Sungguh..
Aku yang sering terleka
Jangan biarkan aku terus alpa
Tidak mahu sering lupa
hingga jalan yang dituju goyah serta merta
Sungguh..
Aku sering terleka
Menyentuh hati mereka dengan kalam-kalam Yang Esa
Mencuci hatiku yang ternoda
Merungkai ketandusan ummah yang berleluasa
Mementingkan diri tak tahu hala
Sungguh..
Aku sering terleka
khayal dalam mendodoi jiwa
Angan yang sering kunjung tiba
Mad'u ditinggalkan ,sedangkan mereka sangat dahaga
Keprihatinan dari da'ie buat mereka
Aku serba salah pada-MU Sang Pencipta~
Sungguh..
Aku sering terleka
Dakwah dan tarbiyah
Tidak pernah mengajar kita
untuk gagal dalam akademik dan kerjaya
Tidak pernah juga mengajar kita
beralasan lantas menyebabkan banyak bermalasan
Hingga tumpul tinta pena
Aku kian kelu untuk berbicara
Lumpuh untuk berkata
bisu keluh lesu
Allah...aku kian buntu
Sungguh..
Aku punya mereka..
Untuk sama-sama membentuk potensi dalam berkoreksi
Menjadi biasa kepada yang sangat luar biasa
Terurus urusan demi Agama
Muslim,soleh berdaya guna
Tanpa mencipta emosi yang hampa
kelak binasa melulu tiba-tiba
Kawal diri perasaan paling utama..
Sungguh..
Aku sering terleka..
Kering kontang bukan kepalang
Laluan semalam masih punya jembalang
Aku perlu terjah masa hadapan
Mencipta sebuah keajaiban
Tutupi kegelapan
Nyah!kau sekarang..
Lontarkan..
Izinkan sinar gemerlapan menjelang~
Mereka,aku dan dia~
Tidak mahu lagi terus terleka
Kita satu dalam beribu
Memetik bintang hanya satu
Hadaf kita hanya satU
FISABILLAH jalan yang dituju
Kerna ALLAH ciptakan kita adalah satu
-Atin Jieha-
[ "Me,I'm the outside,tell me fade away" ]
0 ulasan:
Catat Ulasan