Memetik jari jemari
Menari-nari di atas 'papan' seni
Ada yang perlu ku kongsi
kongsi ku buat muhasabah kembali~
Seusai berjumpa dengan DIA..~hati rasa sangat sedih ..pedih..
Perlu menangiskah?
atau
Sekadar tertawa lesu?
Tapi ku hanya mengambil langkah untuk berdiam diri.
Memetik keyboard moga hilang sedikit resah
Semoga kembali gagah ,tak lupa untuk terus tabah
Tundukku dan hanya menggeleng~
Hembus sedikit lelah..sedikit..terasa lagi sedikit
Dimainkan alunan zikir "Dr Badrul Amin"..terasa tenang~
Sebaik-baik ketenangan hanya dengan mengingati-NYA
Zikir dan terus berfikir..
Membelek-belek tadabur kalam-kalam Cinta-NYA,ada jawapan yang telah diberi:
Bukankah dengan berzikir kepada ALLAH itu,Hati akan menjadi Tenang?
(Ar-Rad :28)
Ku selak kembali lembaran suci itu:
Mencari-cari 'sakinah' Buat penenang dihati..
Wahai jiwa yang tenang,kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redho dan diredhoinya,Maka masuklah ke dalam golongan-golongan hamba-hambaku,
dan masuklah ke dalam syurga-KU
(Surah Al Fajr 27-30)
SubhanAllah..~Allah sudah sediakan jawapan yang indah buatku..Tanpa meminggirkan apa kesulitan yang timbul dibenakku.segalanya ada di lembaran sucinya..Noktah!~
Hambatan Rasa..~
Macam Ais Batu Campur =( A+B+C)
Terpukul ..terkesima
Ye,saya berhak merasai perasaan tersebut..
(siapa suruh buat salah..kan dah rasa macam-macam~aduhh)
Bila menulis,ku bermuhasabah..bila bermuhasabah,moga ia menjadi munasabah~
Tak tenang lagi mungkin tempias masih ada yang terluka dengan kesilapan diri ini..masih rasa gelisah dan resah,mungkin kerna banyak amanah yang belum dilunaskan..terlampau banyak yang masih belum selesai~
Terutama mengenai ujian ukhuwah dan gerak kerja yang saya alpakan hingga beralih arah~
ALLAH..ampunkan aku..ampunkan ku Ya Rabb..
::~ Bersama mereka,aku tenang~::
Yang di sana~diMana-mana tidak kira sesiapa sahaja..
Sebelum ku melelapkan mata
dari hujung jari ke hujung kaki
Dari segenap hati sepenuh jiwa
Ampunkan salah dan silap dari saya
Buat teman-teman yang sering rasa terluka
Dengan saya "hamba yang sering berdosa"
Andai ada terasa terhantuk di mana-mana
JASAD ini sedia menerima hukuman ,asalkan kekhilafan ku dilupa dan diterima
Saya hanya memerlukan kemaafan dan secangkir senyuman daripada kalian
Agar tenang untuk ku lelapkan mata..pergi dengan gembira..~
sebelum berjumpa kembali dengan-NYA.
Saya juga ingin menjadi pemaaf..agar Allah kurniakan redho padaku disisi-NYA~
Ingin sekali memohon kepada semua,jika mahu melastikku hingga terbang tersangkut kemana-mana ..atau ingin menghantuk ku dimedan perang,silakan~saya sedia untuk kalian.
Agar tiada yang menyangkutiku dalam gerak langkah menuju TUHAN..
Kalian!~ajarkan aku erti memaafkan sekalian gerangan..
Pejam mata sebentar:
Pusing kepala ibarat putaran diseluruh seantero alam
Kalam-kalam-NYA berkata lagi:
Tanpa jemu menasihati..lampiran-NYA penuh erti
Firman-NYA berbunyi:
"Maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik,maka pahalanya atas (Tanggungan) ALLAH"
( Asy-syuuraa:40)
Ku hadamkan lagi bait-bait cinta-Nya~
"Maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka,sesungguhnya ALLAH menyukai Orang-orang yang berbuat baik "
( Al-Maa'idah:13)
Menitis sebentar mutiara-mutiara jernih~tidak mampu diadaptasi di hadapan Teman.Biar antara saya dengan TUHAN..sebaik-baik tempat merintih mendapat perlindungan~
Duhai hati~terutama hati ini..
Allah sangat menyayangi kita,takkah kita menyedari?
