Pic: Usrahti~
Kecintaan,pengorbanan,kasih sayang
Elemen yang 'WAJIB' ada dalam sebuah keluarga
keikhlasan,kejujuran,tautan hati dan perasaan
Pengukuh sesebuah institusi kekeluargaan
Di penantian ini..berlalu siang
Malam bergerak
Satu alunan yang mengegarkan
Bak jarum yang berdetak amat perlahan
Sketsa aku seorang musafir ilmu diperantauan
Menyusuri denai kehidupan
Lantaran bersenjatakan sekeping sijil buat penerus perjuangan
Berbekalkan Secebis ilmu yang masih dipinta dirayu untuk terus ditambah buat pedoman
Maka aku tidak akan jemu mencetuskan rasa mahu untuk terbang
Namun..
Saat ini tunas rindu itu kian berkembang
Merindukan sebuah 'RINDU' yang halal untuk dirindui saat aku melayang
Dilakarkan di setiap kelopak-kelopak mawar tanpa segan silu aku menghiaskan
Disemai ' Mawar Hati' itu dengan baja penuh kasih sayang
Aku merindukan tangan-tangan itu..
Ya..
Aku sangat merindukan tautan tangan-tangan itu
Tangan-tangan yang membesarkan aku
mendidik aku tanpa secebis rasa jemu
mengenalkan aku apa itu rasa 'malu'
Mengajari aku dalam mendidik rasa mahu
Mahu untuk aku membesar sebagai 'Cahaya Mata' yang sentiasa memuji memuja ZAT YANG SATU
Ku anyam setiap 'rindu' itu menjadi satu
Biarpun ada sendu berlagu pilu
Berpisah antara dua benua bukan penghalang sebuah rindu
Antara Jordan dan Malaysia membawa tujuanku
Mama...
Darinya aku belajar erti ketabahan
Untuk menjadi seorang Insan
Yang tidak gentar dengan Ujian
Melawan badai dengan penuh ketenangan
Mencorak aku dengan kesabaran
Menyulam aku menjadi mawar aspirasi harapan
Buat ummah yang sering ketandusan
Membanteras kejadian yang tidak diinginkan
Agar tidak menjadi FITNAH kepada islam!~
Mama..
Jangan lagi disembunyikan resah dariku
Jangan dibiarkan perit mengunjungimu
Kerna Mama masih ada aku
Yang tetap akan memaut jemarimu
Melakarkan laskar pelangi buatmu
Suatu hari nanti pasti kan bertamu
Nantikan kepulangan ku
Nantikan ku di batas waktu~
Abah..
Bagaimana harus ku ungkapkan
kerna hati ku tidak mampu mentafsirkan
Jarang mendapat sebuah belaian
Seperti insan lain yang ku jua mendambakan
Tetapi..
Aku tahu~
Cahaya-cahaya mata ini amanahmu
Tidak pernah lokek membanting tulang demi zuriatmu yang berbelas
Tubuhmu berperang..
Urat lehermu timbul,tegang dan mengerang
kau seperti memikul beban
Namun..wajahmu tetap dibasahi air tenang
Abah..
Dirimu tidak pernah sesekali mengalah
Kau tetap bernafas dalam penat atau lelah
Kadang-kala sakit keluh dan kesah
Namun bening matamu mengungkapkan itulah 'cinta kasih abah'
Tidak luntur tidak pernah berubah
walau hakikat kita sering jauh~
Berpanas berhujan demi zuriat kau tak pernah menganggap ia musibah
Di sebuah penantian ..buat sebuah kepulangan
Pada saat ini masih mekar kemanisan sekuntum senyuman
Ada janji yang akan ku kotakan
Agar terlukis segaris warna kerinduan
Tetap mengenangkan 'usrah' walau ku dirantauan
Rindu Buat yang halal untuk dirindui
Menimba ilmu senandung sang pejuang yang mendambakan redho Ilahi
Tetap berpencak menari dan berlari
Menyahut sebuah mimpi bakal hadiah untuk mereka yang menanti
Mereka yang halal untuk ku rindui
Mama dan abah yang mengajar aku erti menggapai bintang di langit Ilahi~
Akan ku pulang suatu hari nanti...
Usrahti..~
Ya Ilahi..Ya Rabbul Izzati
--Atin Jieha--
[ sesungguhnya keluarga adalah satu dalam satu didunia ini tiada yang dua atau tiga..keluarga punca utama kekuatan kita selepas
ALLAH S.W.T,RASULULLAH ]
0 ulasan:
Catat Ulasan