Isnin, Oktober 10, 2011

Cerpen ::Teratak kasihku Impian Mahligaiku::

Views




shared so many together
day by day, every hour, every minute
and now you say goodbye, walk away
while you didnt want to, not turning around
you wont, but you wish
shared so many together
and now it will be gone..~


Terngiang-ngiang kisah sahabatnya sewaktu usrah kampus pagi tadi.

Peritnya,deritanya...Hanya terluah melalui air mata.
Maisa sedar, deras air jernih yang mengalir dari mata sahabatnya itu bagaikan luka-luka yang tersiat pedih rentetan ujian berat yang dihadapinya.

Siapa yang tidak mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.

Dan siapa yang mahukan keluarga yang porak peranda..

Mujur sahabatnya mahu berkongsi, Mungkin sedikit sebanyak dapat juga kami seusrah meringankan bebannya.

Tapi aku~..

Aku yang bernama ‘rumaisa humaira’ ini..
Adakah aku sendiri begitu ‘o.k’ saat ini? Sahabatnya sendiri menangis berlagu, sedangkan dirinya menyimpan ‘himpunan air mata’ yang terkelu di sudut sendu.

Tersenyum..Itu caranya.
Tersenyum lagi, dia sendiri tidak menyangka setabah itu dia rasa.
Dan dia tidak rasa mahu menitiskan air mata, Tak perlu~ Bisik dia pada hati.
“Tak perlu…”

Arghhh~

Terhambur juga butiran demi butiran yang tidak tertahan sekian lama.
" Tak nak..~" "Tak nak nangis macam ni"
Monolognya sendirian.
Dikesat air mata yang berbaki, cepat-cepat dia mengambil MP4 Sony Ericsson Pink Kepunyaannya.
Diputarkan alunan nasyid yang seringkali menemani gegendang telinganya selama ini.
Mula-mula terasa damai..
Entah kenapa tiba-tiba terasa hambar. Mana kan tidak dia merasa seperti itu, saat-saat begini dendangan nasyid 'Keluarga bahagia' NowseeHeart menerjah ruangan medan pendengarannya.

"Allah..~"
Ditutup Mp4 itu.
Memejamkan mata sebentar, tarik nafas..Lantas membuka mata seluas-luasnya sambil mendongak ke atas langit biru.

Dia mengeluarkan sepucuk surat yang sudah lusuh.

Berulang-ulang kali dia memandang sepi dan kosong pada surat yang telah menganggu emosinya sejak kebelakangan ini. Ada cerita dibalik surat tersebut..

Di atas surat itu tertera namanya "Rumaisa Humaira"..

Mulutnya terkunci..

Bibirnya kembali mengukir senyum.
Mungkin itu sudah takdirnya, Kenyataan dan hakikat yang tidak boleh dipinda.
Dia pasrah~..
Dia harus tabah..Tiada yang salah. Tiada siapa yang salah.

Tangannya laju membina kalam-kalam puisi. Biar menjadi sketsa dalam pentas yang dia miliki..Sebagai pengajaran di sekeliling untuk cerita hati.

"Apa yang di impi

Tak semua menepati ciri

terutama mimpi

yang aku mahu di antara Kami

Apa ada pada hati

andai derita menjerat diri

yang tertuai hanya air mata di sudut sanubari

keluarga firdausi, berkecai tidak sampai satu hari

Apa ada pada pelangi

Andai hadirnya hanya sekilas

Mewarnai dunia buat yang mencari

Kemudian ghaib, dan terlepas

Tinggal aku begini..

Sehingga kini tergantung tidak bertali

Tanpa sebenar-benar kasih yang ku harapkan dari keluarga yang di impi

Yang datang cuma ombak badai yang meroboh permintaan diri.~"

Catatannya terhenti..

Apabila terdengar jeritan namanya bergema.

"Rumaisa !! "
Sekali lagi...~

"Rumaisa !! "

Sepantas kilat dia menyimpan diari miliknya dan helaian-helaian kertas yang telah dia contengkan dengan pelbagai coret cerita.


"Oh ..Bonda~" bisik hatinya.

Langit sudah merah, menandakan senja sudah berlabuh. Masakan tidak bonda memanggil-manggil..

Tahu dengan sikap anakandanya yang sering ralit dengan lakaran dan catatannya di bawah pohon cemara.

Di bawah pohon itu selalu dia berteduh, redup di bawahnya dari gasakan terik mentari saat tengahhari, tenang dan damainya pula tatkala petang melunaskan tugasnya mengganti tengahhari.

Rumaisa Humaira, si gadis polos yang unik. Jika disuruh dia berbicara, Tangannya lebih dahulu bergerak lincah.

Jika diminta bersuara, dia suka melampirkan catatan-catatannya bersenjatakan pena.

Bukan kerna dia bisu, tapi dia lebih senang membatu. Usah dikatakan dia kelu, kerna kalam-kalam yang bakal dikeluarkan dari bibirnya adalah bagai mutiara-mutiara yang bernilai harganya. Itulah senjata mukmin dalam perjuangkan agamanya!

Tangan lincah menari, mulut mengegarkan dunia dengan Kalam-kalam dari Ilahi.

Catatan yang ditulis tadi, telah dilipatkan dan lantas di masukkan ke dalam peti surat kotak kecil yang dia bina pada pohon cemara tersebut. Setakat ini sahaja segala kanvas lakarannya telah memenuhi kekotak tersebut. Baginya, dia puas andai dapat meluah rasa di bawah kedinginan pohon itu. Berimaginasi, berfantasi..semuanya itu pasti dilampiaskan tanpa segan silu. Yang menulisnya adalah 'aku'~ Prinsipnya..Bila kita pinta dengan bersungguhnya, pasti DIA kotakan. Ya, Berimaginasi untuk menghasilkan impak yang inovasi. Merancang strategi buat melakar penghasilan yang indah untuk pemuasan sanubari.

Satu langkah dia berjalan...
Berjalan lagi..Dua,tiga, empat..sambil mengira setiap langkahan. Dia rasa terhibur bila begitu, Umpama berdansa dengan riangnya sambil menelusuri batas sawah padi di situ.

Punya alam yang seindah ini, dia terasa tidak jemu menghayatinya.
"Ohh...bonda memanggil lagi" kelam kabut dia berlari..
Menuju ke "Taman" tempat dia bersemayan, kediaman yang dipenuhi dengan pelbagai rencah kehidupan. Disitu dia membesar, disitu jua dia tumbuh berkembang umpama bunga terpelihara di taman larangan.

Rumaisa Humaira, selembut namanya..

Membesar tanpa kasih ayahanda..Hanya punya seorang bonda. Dan bertemankan seorang kakanda yang sering menghilang entah ke mana.
sebenarnya Rumaisa sendiri tidak mengerti apa itu kebahagiaan dalam keluarga.

Cukuplah bondanya sering bersamanya..mendidik dan menjaga dirinya. Dan itulah kasih sayang yang tiada tara yang pernah dia miliki.
Rumaisa juga tahu, ayahanda dia bukan tiada di dunia ini. Ada, Tapi sejak kecil dia tidak pernah mengenali siapa ayahandanya. Dan dia juga tidak ingin untuk mengenalinya, lantaran sikap tidak bertanggungjawab ayahandanya meninggalkan mereka terkontang-kanting sejak kecil.

Tapi dia tetap rasa bahagia...

Kerna dia tidak mahu mengenal itu apa 'derita'.

Mahu disingkir jauh-jauh 'rasa' itu, dan membesar dewasa bagai mawar berduri buat bonda yang baik hati.

"Rumaisa humaira anak ummi, kenapa masih lagi pulang senja-senja begini? tahu kan ummi risau apa-apa jadi pada kamu nanti..bahaya~"

Rumaisa lemparkan senyuman pada bondanya, membisu.

Rumaisa tidak berkelip memandang bondanya. Bonda yang cantik, baik hati, prihatin serta kerap sekali merisaukan dirinya yang satu ini.
Hati menjerit, "Ohh~ Bonda, kenapa ini realitinya? "

Bonda masih begitu, masih bonda yang sama. Tetap menuturkan butir bicara 'risau' padanya Sambil tangan bonda ligat menggusap kasih ubun ku bagai si anak kecil yang manja.

"Kamu tu dah membesar jadi anak dara ummi dah. Tak manis anak ummi ni suka merayau sorang-sorang kat batas sawah padi tu."

Maisa mengaru kepalanya yang tidak gatal, Sambil menanggalkan jilbabnya yang menutupi kepala dan sebahagian dadanya. Sejak kecil bondanya sudah mendidik agar memakai busana yang sentiasa menutupi perhiasan yang ada padanya. Kerna dia tahu, Yang tertutup itu sentiasa indah.Dan yang terbuka itu sentiasa dan seringkali membawa musibah.

"Ummi.."
Sambil menarik lembut bondanya duduk di kerusi bersebelahannya itu, dan dia senang untuk bersimpuh dihadapan bondanya.Menatap puas-puas wajah bening bondanya..Wajah bonda terkebil-kebil dengan sikapnya, dan dia faham..Sikapnya mulai meresahkan bondanya tersayang.
"Ummi, betul ke maisa bukan anak kandung ummi? "
Hajah mariam tersentak.
Beku~

"Ummi, betul kah? " maisa mengelus jari-jemari bondanya dengan lembut.Tersenyum, dia tetap terus tersenyum.
Bondanya tetap begitu.
Beku~
Situasi terus kaku..

Anak yang ditatang semenjak dua tahun lagi akhirnya menyuarakan apa yang paling dia geruni. Hajah mariam menarik nafas resah.
Mendesah dengan satu bebanan yang terpundak selama ini. Rahsia yang telah disimpan sekian lama muncul jua.


Rumaisa perlahan-lahan mengeluarkan sepucuk surat lusuh yang menjadi igauan ngeri buatnya. Hajah mariam terpampan.

"Dari mana maisa dapat surat itu?" cemas bergelodak di dalam jiwanya. Hajah mariam hairan bagaimana surat tersebut boleh berada di tangan maisa sedangkan beliau sudah menyimpannya dengan berhati-hati.

"Maisa terjumpa ummi..waktu maisa kemaskan bilik ummi. Maisa terjumpa surat ini sewaktu terjumpa album gambar lama ummi. Maafkan maisa ummi, Maisa tak patut ambil surat ni.Tapi firasat hati kuat menyuruh maisa ambil tatkala maisa perasan surat itu punya nama maisa."

Hajah mariam terpana..Berjuraian air mata sepantas kilat membasahi wajahnya yang semakin dimamah usia.
Dipeluk erat si anak yang telah dewasa, "Bukan sebenar-benar anakku yang sebenar, tapi sama sekali aku tidak mahu kehilangannya" Pekiknya didalam sudut hati.
Bonda tetap membisu, sekadar tidak mahu melepaskan pelukan dariku.

"Ummi~..maisa minta maaf. Tak berniat langsung maisa mahu membuatkan ummi terluka.Maisa sayang ummi..maisa tetap akan sayangkan ummi."
Berteleku rumaisa dengan sendu sedan yang pasti alam turut menangis andai menyaksikannya.
Mengetap bibirnya, maisa terus-terusan mengharapkan bondanya akan menceritakan segalanya tentang dirinya. Tidak semua,cukuplah memberitahu siapakah ayah dan ibunya yang sebenar.
Hatinya meronta-ronta mahu mengetahui siapakah insan yang sanggup meninggalkan dengan begitu sahaja tanpa satu pun khabar berita.


*******


"Mariam, aku tak nak anak ini. Cukuplah anak sial ini telah banyak menyusahkan hidup aku. Sejak dia lahir, habis perniagaan aku merundum. Bini aku pun tak sanggup menjaganya. Engkau ambil jelah budak ni. "

Hajah mariam menyambut si anak kecil tersebut. Kasihan, Betapa sucinya si anak ini dikatakan sial oleh mereka. Walhal anak kecil itu tidak berdosa. Langsung tidak~

"Tapi tuan, apa yang saya nak katakan padanya jika anak ini bertanyakan tentang ayah dan ibunya ? "


Hajah mariam gusar. ye, Dia merupakan bekas orang gaji Tuan mustafa dan Puan Suraya. Andai mereka tidak menghargai anak yang tidak berdosa ini, biarkanlah dia menyabung nyawa membesarkannya.


" Kalau engkau rasa budak ini menyusahkan engkau wahai mariam, engkau buang je kat mana-mana yang engkau rasa suka. Janji dengan aku, engkau tidak akan beritahu dia yang kami adalah ayah dan ibu dia."
Hajah mariam hanya mengangguk lesu.

Selayang pandang, dia hanya melihat kereta mercedes pacuan empat roda milik kepunyaan bekas tuan majikannya pecut meninggalkan perkarangan rumahnya.


