Ahad, Mei 23, 2010

~ Hidup Ibarat Sebatang Pensil ~

Views

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha pemurah..Yang Menciptakan cahaya dalam hati- hati ini untuk terus istiqomah dalam meneruskan langkah mencari Redho-MU YA RABB...



اللهم إني أسألك رحمة من عندك، تهدي بها قلبي، وتجمع بها أمري، وتلم بها شعثي، وترد بها غائبي، وترفع بها شاهدي، وتزكي بها عملي، وتلهمني بها رشدي، وترد بها ألفتي، وتعصمني بها من كل سوء،



Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, rahmat dari sisi-Mu. Dengan rahmat-Mu Engkau menerangi hatiku.
Dengan rahmat-Mu Engkau mengumpulkan dan memudahkan urusanku. Dengan rahmat-Mu Engkau balikkan
sesuatu yang tiada dariku. Dengan rahmat-Mu Engkau Angkat kesaksianku. Dengan rahmat-Mu Engkau sucikan
amalku. Dengan rahmat-Mu Engkau ilhamkan kedewasaanku. Dengan rahmat-Mu Engkau kembalikan sesuatu
yang hilang dariku. Dengan rahmat-Mu Engkau jaga aku dari segala keburukan.”


~Ameenn~



... Alamak dah bersarang blog ni tanpa pengisian..!!


Baru hari ini rasa nak tinjau-meninjau blog yang jadi salah satu rutin buat atin..sebenarnya dah berkarat sedikit

minda ini memikirkan post yang patut atin paparkan pada blog yang tidak seberapa ini...YA
ALLAH..permudahkan lah..Blog yang memaparkan helaan nafas kehidupan atin jieha dalam menempuh

kehidupan sebagai seorang pelajar,da'ie dan mad'u~~




Sebenarnya Post ini dah tercetus dalam lakaran kertas kajang ni pada 14/5/2010..tarikh sewaktu ~tour de ilmi

bersama angah,achik,ateh,anje,alang,ucu,ayang sewaktu atin diberikan tajuk dan taklifat "TAZKIYATUN
NAFS"
~~runsing juga mikir apa yang atin nak bentangkan dalam ~TOUR DE ILMI~ ini..ingin buat sesuatu

pembaharuan dan akhirnya idea inilah yang tercetus untuk perkongsian bersama "KALIAN"..
Tapi hari ini la
baru nak publish dalam blog..agar sedikit pengisian tentang sebuah kehidupan ini dapat dikongsi
bersama hati-hati yang mencari dan tercari-cari makna sebuah kehidupan..~



kata "KALIAN" hidup ini ibarat roda...kekadang atas kekadang bawah...kata atin pula..Hidup ini
ibarat sebatang

pensil..kenapa pensil?? kata-kata ku bukan omongan kosong..hehe


Renungilah~~



"Kalau atin jadi pembuat pensil atin akan katakan: " Sebatang pensil tersirat 5 Pengajaran penting untuk dijadika
n
pedoman"



1-Segala sesuatu yang kita lakarkan akan meninggalkan kesan..


2-Jika ada kesalahan yang kita lakukan, kita masih boleh memperbaikinya..


3-Apa yang paling penting apa yang terdapat pada dalam diri anda


4-Dalam hidup anda sebagai sebatang pensil,anda akan mengalami asah penajaman yang amat menyakitkan
untuk membuatkan anda menjadi pensil yang lebih baik


5-Untuk menjadi pensil yang terbaik..anda mampu untuk menjadikan diri anda seperti itu iaitu anda harus
membenarkan diri anda dipandu oleh sepasang tangan yang memegang anda untuk dikemudi~



Seperti pelayar kita mengharungi kehidupan

Tidak usah mengelak dari badai dan perairan yang kasar melanda

Biarkan ia berlalu

Hanya dan teruskan belayar

Ingatlah..

Tenangnya lautan tidak akan pernah membuatkan pelaut terampil ke hadapan~




Melalui sebatang pensil...atin belajar banyak sangat perkara ..



Pensil bagaikan umur kita..makin lama makin diasah..makin jua ia pendek..ibarat hayat kita yang semakin lama


semakin meningkat usia..bukannya bertambah usia kita untuk hidup tau..!





~Kadang-kadang jua apa yang kita lakarkan salah..ia tertinggal kekal..Mungkin tidak perlu kita
menghapuskan


tanda kesalahan itu dengan susah memadamnya kerna mungkin tanda kesalahan tersebut
memang bermaksud


untuk ditinggalkan kesannya sebab ia akan sentiasa mengingatkan kita untuk tidak lagi
mengulangi tanda


kesalahan yang sama lagi di masa hadapan..





~atin..wake up!! "kamu macam sebatang pensil" .. jangan kamu mengira bahawa ujian dan
cubaan yang kamu


hadapi itu adalah batu sandungan yang menjatuhkan kamu.Semua ujian yang kamu hadapi
adalah wujud adalah


dari CINTA ALLAH pada kamu..karena sesungguhnya kamu tidak akan dapat meraih sesuatu
darjat atau


mendapatkan sesuatu keinginan sebelum menghadapi ujian terlebih dahulu.. Maka, apa yang
kamu takutkan


dengan ujian-ujian hidup bila ternyata itu sangat kamu perlukan?! kamu perlu bersyukur wahai
atin..kerana telah


dipilih ALLAH menghadapi ujian hidup,dan wujud syukur itu adalah dengan mempersiapkan
ruhiyah,mental dan


fizikal~~Jangan kamu takut!!jika tidak mampu untuk menghadapi ujian -ujian itu kerana kamu
tidak mungkin


dibebani dengan sesuatu yang diluar kemampuan kamu.tetap bersemangat wahai atin jieha!!



kesimpulannya~



->> Jika kita meninggalkan tanda yang baik pada orang lain ,ia akan kekal selamanya




->> Jika kita meninggalkan tanda buruk pada orang lain ,ia akan lenyap ketika orang lain


belajar bagaimana untuk memaafkan dan melupakan kesalahan kita




->> Jika kita meninggalkan tanda buruk pada diri sendiri,perkara itu akan menghalang


jalan kita,menghantui setiap saat,membuatkan kita jatuh ke bawah,dan kadang-kadang ia juga


mampu membuatkan kita menarik untuk kembali ingin naik.Jika itu yang berlaku,segeralah


meminta pengampunan dari ALLAH Taala dan belajar bagaimana untuk memaafkan diri sendiri


dan membuka lembaran baru untuk diri sendiri~~




~ kata atin jieha:Hidup ibarat pensil...
kata tim"roomate" : pengalaman ibarat sekeping kertas ~

happy ~ ~ sorrow
Tribute of Life










☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah! kerana anda sedar...
jangan terlalu mengharap simpati manusia yang tidak kekal di dunia...
kasih sayang Allah itu lebih berharga...

jangan tunjukkan sebarang emosi tidak stabil...

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH