani,akhlak dan daya kepimpinan:-Sesungguhnya para da'ie perlulah melakukan persiapan rohani iaitu dengan meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat serta mementingkan kesucian jiwa dengan bersifat wara' dan amalan ketaatan.
~Bukan bendera-bendera kecil berkibar yang akan memperkenalkan
manusia pada dakwah
Bukan pada slogan-slogan kosong di mimbar-mimbar
Namun,gerak langkah dan setaip desiran jiwa
yang dipenuhi dzikrulloh nan bercahaya
Qudwah,uswah,yang mempesonakan setiap mata dan perlahan
akan menarik mereka ke dalam dakwah
dengan keizinan ALLAH TAALA~
Sesungguhnya kita menyedari,bahawa apabila menelusuri jalan dakwah,kita akan bakal bertemu dengan kepahitan dan ujian yang bertimpa-timpa..Tapi ketahuilah,biarlah kita menangis terluka kecewa dan sedih kerana ditinggalkan kerana ALLAH daripada kita mati terkambus tapi tanpa mujahadah.Sesungguhnya jua,jika kita tidak sanggup terluka,maka ingatlah setiap pejuang di jalan ALLAH yang mana setiap titisan darah dan air matanya itu adalah mahar untuk kita ke syurga..Tatkala sang pejuang ditanya mengapa perjuangan itu pahit?? maka pasti jawabnya SYURGA itu manis..
Da'ie..
Adalah Pejuang yang menyusuri jejak-jejak kenabian dengan penuh ta'zim dan ketaatan..Sesungguhnya perubahan pradigma dakwah yang diviarasikan dengan beberapa kiasan bahasa dan gaya "how to"..dan menelaah berbagai-bagai persiapan kita untuk menjadi generasi rabbani ,mengkaji ulang sejarah para nabi dan generasi soleh terdahulu menjadi kewajipan kita untuk bergelumang dalam medan dakwah..Sesungguhnya pada kisah mereka itu ada teladan bagi pemilik akal yang mendalam.
Dakwah memang tidak mudah kerna ia memerlukan pejuang-pejuang yang berani dan bersifat kental. Dan dalam menelusuri Jalan dakwah juga tidak ditaburi bunga-bunga indah dan wewangi kesturi, tapi ia tberduri dan berliku, akan banyak kerikil-kerikil tajam dan duri-duri yang melukai tapak-tapak kaki sang pejuang.
Tapi, DAKWAH adalah ANUGERAH. Hanya orang-orang YANG TERPILIH mampu mengharunginya .Dakwah adalah perkara terindah dan nikmat terbesar yang wajib kita syukuri.. so, apalah erti hidup ini tanpa dakwah??
Teruslah BERLARI, hingga KEBOSANAN itu BOSAN mengejarmu.
Teruslah BERJALAN, hingga KELETIHAN itu LETIH bersamamu.
Teruslah BERTAHAN, hingga KEFUTURAN itu FUTUR menyertaimu.
Tetaplah BERJAGA, hingga KELESUAN itu LESU menemanimu.
(Ustadz Rahmat Abdullah)
Munsyid : Shoutul Haroqah
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Atin Jieha
0 ulasan:
Catat Ulasan