Mengelus lembut pipi si kecil itu,buatkan dia jatuh sayang kepadanya. Hajah mariam mengucup ubun-ubunnya, dipeluk erat tanda kasih.

Hajah mariam pernah berhasrat ingin memiliki anak perempuan, namun selepas melahirkan anak lelakinya yang sulung, dia didapati mengalami masalah rahim yang membuatkan dia tidak mampu untuk mengandung buat kali kedua.

Hatinya berbisik, " Mungkin ini Anugerah dari ALLAH, Pasti yang terindah. "
Diberikan nama 'Rumaisa Humaira', hajah mariam menutup 'buku lama' si kecil itu. Dia mahu rumaisa mempunyai keluarga yang menghargainya.

Dididik, ditatang secukup rasa.

Dibelai, kasih yang melimpah ruah.

Rumaisa humaira dijadikan buah hati pengarang jantungnya kerna sunyi sering kali menerjah lautan kehidupan hajah mariam lantaran si suami meninggalkannya terkontang-kanting demi mengejar dunia gelap yang gelita.

Dia tidak kisah, asal punya anak-anak yang mewarnai pelangi pada kanvas yang dia tenun sepanjang masa.

Memiliki tulang empat kerat yang dibanting setiap masa, tidak jemu dia membesarkan kedua anaknya dengan sebesar-besar hati seorang bonda.

" Sial, budak itu memang membawa sial pada kita ummi ! " tempik anak lelakinya iskandar pada hajah mariam.
" Kerna dia, ayah pergi tinggalkan kita. Kerana dia juga kita hidup macam ni. Hidup tak senang gara-gara budak sial tu."


Hajah mariam terkejut..
Iskandar sudah pergi terlalu jauh. Tidak cukupkah tarbiah yang dia ukirkan pada diri anaknya yang sulung ini supaya meredhoi setiap ketentuan ALLAH yang telah ditakdirkan dalam kehidupan mereka.


Hajah mariam tersenyum, seraya berkata: " Is, ummi tak mampu untuk berkata apa-apa. Cukup sekadar ummi mahu bilang, Allah lebih Maha Tahu apa yang kita tahu dan tidak tahu. Adik kamu maisa juga anugerah dan Allah tahu kenapa dia hadiahkan maisa kepada kita.
Sekali lagi ummi katakan, dia bukan sial. Dia makhluk yang ALLAH titipkan sebagai penyeri dan anugerah buat kita."

Tegas hajah mariam..
Iskandar merengus, tetap tidak puas hati. Sejak ada rumaisa, kasih ummi padanya sering beralih arah.

Sememangnya dia tidak betah melihat wajah 'ketenangan' milik maisa. Entah kenapa jiwanya sering sakit andainya maisa dihadapannya.
Bukan dia tidak merasa sayang pada si maisa tu, tapi dia tetap tidak boleh menerima maisa dalam hidupnya. Ditutup pintu hatinya dengan kunci ego hanya kerna 'cemburu' yang menjalar jiwanya.

Kerna itu , rutinnya jarang dirumah.

Keluar entah ke mana..

Hajah mariam hanya mampu berdoa. Sesekali cuba memujuk hati si anaknya ini. Namun ketegangan yang dia terima.
Hajah mariam tetap berdoa kerna dia tahu doa itu bakal diperkenankan andai kesabaran menjadi tunjang.


**************

Hajah mariam membuka mata,yang silam tadi kabur menghilang. Tangan maisa masih digenggamannya. sebutir mutiara mengalir basah di pipinya. Maisa mengesat tangisnya.." Ohh, anak ini. Terlalu polos..~ "

Hajah mariam tersenyum melihat gadis yang dibesarkan sehingga kini..'si mawar berduri' yang mekarnya sampai kini dijaga rapi.
Yang dibaja dan disemai dengan akhlak secantik bidadari..
Biar satu saat nanti andai dia menghembuskan nafas, masih ada si solehah yang akan mendoakan kesejahteraannya dia di sana.


Hajah mariam mengukirkan segaris senyum.
Maisa pun..keduanya tersenyum. Sambil membuang sisa-sisa tangisan.
Hajah mariam akhirnya menceritakan segalanya dari A sampai Z. Maisa tetap tekun mendengar. Sesekali tubir matanya digenangi mutiara-mutiara putih. Tapi ditepis dengan hati yang tabah.
Rumaisa lapangkan jiwanya untuk menelan realiti sebenar mengenai dia, jua mengenai mereka.

Usai mendengar kisahnya, Maisa melemparkan senyuman lebar buat bondanya.
Dikucup dahi bondanya..dipeluk kasih bonda yang telah membesarkannya. Tidak berhenti-henti ucapan terima kasih dituturkan oleh bibirnya yang tidak terhingga atas jasa bondanya selama ini yang sanggup membelainya lebih dari darah dagingnya sendiri.

Sungguh~ Dia betul-betul terharu dan punya juga rasa kecewa. Terharu kerana insan yang tidak punya pertalian darah langsung dengannya sanggup menjaganya tanpa sedikit pun menganggap dia orang luar dan dia kecewa kerna orang yang melahirkannya sanggup lemparkannya jauh-jauh dari mereka kerana menganggap dia membawa sial.
Allah..~

" Ummi, maisa masuk rehat kejap ye. " pintanya dengan berhati-hati.
Ye, dia perlukan rehat. Serasa seperti batu besar yang menghempap kepala dan dadanya. Berat, memang terasa berat.
Bondanya hanya mampu mengangguk lemah, sambil anak matanya mengekori susuk tubuh maisa pergi menghilang ke kamarnya.
Hatinya seraya berbisik, " Maafkan ummi sayang~ "

Dibalik daun pintu sana, berdiri sekujur manusia yang mendengar perbualan mereka. Matanya jua basah dengan linangan air mata.

Serba salah mencengkam dirinya. Ego, dan api kebencian yang marak dalam hatinya telah menutup sifat perikemanusiaannya pada maisa. Dia, iskandar yang telah pergi terlalu jauh mengecewakan hati bonda dan terutamanya hati maisa juga. Serba serbi tatkala mendengar rintihan adiknya..wajah 'ketenangan' adiknya tidak sehangat dahulu. Yang ada perit dan derita.
Maisa tidak bersalah apa-apa..Dia adik yang polos dan malang . Tidak patut dia mengherdik dan membenci insan sesuci itu, walhalnya si gadis itu perlukan tempat berpaut dan bergantung.
Subhanallah...~


Di atas sejadah, maisa terus berdoa..
Allah~..

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"


(Al-A'raf : 126)


Lidahnya basah merintih pada-NYA, dipohon secebis kekuatan, dipinta segunung ketabahan.Hatinya tetap milik TUHAN, tidak kan pergi jauh dari perjalanan yang ALLAH gariskan. Rumaisa terhibur pabila melantunkan bait-bait kalam Rabbul Izzati. Terasa yang berat tadi ringan seperti kapas, lega~
Direnung sedalam-dalamnya FIRMAN Rabbi..dihadam seluas-luasnya petunjuk yang DIA beri.
Bonda selalu pesan, andai sedih,resah dan gelisah..Kembali pada ALLAH. DIA yang memegang hati tiap manusia, membolak balik kan pun jua daripada Kuasa-NYA.


kata orang, "kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan."
Tapi aku katakan, "Tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit. "


Cukuplah dia sudah membazirkan banyak mutiara-mutiara putih tadi. Yang dia tahu kini, biarlah senyuman sehangat mentari menghiasi wajahnya yang lesu ini.Dan, Jawapan~
Ye, maisa mahukan jawapan.
Maisa perlu cari jawapan tersebut.
Rungkai agar hati tenang....sebelum dia pergi jauh ,jauh dari dunia ini~
Tatkala celik masih meniti matanya ini.


*********

"Ummi, maisa dah buat keputusan..Ummi boleh izinkan maisa tak? "
sesudah bersarapan bersama bondanya, maisa memulakan bicara.

"Apa dia sayang? katakan pada ummi. " Hajah mariam kembali memfokuskan tiap bait kata-
kata yang bakal terlontar dari bibir mungil rumaisa.

Maisa menarik nafas panjang, lantas dihembuskan dengan perlahan.
Allah,Permudahkan lisanku untuk bertutur. Bismillah, dengan nama-MU Ya Allah.


