~Puas-puas bercakap
Hati pun tergerak
Untuk memerhatikan sikap yang memihak
Ke mana perkara yang akan di bawa..
Soal manusia soal dunia,
Puas-puas berfikir
Begini jadinya..
untuk termenung mentafsir
setiap yang terhasil
masih tetap tertangkap
nada nafas yang tercungap..
kemanusiaan ..keduniaan;
menjadi hukum peraturan
rundingan dan kekuasaan;
melihat berat pada kepalsuaan....
Ramai umat akhir zaman kini lebih bersikap baran..Barahnya menggila buta menunding jari sesama makhluk..
Perdebatan Idealism,berlanggaran emosi,perbauran Fi'il,Persilatan Naluri berkecapuk menjadi Rojak.
HIngga sukar mahu dikatakan,putih itu putih;yang hitam itu hitam apabila dewasa ini manusia sudah lebih memahkotakan prihal kendiri,individualism..
Nauzubillah~
Apabila matlamat kita sama;memburu syurga Allah..
Apabila matlamat kita serupa;perjuangan kita sudah tentu kearah yang satu!~
"Allah murka apabila daie merasakah merekalah yang memberikan hidayah;Lupa bahawa mereka hanya berusaha, Allah mencampakkan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya.Kekadang kita lupa tangan2 ghaib yang mengaturkan alam;
Kita penurut hukum,
bukan kita penghukum,
hak Penghukum itu milik Allah."
.................................................................................................................................................
"Jangan jolok sarang tebuan..nanti buruk padahnya"
"Ada satu golongan memikirkan mereka ini mulia,thiqoh..Tapi tak sedar diri sendiri"
"pikiaq baik sangat ke depa tu nak tegur-tegur orang"
"Mereka begini..mereka begitu..mereka sana dan sini..mereka..bla..bla..bla"
........................................................................................................................................................
(Noktah!~)
Alahai~Itulah manusia..pabila Ego dan dendam dipenjara dalam jiwa,
Maka..tiada teguran yang sudi diterima.
Jika dinasihati,maka dihina
Jika diungkap butir bicara nasihat kerna kasih,
Dituduh kita suka belagak,mengada-ngada...
Allah..Allah..Allah..
Aku,dia,kamu,mereka dan kita..semua adalah hamba..
Tiada beza kecuali DIA yang menentukan..
Kerna sedarilah~Jika kita hanya mahu mengharapkan kesempurnaan seseorang,sampai bila-bila kita tidak akan
sempurna..betul tak?!
Tepuk dada,tanya Iman
Dan paling penting..muhasabah diri,tajdid niat dan tajdid amal
Ye,itulah tribulasi mehnah dalam dakwah..Moga mehnah bersulam tabah..
عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه, أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ» قلنا: لمن؟ قال: «لله, ولكتابه, ولرسوله, لأئمة المسلمين وعامتهم». رواه مسلم
Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,“Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (HR. Muslim)
-Sedikit Kelu-
Atin Jieha
1 ulasan:
Greetings from Finland. Thus, through a blog is a great get to know other countries and their people, nature and culture. Come take a look Teuvo images and blog to tell all your friends that your country flag will stand up to my collection of flag higher. Sincerely, Teuvo Vehkalahti Finland
Catat Ulasan