Isnin, Jun 13, 2011

::Persis Serikandi Fatimah R.A::

Views
Dedikasi Khas buat Roomate yang tidak pernah menjauh
Lantaran diri mencari secangkir teguh...
Jasamu akan ku kenang ke akhirnya
Terima kasih yang tidak terhingga~

Siti Fatimah Rafik
Di luar ku kelu
Di sini ku lakarkan sesuatu
Di hadapan ku buntu
Di belakang ia menyatu

Siti Fatimah Rafik
Izinkan aku Lontarkan di sini
Mengenaimu sahabat sejati
Yang tidak pernah menyepi
Sentiasa ada disisi

Siti Fatimah Rafik
Andai ku katakan dikau persis Serikandi Fatimah R.A
Pasti yang lain juga akan meng'iyakan
Sungguh~ ini bukan omongan...
Lantaran dikau banyak berkorban
Bukan memuji memuja
Tapi segalanya kerna sayang..

Siti Fatimah Rafik
Hasratmu setinggi bintang dilangit
Ingin mendiami perlembahan KEKASIH
dari perkebunan iman ke saujana taqwa
Menguntum bagai mawar santun
Bagaikan teguhnya serikandi Saidatina Fatimah

Siti Fatimah Rafik
Dengarkah bisikan hati ini?
Demi sahabat nan tercinta
sanggup Kau nyalakan obor buat mereka
Apatah lagi aku yang sentiasa leka
Yakinlah tugasmu tugas mulia
Di sisi RABB ada ganjarannya

Siti Fatimah Rafik..
Cemburuku dikau sentiasa Tabah
Menyoroti langkah gagah saidatina Khadijah,Aisyah,Fatimah..
Menjadi muqarrabin bermujahadah
Menuju cinta dan kasih Allah

Siti Fatimah Rafik..
Dikau sentiasa bersusah-susah
Demi sahabatmu yang sentiasa ditimpa mehnah
Dikau mendamaikan tanpa resah
Pintamu pesanmu : inilah laluan mujahadah

Siti Fatimah Rafik..
Bagaikan awan mendung dikau mendatang
Titiskan air hujan pada jiwa ini yang kering kontang
Maafkan aku duhai teman
Sentiasa menjadi beban sepanjang zaman

Siti Fatimah Rafik..
anda yang menghiburkan
Moga syurga buatmu teman
Anda yang tidak jemu dalam perjuangan
Moga sentiasa dalam kerahmatan..

Siti Fatimah Rafik..
Persis Serikandi Fatimah
Kasih ini tak pernah luluh
Moga ikatan kita sentiasa teguh
Buatmu teman pepohon yang teduh
Aku tidak mahu lagi terus mengeluh...


-Atin Jieha-
Melihat dia..hati sedikit serba tak kena
Maafkan diri ini..

( Ku genggam tangan di dalam hati
Penuh pasrah pada ILAHI
Ya Allah ..rahmati mereka untuk diri ini
Tanpa mereka aku tidak mampu teguh berdiri~)









☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH