Jumaat, September 30, 2011

::Amanah Dalam Cinta::

Views
Atin Jieha Rabiatul Aiisyah Nurul Uyun Siti Fatimah Rafik
Dan Semua-semua~ Yang selalu menjadi kesayangan ku..


Dalam genggaman ,
Dikau pegang erat sebuah amanah
Biarpun di mata dunia dikau tak terserlah
Disisi Allah, ~
Engkaulah seorang pejuang yang membuka jalan agar islam terus megah

Amanah ini kita ikat dengan cinta
Tadhiyah ini satu tuntutan kasih dalam jiwa
Dengan nafas yang masih terhela
Lunaskan segala yang dipinjam dari-NYA

Amanah di Pundak
Cinta kita semai
Bersama kita berkehendak
Hidup bakal terasa damai~..
- Amanah dalam cinta-



Tajuk Post ini rentetan dari tajuk LDK waktu minggu haluan siswa (MHS) bagi junior-junior Universiti Mu'tah yang baru tiba..
"Pinjam kejap
Kerna Ia macam bermakna

Moga ada yang tersirat

Yang boleh dizahirkan di sini untuk teman-teman di luar sana~"


Sudah dua minggu agaknya diri menjengah kembali ke 'kampung laman' di bumi sahara ini.
Dan tidak sampai sehari sampai, taklifat sudah ku terima .

"Fasilitator"

Nampak macam mudah, sebenarnya mengajar kita tentang erti amanah.

Amanah dalam cinta.

Yang memperkenalkan kita tentang cinta kepada ilmu dan saudara sesama kita.


Duduk terdiam..~

Cuba menyemai seribu satu harapan.

Banyak taklifat yang masih belum diselesaikan ..

Maaf-maaf- Dan Mohon kalian Maafkan~ Terutama-MU TUHAN.



Sejauh pandangan
Langit Biru mendamaikan
Awan berarak kejar berkejaran
DIA 'datang' beri pengajaran
Yang Aku perlu.. sentiasa teruskan perjuangan
walau berat sulit datang bertandang-tandang.


Semangat yang telah di 'cas', Aku faham. Ia perlu disebarkan..

Bahu yang ku kosongkan kini, Aku Tahu. Ia akan dipinjamkan semula kepada teman-teman yang sedang gusar dan rawan.


Dan aku bahagia begini

Sama-sama menguatkan

Menenangkan dalam mengembeleng tenaga tegakkan syiar islam.


Bagi orang, ia buang masa..

Tapi mereka masih tidak melihat keindahan yang perlu disebar seluas-luasnya

Dikongsi sejauh-jauh

Walau dengan sesiapa,,

Walau mereka juga bukan agama yang sama dengan kita.


Yang memegang amanah:


Cinta kita membawa sejuta amanat

Antara menjadi tongkat ummat yang dapat mereka gunakan untuk mendaki gunung

Bagai payung yang digunakan oleh teman-teman untuk melindungi mereka dari hujan dalam
bahtera kehidupan.

Yang kita jua menjadi lampu yang dapat menerangi tika mereka berjalan dalam kelam gelita..

Persis kompas yang mengatur langkah mereka menunjukkan pedoman arah tatkala
kebingungan.

Kisah kasih kita tanam..

Jalinkan ukhuwah dengan Islam

Bagai enjin yang dapat mengendalikan perjalanan sehingga bersemangat membara dan kuat,
ketika menghadapi serangan lawan...


Sungguh, Lantaran lemah~ Kita sering terpedaya dengan tipu daya yang sering menggoncang
jiwa tatkala emosi terganggu ,

Nafsu membelenggu,

Diri terburu-buru..

Rasa amanah dalam perjuangan ini terlalu kaku.


Manusia acap sekali tersilap tasfir

yang dikatakan Perjuangan itu, mereka doktrinkan hanya yang membawa pedang dan bendera-bendera

Tanpa melihat erti seluas-luasnya..

Bahawa menuntut ilmu merupakan perjuangan jua

Berpencak menggunakan pena turut salah satu jihad

bermatakan darah tinta pena..~

Walau hanya dengan sekeping kertas, dakwat hitam..

Itu jua salah satu method untuk jihad kita di jalan-NYA dengan melakarkan berjuta-juta coretan
dan tarikan untuk membawa ummah kembali ke pangkal lorong laluan menghadap-NYA.


Allahu Karim~

Terkadang,

Tertanya-tanya..

Kemana hilangnya semangat itu

Tatkala ujian datang bertalu-talu

ke hulu ke hilir terasa sayu, malah terasa syahdu

Dimanakah ALLAH di hatiku?



Usah bertanya Di mana DIA..

Walhal ketuklah hati kita

Diposisi manakah cinta kita buat DIA

hakikatnya kita sering terleka..


Dunia~

Dunia~
Dunia~
KITA lebih pentingkan ia..
Ukhrawi ditinggal entah kemana-mana
Amanah kita bagaimana?
Adakah hidup ini hanya berpura-pura, sia-sia~?

Mana semangat kita?

sekejap merundum , dan ada ketika marak umpama api yang merah menyala..

Allah..
Allah~
Ya Allah..

Buat teman-temanku yang sentiasa tidak berhenti berjuang

Moga lelahnya kita, Tidak akan menganggu gugat misi jihad kita.

Sungguh, pada jalan yang berliku..

Moga Allah membantu untuk teruskan langkah kakiku dan kamu

Tika langit dunia runtuh

Moga Allah tetap jua teguhkan aqidah antara aku dan kamu

Jika Kesusahan hadir dan datang menerpa

Tuhan, Ganjarkan upaya untuk aku dan kamu susuri jalan-Mu

Kuatkan hati ini sertanya~

Pada hati yang gelisah ,

Pasti Allah curah, ketenangan dan ganjaran

Janji Allah Pasti..

Pasti buatmu ..


Allah~

Amanah ini akan kami kotakan

Bersama berpaut tangan

berpimpinan bergandingan...

Melaksanakan Misi "Amanah dalam cinta buat-MU TUHAN"



-Atin Jieha-
01 oktober 2011

01:00 a.m

::Bayt Imtiyaz 'crew', Mu'tah Karak,Jordan::



"Bukan mudah menggapai Bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik, kepayahan..~
Di situ adanya kekuatan"






☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH