seusai berniaga di bazar..
Pasti langit senja merah yang kami lewati..
Kami telusuri..
Panaroma yang begitu indah yang benar-benar menghayati pasti dapat menyingkapi keindahan tersebut.~
mama~
" Atin..atin,lekas tangkap gambar pemandangan tu." sambil mama berhentikan kereta tepi jalan.
masing-masing teruja~ Berdua .Tapi mengerti di tepi kiri dan kanan kami punya peneman 'Ratib' dan 'Atib'.
"cantikkan mama~ yang baru-baru ni kita tengok lagi cantik. Matahari warna merah.. "
"cantikkan mama~ yang baru-baru ni kita tengok lagi cantik. Matahari warna merah.. "
Namun, apa yang segala dicipta oleh-NYA, segalanya indah. Hakikatnya, aku sentiasa mencintai mereka..'ALAM Semesta'
Kerna apa..~
Kerna pabila mencintai mereka, sungguh.~ aku tahu yang mencipta mereka itu pasti yang paling MAHA INDAH. Tiada yang setanding DIA, Pemilik Seantero alam.
Dan kerna itu, mencintai mereka mendekatkan kita lebih rapat dengan DIA YANG MAHA ESA.
Dan aku abadikan segala potret pada setiap kamera yang ku bawa walau kemana-mana aku pergi. Kerna aku tidak mahu terlepas untuk menyimpan segala apa yang aku alami dan suasana yang pasti berikan ketenangan buat aku. Paling utama...kenangan yang ku habiskan bersama tersayang!
Tarbiyah mama di bulan Ramadhan~
Andai ku katakan ku punya masa lapang..memang~
Namun lapangnya masa ku hanya dapat dihabiskan dengan perniagaan dan selebihnya di rumah melunaskan penulisan-penulisan ku yang selama ini tertunggak.
Namun lapangnya masa ku hanya dapat dihabiskan dengan perniagaan dan selebihnya di rumah melunaskan penulisan-penulisan ku yang selama ini tertunggak.
Kiranya ku katakan lapang ku sangat bertuah..ye~
Aku tetap mengiyakannya..kerna bulan ini..masa ini,detik dan segala saat mengajar aku tentang 'TARBIYAH' yang sebenar-benarnya.
Tarbiyah yang mama praktikkan pada setiap anak-anaknya.Bagaimana mahu untuk menjadi seorang :
-Anak yang soleh solehah dan musleh
-Jati diri yang bertanggungjawab
-Belajar hidup berdikari
-Cuba untuk hidup susah
-Tidak jadi manja ( walau hakikatnya memang kami semua suka bermanja dengan mama )
-Dan yang paling penting, mama mengajar aku untuk menjadi seorang bakal 'isteri' dan 'ibu' yang sempurna~
Tidak mudah bukan..~ namun yang sukar mampu dirobohkan dengan kata kunci 'PASTI BOLEH'!.
Tidak mudah bukan..~ namun yang sukar mampu dirobohkan dengan kata kunci 'PASTI BOLEH'!.
3 Tahun bukan lagi 3 saat sisa2 itu aku habiskan Ihya' ramadhan di mu'tah jordan. Tapi 3tahun itu akhirnya berlalu dengan tahun ini aku dengan sekelip mata bersama dengan usrahti.
Ye, aku tetap manusia biasa.
Andai mereka tahu betapa indahnya hidup bersyariat~ alangkah indah..
Terkebil-kebil lagi sebenarnya~
Bagai tidak percaya..
Cubit pipi memang iye..sakit.
Jasad ku memang berada di sini..tempat ku berdiri
Bersama usrahti~
Yang pasti,
jasad ku tidak kaku.
Tidak diam..
Tangan sentiasa 'meracau-racau' mengisi kekosongan yang telah ku tinggalkan selama 3 tahun
iaitu..
"TANGGUNGJAWAB".
"TANGGUNGJAWAB".
Menipu kalau aku kata~
"Hati ini tidak pernah memberontak atas kelelahan yang tiada tara"
Dusta jika ku bicara~
"Diam-diam aku menangis atas ketidakdayaan aku dengan kudrat yang sangat lemah"
Ye, aku tetap manusia biasa.
Punya rasa
Punya jiwa
Punya kekurangan yang tiada tara~
Tapi mama~...