"Ummi, izinkan maisa cari ayah dan ibu, boleh? " terserlah sinar harapan pada wajah maisa.
Hajah mariam tahu, saat ini bakal tiba. Rumaisa sudah dewasa..dan dia berhak untuk membuat keputusan ke atas dirinya meskipun dia tahu kemungkinan keizinannya, bakal membuat bila-bila kasih maisa padanya boleh beralih arah.


"Tak ummi, ummi jangan risau. maisa tak akan tinggalkan ummi. Maisa hanya mahu mencari jawapan daripada mereka. Dan akan kembali kepada ummi seperti sedia kala. Maisa hanya mahu menjadi anak ummi..satu-satunya anak perempuan ummi serta adik kepada abang iskandar."

Ohh, hajah mariam terpana. anaknya yang polos ini bagaikan dapat mendengar suara hatinya. Bertuah, dia sangat bertuah dengan anugerah yang ALLAH hadiah.Si solehah yang terlalu pemurah dengan kasih dan sayangnya.

"Maisa, kalau itu yang maisa mahu. Ummi izinkan sayang. Moga segala persoalan yang maisa mahu rungkaikan bakal terurai. Dalam sampul surat yang maisa temui hari tu ada alamat ayah ibu maisa..Maisa tahu kan?"

Maisa mengangguk.
Tersenyum...


"Abang is bawakan maisa ye sama-sama cari ayah dan ibu.." Tersentak maisa mendengar satu suara yang dia rindui. "Abang is..~"

Iskandar tersenyum..
Bonda dan maisa pun turut tersenyum.

Doa hajah mariam tidak sia-sia, Iskandar sudah berubah .
"Allah tahu apa yang Kita tidak Tahu.." Sekali lagi ayat ini menyapa di sudut kalbunya.
Alhamdulillah~

******


"Maisa, ini alamat yang tertera kat surat ni. Besar juga ye rumah ayah dan ibu maisa." Bilang iskandar
Maisa terkaku..
Mahligai ayah ibu ke itu?
Sepatutnya di situlah teratak kasih impian dan mahligainya terhimpun.. tapi~


"Abang is, betulkah jalan yang maisa pilih ini? tiba-tiba Maisa terasa tak kuat ." Badan maisa menggeletar. Entah kenapa jatungnya terasa lemah, kepalanya berdenyut hebat.


"Maisa, kita sudah pergi sejauh ini. Maisa dah bawa kekuatan bonda sekali kan.Pastinya maisa tahu bonda, abang is dan terutamanya ALLAH sentiasa menemani dan menyokong maisa.Jadi, sekarang ni kita turun dari kereta dan temui ayah ibu maisa ye? "
Abang is tidak putus-putus menguatkannya.Kasihan dengan wajah pucat lesi adiknya . Dalam hati terdetik seketika, maisa sepertinya sakit.


Tapi dinyahkan jauh-jauh..Mungkin maisa terasa gementar untuk menemui kedua ayah ibu yang telah mengabaikan dan membuangnya itu.


Maisa membetulkan jilbabnya, dikemaskan busana muslimah yang dipakainya saat itu. 7 jam perjalanan dari kampung ke rumah ayah ibunya itu membuatkan kerapiannya sedikit 'lari '.Dia mengukirkan segaris senyum,membaca doa rabithoh dalam hati. Sakit yang dia sedang alami ini dibuat tidak peduli.
Janji misinya perlu dilunaskan sebelum dia ' pergi'.


Teratak kasihku Impian mahligaiku~..
Bibirnya menutur laju.
"Maisa nak abang is temankan maisa turun? " iskandar menyoal lantaran terasa ada sesuatu yang tidak kena pada adiknya.


"Ehh, tak perlu abang. Maisa boleh pergi sendiri. abang is tunggu maisa ye sekejap. Maisa akan kembali lepas temui mereka. InshaALLAH, doakan maisa kembali"
Lembut wajah maisa mengakidkan keputusan tegasnya pada iskandar.ye, dia harus hadapi dengan kekuatannya sendiri.


" kalau macam tu, maisa hati-hati ya. Kalau ada apa-apa, hubungi abang is tau. Abg is tunggu.."
Maisa Mengangguk.
Sebelum turun maisa sempat menyelitkan sekeping kertas di tempat duduknya tadi.



Allah..Allah~
Dia mulakan langkah dengan asma-NYA.
Di celah-celah pagar milik mahligai mereka, sepertinya dia ternampak kelibat ayah ibunya. Subhanallah, wajah mereka sama seperti potret di dalam surat lusuh itu.


