~Khas buat: Dik Einsyie,kak aishah Harun,Siti Fatimah Rafik,Ijah~
Mahu melukis
Segaris tangis
Mahu melakar
Tawa yang sukar
Berjalan berhijrah membuang gundah
Berlari merentas melontar resah
Tika merenung sebuah kisah
Yang bakal mungkin akan ku noktah
Yang bermula pastikan berakhir
Yang berulang pastikan difikir
Suara hati sangat suci
Bisikan jiwa sangat beerti
Sentuhan tangan menulis inspirasi
Aktifkan minda bukan bermimpi
Tak mahu berfantasi
Apatah lagi berimaginasi
Mahu mendaki menggapai langit ILAHI
mewarnai jua kanvas pelangi
Ayuh..
sama-sama turuti
menyebar cinta Rabbul Izzati
Berhalaqah berusrah hingga mengegar firdausi
Tidak akan dilepaskan genggaman kerna kita teman-teman sejati
kala rintik gerimis ku kesat tangis
kala ujian datang aku kan tepis
Tiada istilah mengalah dalam diari kamus
cukup sekadar contengan sementara yang pasti terhakis
Aku tersenyum mereka tertawa
Aku bersedih mereka sebak hiba
kata mereka itulah 'KITA'
SATU dan Serumpun kerna kita adalah sama
Duduk sebumbung sama-sama berhimpun
Menjejak kasih di bawah satu lembayung
Oh Tuhan kami bersedia untuk terpisah
namun kuatkan hati kami agar sentiasa pasrah
Andai tembok itu bakal memisah terpisah
Kerikil kukuh binaan teguh
aku, mereka percaya Suatu hari nanti pasti akan runtuh!~
--Atin Jieha--
~Imtiyaz Crew forever in Love~
0 ulasan:
Catat Ulasan