
 --pencinta seni--
--rindu kampung laman Atuk--
~rindu pada mereka~
Melangkah dan terus melangkah...Adakalanya aku terpaksa berlarian pula...mencari
dan kini masih setia mencari...Sesuatu yang amat hatiku  ini mengidamkan...adakalanya perjalananku terhenti seketika..tertarik  pada suatu pohon yang amat rendang, redup dibawahnya dari gasakan terik  mentari..Akarnya timbul melata dari tanah, menggambarkan keteguhan dan  kekuatannya mampu bertahan andainya dirempuh angin taufan dan bah  banjir..Sedikitpun tidakkan tergugat..Walaupun salah satu dari akarnya  telah tercantas namun masih ada akar lain yang gagah menggenggam bumi  biar tidak rebah dan tumbang… Menarik alunan cabang ranting - rantingnya  mengeluarkan dedaunan pucuk hijau, berselingan bunga-bungaan yang  kembang mekar..wangi memikat isi hati dan perasaan..dan buah - buahan  yang masak ranum menambah kualiti bagi sebatang pohon...
       Sedang adakalanya aku tersedar yang aku tidak layak untuk memetik dan  merasainya..Aku hanyalah perantau yang sekadar memiliki waktu yang  sementara untuk berteduh dibawahnya..Terkadang sesebuah pohon itu  menggugurkan bunganya jatuh anggun melayang di ribaan ku..Buat aku  menikmati wangian sementara bagi menenangkan kecelaruan dan kekeliruan  emosiku kala itu...Terkadang juga buahnya sentiasa ada saja, walaupun  tergugur dari puncak pohon, tetap baik isi rupanya, bila aku lapar  mengharap minta diisi ruang kosong perut ( hati ) yang tika itu  kesakitan terseksa menahan beban dugaan...
      Pohon ini setia  membiarkan aku berteduh dibawahnya..Tetapi ada waktu itu aku berasa  bahawa sudah tiba masanya untukku bangkit semula, menapak memulakan  perjalanan lain pula… Aku tahu..Tidak selamanya patutku hanya duduk  berteduh…Aku juga perlu bergerak, mencari laluan hala, biarpun bakal  berdepan liku – liku berbatu, gunung – ganang yang bercabang, onak  ranjau berduri.. Aku tetap mencuba..tekad azam dan yakin hati.. Aku mahu  membina penginapan sendiri..Hala tuju ku yang sebenarnya…Berteduh dari  hujan panas angin badai kehidupan….
Tetapi..Aku tidakkan mampu membina penginapan ini sendirian…Kerana aku masih memerlukan teman..Seseorang yang mampu memimpin, membimbing tatih dan langkah kaki ku… Menggenggam erat tanganku agar tidak jatuh tersungkur ke lembah gaung kealpaan…
Buat yang kekeliruan, pohon ditempatku berteduh ini maksudnya adalah sahabat – sahabat istimewa, teman seperjuangan…. Penginapan pula aku konsonankan bagi istilah Cinta sejati..Bermakna..Inilah maksudku..Apa yang masihku cari.. Aku masih mencari……
Tetapi..Aku tidakkan mampu membina penginapan ini sendirian…Kerana aku masih memerlukan teman..Seseorang yang mampu memimpin, membimbing tatih dan langkah kaki ku… Menggenggam erat tanganku agar tidak jatuh tersungkur ke lembah gaung kealpaan…
Buat yang kekeliruan, pohon ditempatku berteduh ini maksudnya adalah sahabat – sahabat istimewa, teman seperjuangan…. Penginapan pula aku konsonankan bagi istilah Cinta sejati..Bermakna..Inilah maksudku..Apa yang masihku cari.. Aku masih mencari……
-- ALLAH itu MAHA MENDENGAR --
Moga DIA perkenankan~~subhanAllah..
09NOVEmBER2010
[ YA ILAHI..Peganglah hati ku YA Rabb]
Moga DIA perkenankan~~subhanAllah..
09NOVEmBER2010
[ YA ILAHI..Peganglah hati ku YA Rabb]





1 ulasan:
ALLAH mahu berbicara denganmu tentang erti kesabaran...:)
ALLAH pasti tidak akan membiarkanmu..PASTI!
Catat Ulasan