Wujudnya kita adalah tandanya wujudnya Rabbul Izzati
Apakah maknanya DIA mewujudkan kita Jika ia membencimu?
Renungkan diri dengan renungan sedalam-dalamnya
Fikirkan dengan menggunakan iman bukan nafsu yang membuta
Sesungguhnya pada diri kita sudah nyata akan kasih dan sayang-NYA
Itu sekadar andai kita memahami..~
Gempur Kerja ,selesaikan ~..
Masih teringat kiriman SMS yang diberikan ukhtiku :
Pintanya Agar jangan lelah untuk berjuang..sedikit pun jangan pernah goyang.
Ukhti,terima kasih kerana menghantukkan adikmu ini untuk kembali berpaut pada TUHAN.
Benar~Gerak kerja islam itu memerlukan teori dan praktikal yang berpanjangan..Bukan semangat yang berkobar-kobar,dan kemudian terus menjadi hangat-hangat tahi ayam..
"Al-Fahmu
Rangkuman dari Ghayah,
Hadaf,biah,Tadhiyah
Hadaf kita~
Intima' yang diberi dalam gerak kerja islam bukan kerana syaksiah
mahupun kecendurangan Minat
Kerna minat tanpa niat kerana ALLAH,TETAP menjadi Sia-sia!
Bukan juga kerana maslahi atau kepentingan diri
Kerana kepentingan itu TAMAK
Bukan kerna Irtijalli atau spontan
Kerana spontan atau tiba-tiba itu JAHIL~
Jelaskan kefahaman
Intima' INI kerana AQIDAH
Kerana dipilih ALLAH
Untuk berjuang untuk biah islamiah solehah~
Dan ghayah atau matlamat akhir itu kerana Redho ALLAH~
Ye,bicaraku ingin menjadi seperti serikandi..yang matinya dijanjikan syurga firdausi~
Ye,kalamku membuah dibibir ingin mati syahid dijalan yang diberkati..
Ye,tintaku juga ingin mengegar media yang penuh kepalsuan duniawi..
Namun..tidak pernah disedari,secebis khilaf membantutkan mimpi-mimpi ini~
Hati yang penuh dengan noda,sifat Ujub..hitam kelam rangkaian hati untuk bersambung dengan interaksi bersama-NYA~ALLAH..
Ternodanya setitik demi setitik dakwat yang sukar dipadam ini,menyebabkan rancaknya perjalanan membantutkan titian kehidupan..
"Maknakan Sesaatmu duhai Nafs"
Lunturkan warna-warna keladak itu dengan pencuci 'Zikrullah' YANG tidak pernah putus memuja memuji keagungan-NYA
Memohon Keampunan-Nya tanpa rasa lelah ,penat dan kemalasan yang bermaharajalela!~
"Tuhan,hamba-Mu yang berdosa ini datang kepada-MU
mengakui kesalahanku saban waktu
Allah..Jika engkau ampunkan ku Ya ALLAH~Hanya ENGKAU sebaik Pemberi pengampunan~
Allah..Dan tetapi jika ENGKAU tolak,Kepada siapa lagi tempat aku berharap...~Subhanallah..:'(
Terimalah aku~
Raihlah tanganku YA ALLAH
Jangan tinggalkan aku walau sesaat
Dakaplah aku dengan 'pelukan'-MU
Kerja yang tidak terlunas,Ukhuwah yang tertunggak~Hati-hati yang tidak dipuaskan..
Izinkan dan ajari saya erti ketabahan..dalam rangkuman mencipta jati diri melawan emosi.
::Termenung menongkat Daku::
Koreksi menjana peribadi
Dari hati kecil ini
Membawa berjuta erti
Kekuatan diri,jangan sampai mati
Tegar berdiri,ciptaan-NYA menjadi saksi
Kembali melunaskan kerja-kerja demi UMMAH Terutama Ilahi,,
Jangan pernah bosan,melakarkan sejarah,kau takkan KALAH!!
( Muhasabah Moga Munasabah!~)
-Atin Jieha-
Coretan hati itu lebih bererti
08042011
1:22a.m
"Lelapkan mata dan maafkan semua"moga semua memaafkan ku jua
Dan
Moga ALLAH Mengampuniku hamba yang berdosa"
Pejam...dan lelap ~
"FOrgive dan Forgot"
[ Melangkah lagi demi-NYA ]
0 ulasan:
Catat Ulasan