Aku belajar dengannya pelbagai perkara..Bukan ingin memuji.Namun biarlah, Beliau mamaku. Dan Aku berhak mengkaguminya..dan orang lain juga boleh begitu. Terus menjadikan ibu sebagai IDOLA kita..Bukan idola 'artis' mahupun 'selebriti' yang suka mendedahkan dirinya..jadi perhatian begitu sahaja~
Ahh..Dunia. Mahu bicara apa lagi kalau itulah hakikatnya.
Tanpa fikir, "Ohh~ Matlamat tidak akan menghalalkan cara"
Andai mereka tahu betapa indahnya hidup bersyariat~ alangkah indah..
Terlalu banyak opera hidup dimainkan di atas pentas dunia dan kita harus bijak membezakan cahaya dan kegelapan dengan menggunakan nikmat yang diberikan dengan percuma oleh Yang Maha Pencipta kepada kita dengan sebaik mungkin
Kembali pada Tarbiyah "mama"..
Dua bulan yang semakin berlalu..tinggal berapa detik untuk ku langsaikan 'hutang rindu' di sini.
Benar~ masa itu tidak pernah menunggu kita..cemburunya akan membuatkan 'ia' berlalu segera dengan pantas.
Dua Bulan ini juga, pelbagai sketsa yang telah mentarbiyah fizikal,mental dan terutamanya rohani ini.
Pelbagai kisah
Bagai kepingan-kepingan gambar yang ku potretkan
Yang turut bersama pasti merasai kenangannya
Yang melihatnya..
pasti menilik, membuat pelbagai spelukasi yang bermacam-macam
Seribu wajah, seribu rupa
dengan seribu al-kisahnya~
Melihat mama..~ aku tahu:
Jika sepi jangan merasa sendiri,
ada Allah yang selalu mengawasi,,
Jika sedih jangan pendam di dalam hati,
ada Allah tempat berbagi,,
Jika susah jangan menjadi pilu,
ada Allah tempat mengadu,,
Jika gagal jangan putus asa,
ada Allah tempat meminta,,
Jika Bahagia jangan menjadi lupa,
ada Allah tempat kita berSyukur...
Ye~ itu tarbiyah yang ku perasan dari sorok mata mama..
Mama yang jarang mengeluh atas apa yang menimpa.Aku sahaja yang terpinga-pinga..membuai rasa yang kelam kelibut.
Sedangkan jika kita mengetahui musibah itu apa yang ditentukan oleh ALLAH, nescaya kita akan jadi positif mindanya.
Tarbiyah untuk terus tersenyum..
Tarbiyah untuk terus kentalkan jiwa untuk bekerja dan berjuang
Tarbiyah untuk membuktikan siapa kita sebenar
Tarbiyah untuk tidak mengalah untuk lelah menghadapai cabaran~
Moga tiada lagi sugul, namun akan hadir kembali semangat 'tadhiyah' yang berkobar-kobar!
Pesananku..buat yang sudi singgah di taman seni kiasan hati,
"Usah jemu menuaikan segala bakti pada kedua Ibu Bapa yang sentiasa mencorak kita dengan tarbiyah yang luar biasa"
Akhir sekali yang ku lakarkan..~
Jika kita tidak mampu meraih pelangi
Itu bukan satu kondisi yang berat
Yang terpenting adalah kita mengetahui bagaimana ianya terjadi
pembiasan cahaya yang oleh butir-butir air membuatkan seindah itu~
Seperti hidup,
Jika yang kita mahu terlampau tinggi untuk kita gapai
Itu bukan masalah yang besar
Yang terpenting adalah kita mengetahui bagaimana cara bertahan untuk hidup
Dan potretkan lakarannya dengan indah~
-Atin Jieha-
09082011
01:00 a.m
"Kita tidak perlu membuktikan selautan cinta kepada orang yang kita sayangi
Cintalah kepada Allah,
nescaya kita akan menemui cintanya di sana..
Kerana makhluk yang dicintai Allah juga dicintai oleh segala yang ada di langit dan bumi.."
2 ulasan:
salam alaik...ya salamm..
hening oetang rupa-rupanya mencari nilai Ibadah di bazaar romadon iya.
permintaan ni, boleh tak buat antalogi berbentuk puisi di bulan tarbiyyah ini.
Ini disematkan di dalam laman saya juga..ya ampunn..kalam haibat dari sini..mesti dimanfaatkanlah..:)
[menghadapi romadon terakhir di bumi syam]
JANGAN jemu menukil-nukil..
Catat Ulasan