
Tatkala 'silam' mulai datang bertandang
Mengetuk pintu yang sedia terpaku
Terkadang ia menerobos sendiri tanpa sedarku
Pintanya untuk diizinkan kembali berdiam di 'mahligai' ku
'Ia' hadir'
Atas kata kunci nama 'silam'
Katanya datang ..untuk perbetulkan keadaan
Persoalan ku yang masih dibayangi gelap 'silam'
Atas nama 'silam'
Terkadang..Jasad ini gentar
Terkial-kial
Cuba untuk menggapai
Dahan yang rapuh
Agar tidak jatuh ke lautan dalam
Yang bakal lelah melemaskan~
ye~..
Mungkin engkau Gah wahai 'silam'
Tapi aku akan bertindak lagi lebih gagah
Mungkin engkau mewah
Tapi aku mahu lebih tabah
Tidak semua boleh dipunya harta
Di puja jua tidak semestinya
usah jadi bayang-bayang yang menyesatkan manusia
Apatah lagi insan seperti hamba~
Segalanya bermula dari 'silam'
Yang kita pelajari dari tiap kesalahan
Semuanya atas nama 'silam'
Memberikan petunjuk ke arah mana jalan dan penyelesaian
Atas nama 'silam'
dan aku kembali berjalan
Susuri kelam, walau tanpa cahaya dari alam
Asal tidak lupa sebenarnya...
KITA masih ada TUHAN!~
0 ulasan:
Catat Ulasan