Itukah ayah dan ibu?..
Di kejauhan itu juga, rumaisa melihat anak-anak yang makin meningkat remaja bergurau senda bersama ayah dan ibu. Mungkinkah mereka adalah sedarah dagingnya?
Dia memegang erat tiang pagar tersebut, badannya semakin gementar..sejuk,terasa seperti deria anggotanya beku.

Sekali lagi dia melihat gelagat mereka..
Gembira~ Mereka sangat bahagia..gelak tawa..canda mesra mereka tiba-tiba menimbulkan rasa 'cemburu' pada hati maisa.


"Ayah, ibu..Tidak ingatkah kalian pada maisa. Anak kalian yang ayah ibu tinggalkan?" Hatinya meronta-ronta dengan berjuta persoalan.


Setitik demi setitik air matanya mengalir..Tidak tertahan lagi. Kepalanya semakin berdenyut kencang.


Dia tidak patut kembali ke mahligai tersebut...mereka bahagia tanpanya.
Teresak-esak tangisnya..

Lemah..Allah~Allah~ Allah.. Entah kenapa dia mahu bertemu ALLAH saat itu. Mahu saja dia bersujud di tikar sejadah dan merintih memohon pergantungan serta secebis ketabahan saat ini.



"Bonda~.." Terlintas bening wajah bonda. Baik dia kembali pada bonda yang lebih menyayanginya. "Bonda..~"
Badannya terasa tidak gagah.
Perlahan-lahan dia beransur dari mahligai itu.

Mahu sahaja dia memekakkan telinganya dari mendengar tawa dan mesra mereka yang menerjah di gegendang telinganya.
Dia melangkah..
Satu, dua, tiga, empat........dia mulai membilang seperti biasa.

Lima..
Lemah, kabur...alam ini terasa berpusing. kabur...
Lima...Dia tidak kuat melangkah.
Tetap dia menuturkan 'lima'...~
Langkah longlai lemah...



Bunyi hon kereta bertubi-tubi ,tapi dia tidak larat untuk membuka mata.Dia terasa mengantuk..
"Ayah,ibu, Bonda, abang is...Maisa mahu tidur.Maisa sayangkan kalian..."
Bukkk!!!
Tubuhnya melayang.
Dia tersenyum...selamat tinggal semua. Maafkan maisa bonda..
Cecair merah mengalir..terngiang-ngiang suara abang is memanggilnya..


"Abg is, maafkan maisa juga kerna membawa sial kepada kalian berdua" maisa tinggal separuh nyawa..Nafasnya tidak sederas dulu.
Tersenyum...tenang.
Terasa dikelilingi ramai orang..dicelah-celah itu dia ternampak kelibat ayah dan ibu. Dia mahu
melambaikan tangan,tapi dia sudah tidak berdaya.
Dia cuma mampu senyum..maisa tidur dulu ye..ayah, ibu~.
terima kasih..


Tuhan~ Aku datang kepada-MU...


**********

Iskandar menyerahkan sekeping kertas yang ditinggalkan maisa didalam keretanya kepada ayah ibu maisa. Keduanya meraung menyesal dengan perbuatan yang telah dilakukan.
Tiada guna~

Rumaisa Humaira tidak akan kembali.
Walau berjuta-juta kemaafan yang mereka tuturkan, bidadari itu tidak akan kembali untuk mereka menebus kembali kesalahan mereka.


""shared so many together
day by day, every hour, every minute
and now you say goodbye, walk away
while you didnt want to, not turning around
you wont, but you wish

shared so many together
and now it will be gone..~"

Kertas itu menjadi sejarah dukacita maisa..
Bonda?
ohh, Hajah mariam tetap tersenyum.. Saat itu, dia bertandang ke tempat rumaisa sering menuai lelah.Di bawah pohon itu, satu persatu lakaran yang tersimpan di dalam peti surat kekotak itu dibacanya.
Allah..~
Sungguh, anak gadis itu terlalu murni hatinya.
Moga rumaisa humaira bahagia di sana.



-Atin Jieha-

16102011

:: Bayt Imtiyaz Crew::

Epilog cerita

Mungkin tidak seindah yang dijangka

Namun ku telah berusaha,

Untuk lakarkan terkadang apa yang difantasikan dalam jiwa.













☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH