Khamis, April 08, 2010

Cerpen ~Siratan Duka Di balik Hijab~ 1

Views

~Bila hati berjuang kerana Allah Taala

Dugaan itu tempat bersinggah

Keperitan ditelan sebagai juadah

Kejayaan di anggap mimpi indah

Semoga Allah memberi kekuatan dalam perjuangan

Sang serikandi ..~


Siratan duka dibalik hijab.......



Di tengah deretan flora yang mulai berkembang,Aku dan sumaiyah menelusuri laluan tersebut sambil menghayati
keindahan itu seusai habisnya kuliah pada hari ini...segera ku menikmati keindahan itu dengan mengajak
sumaiyah duduk di bangku berdekatan deretan flora tersebut.."sumaiyah,jom.....",angguk sumaiyah mengiyakan
ajakanku..

Musim bunga kembali lagi...........

Takjubku pada persembahan yang amat menakjubkan yang tidak mampu kugambarkan dengan kata-kata
mahupun ungkapan,tidak juga ku mampu berdepan dengan keindahan ciptaan YA RABB kerana aku
merasakan terlalu kerdilnya aku berhadapan dengan kemuliaan-NYA yang tidak terhingga pada hamba-NYA.


Tiada lagi tanah tandus mahupun pokok yang bertatahkan ranting kering.kini segalanya dihiasi mekar kembangan
flora ..subur dan mewangi terbentang luas melalui keagungan-NYA.

"YA ALLAH,Maha suci ALLAH Yang Maha Pencipta dan Mentadbir seluruh alam ini.Sesungguhnya Tiada
Tuhan selain-Mu Ya Allah..." Bibirku tidak berhenti mengalunkan zikir memuji kebesaran Ilahi,apatah lagi tidak
lekang hati ini dari mengingati-NYA..Kerana aku tidak mahu tergolong dalam golongan orang yang tidak
bersyukur yakni "kufur nikmat".


Aku mengerti...

Sesungguhnya berbahagialah bagi yang memiliki kelembutan hati dan selalu mencuba melembutkan hati kerana
ALLAH MAHA Lembut dan mencintai kelembutan...Dan berbahagialah pula kepada orang-orang yang
mencintai keindahan kerana ALLAH SWT Maha Indah dan mencintai keindahan.Rasa pula adalah nikmat besar
dari ALLAH yang bisa menghidupkan suasana hati dan mengelorakan semangat,meneduhkan jiwa insan.Rasa
yang indah rasa yang penuh kelembutan dan rasa yang mampu membuatkan kita merasakan keagungan ALLAH
SWT.


"Humaira,sue nak tanya sikit boleh tak?"Sumaiyah mengenggam erat tanganku tiba-tiba.Aku melontarkan
senyuman paling manis buat sahabat perjuangan ku itu.Padanya aku mengangguk dan berkata,"Tanyalah sue..tak
payah la minta izin..tapi,macam serius je bunyinya?"Aku tertawa seraya mencubit pipi gebu sahabatku
itu.Sumaiyah segera menepis tanganku dengan lembut dan mengenggamnyanya dengan sepenuh hati."Maafkanlah
sue sekiranya persoalan ini menganggu fikiran dan naluri maira ye..sue inginkan jawapan darimu
sahabatku."Resah sumaiyah mengundang keraguan ku,terasa berdebar menanti..seulas senyuman sumaiyah
paparkan padaku."sue ingin mengetahui perihal dirimu.."Tunduk sumaiyah membuatkan aku semakin
bingung."katakanlah sahaja apa yang sue ingin ungkapkan,"aku membalas genggamannya.."Maira
tahukan,kebahagiaan maira adalah kebahagiaan sue jua.Dan sue sentiasa risaukan keadaan maira kerana maira
satu-satunya sahabat yang paling sue kasihi.sue tidak mahu sekelumit kelukaan menghinggap ke atas maira.maira
fahamkan? Sebenarnya sue ingin bertanyakan tentang taqdim dari ustaz haikal tempoh hari,bagaimana kah
keputusanmu?" Termangu aku seketika dan lantas aku memandang redup wajah sumaiyah.senyuman ku
lemparkan khas buatnya.seorang sahabat yang sentiasa gusar dan risau tentang diriku sehinggakan tidak
memikirkan dirinya jua terhimpit dengan pelbagai ujian dan cabran..walau segores luka pun tidak dia mahu
terkena padaku..SUMAIYAH..


"Sue,terus terang maira katakan,maira masih belum bersedia menjawab persoalan tersebut.Bagi maira,biarlah
persoalan tersebut berlalu seketika seperti angin yang berhembus halus kerana maira tidak bersedia untuk
memberi sebarang keputusan yang mana maira sendiri tidak mengetahui kepastiannya.Tapi sue,ketahuilah..maira
ingin meletakkan seluruh pergantungan hanya kepada ALLAH TAALA.Bagiku biarlah istikharahku yang maira
lakukan dapat memantapkan hati maira untuk membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan kehidupan
ku pada masa hadapan.Kerana maira tidak mahu tersilap langkah dalam memilih sang mujahid islam dalam hidup
maira yang di mana mujahid itu adalah pemilik cintaku setelah ALLAH dan Rasulullah.."Sumaiyah memelukku
sambil mengelap air matanya.Baginya sahabat seperti humaira adalah insan yang sukar dia temui dan humaira
adalah mawar berduri yang hanya orang yang layak sahaja yang begitu tulus dan suci mampu memetiknya.
Sumaiyah membisikkan kata-kata buatku,"humaira,teruslah menjadi serikandi inspirasi .."


~kesedihan itu harus diteriakkan

Biar tidak membeku

Kepedihan itu harus diungkapkan

agar tidak semakin menyayat hati~


"Humaira,sue tahu maira sukar membuat keputusan kerana penderitaan yang pernah maira alami kan?
Tapi apapun sue sentiasa menyokong maira dan akan sentiasa disisi maira.Janji dengan sue,sue nak maira
bahagia..maira kena berbahagia ye." Aku menyandarkan kepalaku dibahu sumaiyah."sue,Maira mencari sebuah
makna cinta yang hakiki.Resahnya jiwa maira jika maira kehilangan cinta HAKIKI tersebut..izinkan maira
mengecapi nikmat Cinta ILAHI dahulu.sekiranya ALLAH anugerahkan maira rasa cinta itu,mungkin saat itulah
hati maira kan terbuka untuk intaian sang mujahid yang maira dambakan selama ini."


Bersambung...stay tuned ^-^


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH