Rabu, Disember 22, 2010

::Wadah perjuangan::

Views

Wadah perjuangan

Dalam meniti wadah generasi muslim

Bukan dipinta tangisan air mata dek putus asa

Tidak jua apungan sabut ditengah muara

Bukan tumbuhnya lalang menari-nari sentiasa

Tetapi hidup berpaduan cita-cita dan keazaman

Kesatuan dari iman dan keyakinan

Kombinasi Antara jihad dan perjuangan

Duhai teman..

Ayuhlah..ayuhlah kita muslim muslimah berhemah

Mengegar dunia kemungkaran disanggah

Jihad digema syiar Islam digah

Meneguk pahit tamadun diredah

Berjuanglah wahai teman..

Bukan bendera-bendera kecil berkibar yang memperkenalkan manusia pada dakwah

Bukan jua pada slogan-slogan kosong di mimbar-mimbar

Namun,gerak langkah dan setiap desiran jiwa

Yang dipenuhi dzikrulloh nan bercahaya

Qudwah ,uswah ,yang mempesonakan setiap mata

Dengan perlahan akan menarik mereka ke dalam dakwah dengan keizinan Rabbul Yang Esa

Duhai teman..

Walau setinggi puncak gunung kau bersembunyi

Walau sedalam lautan manapun kau menyepi

Lantaran itu kau hiruplah wahyu dari Rabbul Izzati

Jadikanlah Ia teman berbicara dalam perjuangan hidup ini

Duhai teman..

Renungkanlah..

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat

Janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian nikmat

Jadikan setiap nafasmu nafas Ibadah

Walaupun seringkali engkau penat dan lelah

Ingatlah wahai teman!~

Sesungguhnya ribuan langkah yang kau tapaki

Tanpa mengenal erti jerih perih untuk menyampaikan firman Rabbul izzati

Walau beratnya ujian dan teriknya matahari

Ia tidak langsung menyumbingkan langkahmu menyeberangi

Duhai teman..

Aku tidak mahu menjadi hamba-NYA yang kufur nikmat

Apatah lagi yang mensia-siakan nikmat

Namun aku datangi DIA dengan penuh berhajat

Agar DIA tidak tinggalkan aku walau sesaat

Maka aku mengajak engkau berjihad

Agar perjuangan ini tidak sunyi dalam badai yang hebat

Maka ..teman..

Hanya satu kata bekal bicara

ISTIQOMAH itulah bekal kita…

Wadah perjuangan Tidak akan buat kita terleka

Malah mendekatkan lagi dengan YANG MAHA ESA..

Akhir kalam dari ku teman..

Bangkitlah,..bangunlah..

Hiasi Tarian jihad bermelodikan wadah

Menuntut hati berjiwa tabah

Kerana taman syurga melakar megah

Mewangi janji firdaus nan indah..

--nukilan Atin jieha--

Dideklamasi di pertandingan FESKEI sajak oleh:Sis Ida dayana bt Dormudi

21122010

14.00P.M


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH