Entry ini .. Di tujukan khas buat Team Pimpinan PERMATA Sesi 2010/2011:
Jundi PERMATA->akh Husin |Akh Awis|Akh shahid|Akh Azmir|Akh ihsan fadhli|Akh Ali|Akh Fadzil|Akh Amiro|Akh Rasyidi|Akh Syafiq dan Akh Nazmi Afifi~
Serikandi HELWANIS->Ukht Ain|Ukht Aziah|Ukht Afifah|Ukht fatimah|Ukht Insyirah|Ukht aisyah|Ukht nawwar|Ukht zurin|Ukht sya'wanah|Ukht Wan Dayah
Team BPP SESI 10/11 -> setiausaha |bendahari|Unit Grafik|Unit Penerbitan|TECHNO Crew|Unit Tugasan Khas..
Yang sentiasa Dihati
Mengorak langkah dalam mencari erti
Bersama warga PERMATA yang disayangi
Kami berdiri kerna kalian sentiasa disisi..~
(Sedikit pengenalan Mengenai PERMATA):
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah atau singkatannya (PERMATA)
merupakan persatuan pelajar Malaysia yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan
Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) serta Education Malaysia Jordan
Hala Tuju Permata Sesi 2010/2011
Visi :
Ke arah membentuk syahsiah mahasiswa Islam yang berkualiti serta mampu menterjemah ilmu sesuai dengan keperluan umat secara kolektif
Misi :
1) Merakyatkan PERMATA dalam kalangan ahli
2) Memperkemaskan jati diri mahasiswa Islam secara komprehensif
3)Memantapkan kualiti dan pembudayaan ilmu
Dasar : Mesra,cakna,profesional
Motto : PERMATA UNTUK SEMUA
Serendah-rendah hati kecil ini ..Seluas-luas jiwa menarikan kalam yang sepi..Bukan mudah menterjemah hati.. apatah lagi memaksa diri untuk berbicara semudah begini dengan lisan yang dikurnia ILAHI..hanya menzahirkan melalui mata pena,mungkin tanpa 'suara2' yang berbisik merungkaikan apa yang ingin difahami..namun,sedarilah..
Yang datang dari hati itulah terkadang tidak mampu dilahirkan dengan ekspresi lisan yang ku punyai..
'4 June 2011'
Tarikh yang bersejarah..akan diingati tanpa sedikit pun rasa lelah..
Maafkan saya kalian...atas sebarang keciciran..kekhilafan atau kesilapan yang sengaja atau tidak disengajakan..
Benar~ saya masih insan biasa..yang hanya secebis kudrat yang tipis.
Benar~ saya masih insan biasa..yang hanya secebis kudrat yang tipis.
Ingin menepis namun tetap terhakis..pohon diampunkan segala walau secebis~
Dipentas itu..sempat ku bicarakan sedikit kalam,hanya sekadar perkongsian~
moga muhasabah buat ku yang sentiasa kecundang..
" Serikandi ..
Teruslah menjadi sayap kiri buat Jundi dalam berorganisasi
Jundi..
Terus tampil ke hadapan berpotensi"
Benar~
Persatuan merupakan 'UNIVERSITI' kedua buat kita..
Mengajar dan mentarbiyah kita untuk terus berjasa.
Terus ke lapangan yang telah terbina..biarpun mehnah sering ada menjelma..
Memberi khidmat kepada masyarakat tanpa sia-sia~
Walau taklifat sudah berakhir..kesudahannya bukan setakat disitu..masih perlu menjadi 'AWAN MENDUNG'
Awan mendung ~
yang berarak menghala ke suatu daerah yang tandus,lalu menurunkan rintik-rintik hujan di daerah itu.Kemudian,melalui hujan itulah ditumbuhkan pelbagai tumbuhan dan buah-buahan...
Tamsilan 'hebat' buat para da'ie..apatah lagi kita khalifah di muka bumi~
Kerna daku pencinta sastera..
izinkan ku Memetik Ungkapan Syair Muhammad Ahmad Ar-rasyid:
"Majulah ke hadapan dan ceburkanlah diri
Engkaulah pemudanya dan dan madahku adalah nyalaan
Semoga iramaku menyalakan api dalam dirimu
Niat hati hanya untuk melihat
setitik air dalam dirimu bakal menjadi laut yang dalam
Semoga jiwa ini sentiasa beroleh ketenangan
'Jadikanlah dirimu dicipta untuk bekerja bersungguh-sungguh"
( Noktah~!)
Itulah sebenar-benarnya pimpinan..khalifah sepanjang zaman.Nyalakan semangat di arena perjuangan..Bukan sekadar melepas batuk di tepi tangga..
Benar~ berorganisasi tidak akan sunyi dengan tohmah dan cercaan..jua kritikan mahupun kesulitan.yang benar-benar mampu,pasti melepasi ujian TUHANmu dan aku..asal berikrar dengan sebuah janji,selama mana kita berdiri..'MUSTAHIL' itu pasti dapat dirobohkan dengan mudah tanpa sesaat rasa sukar.
Tahniah dan takziah buat Kepimpinan baru sesi 2011/2012 yang diketuai oleh Ustaz nazri Yasin & Ateh Nor aziah Bt mad esa~
Kalian adalah insan-insan yang terpilih untuk meneraju PERMATA ..Terus membawa bahtera hingga menuju ke pulau impian .
Kalianlah 'Bintang-bintang' bergemerlapan..terus menggilap kilauannya agar tidak pudar.
Kalian yang akan juga mengukir sebuah janji,sama-sama taat setia untuk terus berdiri..~
Realisasikanlah cita dengan cinta..~nescaya 'mereka' akan turut bersama.
Menyokong dan mendokong PERMATA untuk di bawa ke jalan-NYA..Laluan yang lurus tanpa kecundang di tengah-tengahnya.
Andai kalian jatuh ..tetaplah bangun
Andai kalian sedih..tetaplah tersenyum
Andai kalian lelah..tetaplah tegar
Sungguh~
Bila kau lari..kau akan hilang
Bila kau marah..kau akan terbakar
Bila kau mengeluh..Kau akan kalah
Bila kau buas..kau akan binasa
Sabar..sabar..sabar
Gapai . Kejar . Bangkit . Terus Dan berjuang
Jadilah angin yang meniup
Layang-layang yang melayang
Oasis dalam gurun
Berenang menentang air yang pasang
Berkelana seorAng diri seperti awan
-Atin Jieha-
~Sejuta harapan ..yang bakal kita paparkan~
06062011
10.59 P.m
(-Pasti merindui kalian 'TEAM PERMATA 10/11..~walau sekejap terasa sangat kehilangan-)
'Imtiyaz crew'
Link Entry mengenai sketsa kepimpinan sesi 10/11:
♥:~ Ustaz Hussin Bin Fauzi (Mantan Presiden PERMATA sesi 10/11 )
3 ulasan:
salam ~~ pasti merindui TEAM BPP 10/11 juga . Saya telah bersara dari BPP - :)
yess~~ dah bleh :)
tahniah dan takziah
Catat Ulasan