Ahad, September 11, 2011

::Baitul Muslim Baitul Dakwah::

Views
"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia,
Ia laksana titisan embun yang turun dari langit
Bersih dan suci
Cuma tanahnya lah yang berlain-lainan yang menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus
Tumbuhlah kerana embun itu kedurjanaan,kedustaan,penipu
Langkah serong, dan lain-lain perkara tercela.
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur
di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan,setia budi pekerti dan lain-lain perangai yang terpuji."
( Hamka )



"Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana ALLAH Maka itulah kebahagiaan....."
Kelopak mawar Berseri
Bagai menyerupai indahnya Raja Sehari
Menyemai Cinta kerna Ilahi
Moga Kekal Hingga syurgawi~


Bulan 12..Biiznillah ~Bakal menerima Dua 'orang baru'~
Maka hari-hari yang kami lalui sejak kebelakangan ini, pasti ada sahaja bicara mengenai 'Baitul muslim' yang bakal dibina oleh 'abang sulung' & 'adik lelaki sikit bawah' dari saya.
*Mahar
*Hantaran Perkahwinan
*Kenduri...DLL..
*Masa hadapan juga di rancang cuba rapi.

"Saya..?"
"Ohh..Soalan yang sering dan acap kali kedengaran dan 'ditembak' kepada saya."
Bertubi-tubi
Bukan sekali
Dan saya...?
Hanya mampu tersenyum, dan sekadar menggeleng,
"Masih belum tiba seru lagi untuk Membina 'rumah' untuk ku diami'

Bagaimana mahu membina 'Rumah' yang utuh,
Andai belum ada 'arkitek' yang melakarkan plan untuk tapak 'rumah' tersebut
Bagaimana untuk tidak membuatkan binaan 'rumah' itu rapuh
Andai tidak ketemu Tiang-tiang mahupun konkrit yang benar-benar 'berkualiti' untuk binaan yang benar-benar terbaik buat mahligai istana cinta yang bakal didiami...

Semuanya tidak boleh dipandang enteng
walau Ingin 'Buah hati' disunting





KESUCIAN SEBUAH PERKAHWINAN



RASULULLAH SAW bersabda:
"Perkahwinan adalah sebahagian daripada iman"


Sesungguhnya Islam adalah agama yang suci dan syumul..,sentiasa memandang perkahwinan sebagai suatu yang suci dan murni.indahnya sebuah perkahwinan andai ianya berlandaskan keimanan dan ketakwaan bukan sekadar kerana sekadar nafsu semata-mata.


Sekiranya kita melihat budaya liberal dan materialistik,mereka tidak mementingkan perkahwinan sedangkan Islam menekankan hubungan yang kuat antara perkahwinan dan takwa,keshahihan dan ketakutan kepada RABBUL IZZATI..Ketakutan yang melahirkan ketaatan kepada perintah-perintah ALLAH TAALA..


Perkahwinan adalah salah satu faktor yang dapat mengangkat darjat manusia dan menambah sifat ketakwaan pada jiwa insan.sesungguhnya hubungan perkahwinan membayangkan tertegaknya sebuah rumah tangga yang soleh iaitu sebuah rumah tangga yang unggul dengan ketinggian spiritual dan kemanusiaanya yang akan memperoleh darjat yang sempurna.

Inilah keadaan yang diberkati daripada suatu umat yang mesti kita perhatikan secara teliti dan kita jaga sebab secara beransur-ansur,ia mulai tidak dipedulikan oleh segelintir kaum muslimin yang hidup dalam lingkungan budaya yang tidak lgi menganggap perkahwinan sebagai suatu yang suci dan mempunyai nilai yang tinggi disisi islam..


Cuba kita lihat keadaan sekarang yang terjadi pada zaman kini.perceraian yang jarang terjadi dalam masyarakat islam sebelum ini kini menjadi amalan biasa dan semakin meningkat.semakin besar jumlah orang islam yang meningglkan budaya islam-sunnah Rasulullah SAW,semakin meningkat kadar penceraian dalam komuniti islam.Perceraian dan pertengkaran yang sia-sia serta pelbagai lagi masalah negatif yang berlaku telah menguasai kebanyakan keluarga islam pada zaman kini kerna zaman kini kebanyakan dikuasai oleh liberalisme dan mengabaikan sunnah Rasulullah SAW.Kaum muslimin sukar mempertahankan kesejahteraan dan kesucian hubungan kekeluargaan akibat kesan terikut dengan masyarakat barat yang tidak mempedulikanikatan perkahwinan sebagai sesuatu yang suci.Sikap negatif yang telah merosakkan masyarakat barat ini telah menjalar dan merebak ke dalam fikiran masyarakat islam lantas menyebabkan pertahanan kita kian rapuh dan mulai lemah.



Oleh itu,kita harus memahami dan menyedari peranan dan nilai sesebuah perkahwinan dalam mengembangkan dan memajukan masyarakat islam.
Kejayaan sesebuah perkahwinan melahirkan kebahagiaan,kasih sayang dan sifat ketakwaan melalui pergantungan kita dalam memberi perhatian dan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh islam.
Maka kesempurnaan iman seseorang sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis iaitu
"PERKAHWINAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"


Tahniah kepada pasangan2 berikut:


Achik afifah azam + Amir Hafizi


Adik Aaina Syafiqah +...


Ukhti Siti Salwani + Ashaari


Dan semua2 yang telah membina Baitul muslim Wa Dakwah!~


Moga meniti cinta ke gerbang syurga~


-atin Jieha-







☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH