Jumaat, Disember 09, 2011

Cerpen :: Biar Mentari Berbicara ::

Views






Bersimpuh sopan aku merenung ..
Terpaku akan sebuah harapan
Bahkan kaki menyuarakan rasa enggan
Jangan ke depan, jalan terlalu terjal, Berbaliklah~

Tapi mataku berseri menyapa matahari
Hati terasa sejuk oleh usapan hangat sang mentari
Dan aku melangkah ke hadapan
Aku yakin mentari akan selalu menemaniku
Meskipun dalam ketiadaannya..

"Sejuk..~"
Digosok-gosok kedua belah tangan.
Berlapis-lapis baju yang telah dipakai. Namun, Kesejukan tetap meresap ke segenap tubuhnya.
Terutama Tangan~ Diseluk ke dalam Poket Baju, Cuba Pura-pura mampu.
Ahh~
Musim sejuk tiba..Suka,syukur dan terima, namun perlu kental menghadapinya. Walau terkadang terasa seluruh jasad boleh jadi beku.

Sambil menyalin kembali Nota madah pelajarannya usai pagi tadi, dia menyumbat 'earphone' ke gegendang telinganya supaya badan yang terasa lesu lebih bersemangat. Ye, Mindanya perlu sinergi. Otak adalah organ yang sangat penting , perkembangan otak memerlukan perhatian khusus dan musik merupakan salah satu bentuk ransangan yang dapat membantu perkembangan fungsi Otak.Irama serta intonasi yang beragam dari musik mempengaruhi bagian otak sehingga meningkatkan kerja bagian-bagian otak tersebut. Jadi, akibat ransangan tersebut , perkembangan otak cenderung menumbuhkan aspek positif dalam perkembangan fungsi kognitif individu.

Fuhh~
Itulah tips yang dia pelajari daripada sahabatnya yang selalu mendapat tempat cemerlang dalam pendidikannya.




Jam menunjukkan 10:50 pagi, Masih berbaki 10 minit lagi pensyarah kesayangannya akan masuk.

"Alahai~ Sejuknya.." Gumamnya sendirian.

Tanpa mempedulikan keadaannya sekeliling.

Dia duduk sambil memeluk tubuh.."ermm, Andai ada sesuatu yang menghangatkan.." Monolog lagi dia seorang.

" Assalamualaikum Sufi.. "

Aisha mengambil tempat disisinya. Tersenyum ceria seperti selalu.
.Cukup sekadar melihat matanya yang bersinar walau wajah selebihnya ditutupi hijab, sufi tahu sahabatnya itu sedang melemparkan senyuman paling terindah buatnya.

" Waalaikumussalam..~ kamu dari mana aisha? baru sudah kelas sebelumnya ye?"

Dia menutup buku notanya, memfokuskan pandangan pada sahabatnya Aisha.

"A'ahh, aisha dari kelas Doc Sanusi . Sufi sihatkah ? " seraya menarik tangan sufi ke genggaman tangannya.

"Sejuk..~ sufi tak tahan sejuk sangat hari ini. Rasa nak demam pun ada." Sufi melentokkan kepalanya di bahu aisha.

Terasa mahu bermanja dengan sahabatnya itu. Walaupun berbeza kuliah dan jurusan, Namun
perbezaan itu tidak pernah menghalang mereka untuk bersahabat baik. Malah, mereka menjadi
sahabat paling akrab untuk sama-sama melengkapi di antara satu sama lain.


" Pegang tangan aisha..Tangan aisha panas. " Aisha menyatukan tangan mereka berdua menjadi satu.

Hangat~ Itu yang sufi rasa.

" Aisha, panasnya tangan aisha. Seronoknya pegang.." Sufi tertawa. Hangat~

"Ehh, kalau orang lain tengok, mesti mereka fikir kita bukan-bukan. Yela, sufi pegang tangan
aisha,aisha pun pegang tangan sufi."

Nakal sufi mengusik..Aisha pun turut mengiyakannya.

"yela, padahal mereka tak tahu macam inilah kita lampiaskan kasih sayang kita sebagai seorang
sahabat. " Aisha mengosok tangan sufi. Sebelum masuk kelas tadi , dia menjaga sekejap anak
pasangan mutazawij itu. Gelagat si kecil itu yang terlampau aktif membuatkan dia tidak betah
menjaganya..Ke hulur hilir dia mengejar kanak-kanak kecil yang semakin membesar itu.

Sebab itu angin sejuk yang berhembus masih tetap terasa hangat.


" Aisha.." Sufi menuturkan bicaranya. "Aisha mentari sufi buat sementara ini. Entah bila mentari
yang sebenar akan datang menghangatkan diri sufi. "


Aisha mencuit lengannya, "Amboi! kalau tak keluar ayat sastera dia tu tak sah..yela~ aisha ni
mentari yang menghangatkan sufi sementara je. "

Aisha mencebik..sufi tertawa halus.

" Hehe, yela~ sufi sedang menanti 'mentari' itu lah . " Akhirnya, tawa keduanya meletus,


*Senyap

Doc dah masuk...

Tumpu dan Fokus~" Senyum seikhlas Siput ."

Satu cubitan halus singgah pada lengan aisha. Tidak habis-habis dengan gurau sendanya.



********

Musim dingin menjengah..

Musim Luruh pula beransur megah..

Peralihan dari panas ke sejuk, 'Luruh' pergi berkelana,'panas' pula sudah beranjak.

Musim sejuk yang dingin itu menyapa..Kalau dahulu, matahari membakar ubun, namun dingin
ini menelan peranan mentari.

Menakjubkan tadbiran cinta dari DIA Yang Maha Esa..Teratur dan sangat unik. Merangkumi
alam sejagat yang tiada makhluk dapat menandingi kekuasaan-NYA.


*Tritt..Tritt*

'Reminder' terpapar di screen telefon bimbit..

" Jam 8.30 pagi COL " ~ Pendek peringatan tersebut, tapi sebenarnya punya maksud yang sarat
dengan kepentingan yang sangat dinantikan.

COL ringkasan maksud dari sebaris perkataan 'circle of love'. Atau yang sebenarnya adalah
usrah.

Hampir-hampir terlupa tugasan yang diamanahkan kerna terlampau melayan perasaan tika itu.
Subhanallah~ Tidak menyedari masa sepantas kilat meninggalkan detik-detik yang terluang.



Sufi bingkas bangun menyusun dan menyiapkan agenda untuk usrahnya nanti. Biar 'buah
tangan' yang dibawa mengenyangkan rohaninya dan adik-adik usrah yang lain.

Pelik terkadang melintasi fikiran, Yang lebih memahami apa itu usrah,kepentingannya.. tidak
terlalu ramai untuk bersama berkongsi segala apa yang patut.. Hanya tahu mengejar nafas
duniawi. Dalam erti kata lain,dunia dihati..Akhirat dilupai.~

Manusia..

Astgahrfirullah.



********
[ 7.00 Pagi /Jumaat ]

Alhamdulillah..

Al-kahfi dikhatamkan, Jumaah barakah tiba bila ditentukan..

Secangkir nafas dingin dhuha yang mendamaikan..Dihirup ia dengan segenggam azam. Sambil
menanti kehadiran adik-adik seperjuangan yang lain,

Modul-modul usrah yang diatur untuk dibentangkan ke dalam COL dikeluarkan dari beg
sandang 'Milk teddy bear' hadiah dari angah Farihin , Bekas Naqibah usrah sufi suatu ketika
dahulu.

Aiahhh~

Bagaimanakah keadaan angah saat itu..?

Dengar perkhabarannya beliau semakin maju melangkah, bertapak di persada dakwah di bumi
Malaysia.

Allah...~

Aku pula bagaimana nanti, Mungkinkah akan berterusan istiqomah di dalam medan ini atau
bakal hanyut dengan dunia pancaroba itu?

Jawapan berbalik semula tepat kepadanya..Menghantuk dinding hati untuk meningkatkan iman
dalam diri.

Monolognya sendirian~


Tiba-tiba telefon Bimbitnya beralun nada..Menandakan pesanan 'SMS' ringkas menjengah
'Inbox' nya.

Ringkas ,seringkasnya~

"Assalamualaikum..Sudah bertemukah jawapannya sufi? - Kak Mardhiah -"

*Tersentak*

Sebulan sudah berlalu rupanya..

Tempoh yang diberikan oleh pasangan itu sudah tiba penghujung. Ustaz munzir dan kak
mardhiah antara pasangan yang banyak membantunya di tanah anbiya' ini. Tempat dia
merujuk segala permasalahan yang sering kali menjengah ruang fikirannya.

Tapi..~ Saat ini dia sangat buntu..

Apa perlu Dia menjawab? Sama ada 'YA' ataupun 'TIDAK'. Sebulan yang diberikan terasa tidak
cukup untuknya untuk mencari jawapan yang sebenar-benarnya yang dia mahukan.


Ilham Fursan.

Sebaris nama yang menjentik hatinya..Lamaran yang berwasilahkan oleh kak mardhiah dan
ustaz munzir masih lagi kosong tiada bertemu jawapan lagi.


********

"Ilham, macam mana dengan keputusan ustazah sufi tentang taqdim enta tu? Dia dah berikan
sebarang jawapan?"

Tersirap darah ilham tatkala nama Sufi si mawar berduri itu diutarakan oleh temannya saufi itu.
Sekelumit rasa hampa menerjah, sehembus keluhan mengundang. Baginya terlalu perit apabila
soal sufi nadhira itu dibangkitkan kerna persoalan itu menyesakkan jiwanya tatkala jawapan
yang diimpikan tidak kunjung tiba. Seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Hakikatnya ~...Arghhh!! siapa yang tahu kecuali DIA.


"Ilham?? "

Ilham tetap mendiamkan seribu bahasa. Tidak perlu dia mengungkapkan sebarang jawapan jika
sang mawar berduri belum memberikan kata putus. Baginya biarlah segalanya sepi begitu
sahaja.Sudah malu dirinya untuk memaksa sang mawar berduri untuk memberikan keputusan.
Lagipun kini dia sedar bahawa tidak layak rasanya untuk dia memberikan sepenuh
pengharapan kepada sufi nadhira yang sentiasa menjadi intaian ramai mujahid.

"Sufi...Adakah engkau bakal ku lepaskan sebagai bidadari hidupku?~ "


Dia hanya mampu menunduk.


********

Berbumbungkan pepohon rendang di jamiah ini terasa mendinginkan tubuh
badannya..Pertemuan untuk mengadakan COL di pagi jumaat ini sengaja diatur di situ. Seawal
sufi hadir ke jamiah itu sendirian tanpa berteman. Biarlah dia menjadi naqibah yang menjaga
tatatertib masanya.

Di belek-belek telefon bimbitnya itu..pesanan ringkas tadi dibalas kembali.

" Wasalam kak mardhiah~ Petang ini sufi jumpa di rumah akak ye. Rindu pula bertemu si kecil haikal itu. - Sufi Nadhira -"
Dia menekan butang Hantar.

Ya, Apapun yang terjadi. Dia perlu menyelesaikan perkara ini. Sampai bila dia harus
bersembunyi. Biarlah istikhorah yang dilakukan selama ini menjadi jawapan apa yang dia rasa
untuk masa hadapannya menghadapi situasi sebenar.

Sekilas bayangan hitam itu melintas..Terasa bahunya seperti dilibas kuat.

"Allah!! dia datang lagi "

Sufi kaget..kaku.

Mulutnya tidak henti-henti membaca ayat pelindung diri. Moga-moga ALLAH melindunginya
saat ini.. Hidup dibayangi kejahatan iblis dan syaitan durjana itu seringkali menerjah dirinya.

Antara khayal dan sedar..Seakan-akan dia di luar batas waktu.

Dia lemah...terasa sakit itu menghantuinya kembali. Dadanya berombak-ombak..Adanya seperti
mahu membunuhnya, Lehernya dicengkam kuat..Nafasnya tersekat-sekat..

" Allah~ Mana mereka...? Allah..kirimkan mereka untuk membantuku "

Tidak berhenti-henti sufi berdoa..Kejahatan itu makin mematahkan kudratnya.



"Kak sufi.."

Ehh..senyap je kak sufi ni.

"Assalamualaikum Kak sufi~ " Fatimah menyentuh lembut bahu kakak usrahnya yang bagaikan
kaku seperti patung.

Mengintai jua apa yang direnung oleh naqibahnya itu.. Memandang kembali wajah naqibahnya
yang pucat lesi.

" Allah~! Kak sufi, kenapa ni?kak sufi sakit ke? "

Fatimah dan nadia panik.

Keadaan kak sufi meresahkan mereka..Tiada tindak balas dari Naqibah mereka. Hanya melihat
air mata yang berjuraian di pipi sufi. Sufi tampak begitu lemah dan badannya lembik.

" Nadia, cepat call kak aisha..Kita bawa kak sufi balik rumah "


*******

"Sufi..sufi..Kenapa ini? " Terasa suara lembut menyapa cuping telinganya. Dia gagahkan juga
untuk membuka kedua kelopak matanya. Terasa badannya teramat sakit..

Bismillah~

Dia cuba untuk gagah lagi membuka matanya..Allah~Sufi melihat adik-adiknya dan aisha
mengelilinginya.

Kerisauan..Itu yang terpamer pada wajah mereka. Aisha segera mendakapnya..masih bersisa air
mata diwajah sahabatnya itu. Sufi cuba memenangkan diri berzikir dan berishtighfar halus.

Subhanallah..~ Ia datang kembali.. *Bingung*

Sufi mengukirkan senyuman kepada mereka..Terasa bersalah kerna meresahkan mereka dan
terasa sedih tidak mampu melaksanakan usrahnya hari ini.

Bergenang mutiara putih ditubir matanya.Tapi segera diseka~

"Ahh~ Cukuplah..Sudah puas aku merungsingkan mereka. "


*******


"Sufi, kak mardhiah datang ." Tutur aisha sopan.Sambil mempelawa kak mardhiah masuk ke
kamarnya.

Sufi menoleh tatkala disapa aisha..kak mardhiah tersenyum memandang wajah sufi, seraya
terus merangkul erat tubuhnya. Ada sebak tiba-tiba menyapa..~Terasa disayangi.

Kak mardhiah tidak putus-putus memintanya bersabar. Ikutkan sekeping hati ini mahu sahaja
merintih pada kak mardhiah.Tapi cukuplah dia sudah banyak memberi bebanan kepada teman-
temannya.

" Sufi, boleh kak mardhiah tahu sesuatu? " Kak mardhiah mengusap-usap jari jemari sufi.

Menggeleng tidak, Mengiyakan pun tidak.

Mata sufi hanya terarah ke wajah bening kak mardhiah.

" Sufi ada 'sakit' itu ye? "

Tunduk~

Kakinya menguis lantai ..Mindanya terasa melayang pabila persoalan itu diutarakan.

Sejuk..

Saat itu dia terasa sejuk..Dingin musim sejuk berhembus masuk ke ruangan kamarnya. Sufi
terlupa untuk menutup jendela rumahnya.. Pemanas yang dipasang pun tidak memberikan
kesan apa-apa..

Jasadnya bagaikan beku..."Aku perlukan mentari~" Bisik hatinya..

Siapa mahu ditimpa 'sakit' yang sebegitu..bertahun lama dia menyimpan penyakitnya. Andai 'ia'
menjengah, dia bertarung sendirian. Tapi entah kenapa kali ini , dia kalah dan lemah. Hidungnya
pun kerap kali berdarah kerana menanggung sakit tatkala lembaga itu menyerang batin dan
dirinya.

Halusinasi.. Siapa yang nampak..?

Dia yang merasa dan sufi tahu yang alami nasib yang sama juga akan mengetahui akan tenat
keadaannya.

Kata ustaz yang merawatnya di malaysia dulu ,dia terkena buatan orang yang dengki
kepadanya. Hanya kerana dia selalu mendapat tempat pertama di dalam kelas dan menjadi
perhatian guru-guru dan rakan taulan mereka, dia dibalas sebegitu.. entah dari siapa. Sufi tidak
mahu tahu mengenainya.

Namun dia akur..dia Redho.

Mungkin inilah ujian ALLAH kepadanya..Untuk melihat betapa besar pengorbanan dan
kekuatannya untuk memiliki kecintaan ALLAH kepadanya.


" Kak mardhiah, dah agak lama sufi 'sakit' itu . Maafkan sufi sebab tidak pernah beritahu kepada
akak. " Sufi akhirnya berterus terang..

Mungkin perlu juga ada seseorang yang mengetahui apa yang dia sembunyikan selama ini. Mana
tahu suatu saat nanti, sufi 'diserang' lagi.

Kak mardhiah menyapu2 belakang sufi, memujuk hati sufi yang bagaikan adiknya itu.

Tersenyum..

Ada je ubat untuk si adik manisnya itu.

" Sufi, sabar itu indah kan. Indah buat hati yang gundah gulana. " Sufi mengiyakan.

" Haa~ macam mana dengan jawapan sufi untuk ilham tu? Dah fikirkan dah? " Kak mardhiah
bernada serius sambil mengusik.

" Sufi...sufi..~ emm. "

Sufi tertunduk malu..Namun dia dah berfikir panjang..Dia sememangnya tidak layak untuk
ilham. Kerna 'sakit' ini juga penyebab kenapa dia menolak lamaran yang hadir untuk membuka
hatinya. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa..Apatah lagi membebankan pundak mereka.


" Kak, Sufi mohon maaf. Mungkin suatu hari nanti ilham pasti bertemu dengan insan yang lebih baik dari sufi. Sufi tidak layak buatnya..Apatah lagi dengan 'sakit' sufi yang macam ini..Kak,
sampaikan kemaafan sufi buat ilham ye "


Sufi menunduk.

Terasa sakit juga hatinya meluahkan jawapan itu. Masakan tidak~ suatu 'rasa' sudah menjentik
hatinya. Namun, dia perlu lupakannya.

Kak mardhiah menepuk-nepuk bahunya. Faham dengan perasaan sufi..Tidak patut pula dia
bertanyakan soalan itu saat ini. Tapi, melihat keadaan sufi sebegini, dia tahu dia harus
membantu sufi .

* Kak mardhiah tersenyum~ *


*************

"Sufi..~ "

" Ye abang..." Ilham mengenggam kedua belah tangan bidadarinya. Kedinginan tangan sufi
disatukan dengan kehangatan tangannya.

Memberikan 'mentari' buat cahaya pesonanya.

Sufi tersenyum malu.

Bahagia menjengah tatkala musim dingin memuncak. Sekelip mata statusnya berubah menjadi
suri hidup kepada seorang mujahid Syam.

Ilham fursan.. Akhirnya sufi nadhira menjadi kepunyaan Sang suami yang selama ini mencuri
'hati' kecilnya dalam diam.

Kalau tidak kerna gara-gara kak mardhiah dan ustaz munzir yang begitu tekad menyatukan
mereka walaupun sufi mengatakan jawapan 'TIDAK', mungkin sampai kini dia tidak akan
merasa kehangatan mentari ini.

" Sufi..~ Tahu tak kenapa abang suka pada sufi? "

Ilham mengusap ubun-ubun bidadarinya.

" Tak tahu..Manalah sufi tahu " Sufi mengerling manja pada suaminya.

" Abang suka sufi kerana DIA. Sebab DIA yang pilihkan sufi untuk abang,hadirkan rasa
ini.Semua ini anugerah dari DIA kan..Tapi terlalu banyak cabarannya.Tapi abang tidak pernah
lupa kata-kata yang sufi tulis di 'wall' Facebook sufi dahulu..'Yang hakikatnya untuk
mendapatkan sesuatu yang berharga bukan semudah itu. Perlu harungi ujian yang berliku.'
Abang ingin sufi menjadi yang halal untuk diri ini. Dan tidak sesekali mahu fitrah menjadi fitnah
buat perasaan abang. Akhirnya ALLAH mendengar isi hati abang. ~ Allah.."

Sufi tergamam..air matanya berjuraian.

Betapa tulusnya hati suaminya itu. Sufi mengeratkan lagi genggaman mereka. Kedinginan yang
dirasakan tadi hilang.. Kehangatannya berganti mendamaikan jiwanya.

"Abang..~ abang tak kisah sufi sakit .. "... Sekilas ilham meletakkan jari telunjuknya pada bibir
manis sufi tanpa sempat sufi menghabiskan kalamnya.

" Shhh~ Sufi, dengar sini sayang. Kerna ingin melindungi sufi lah, abang mahu mengahwini sufi.
Melayar bahtera bersama-sama dengan sufi. Abang tidak kisah semua itu, bukankah berkahwin
sedikit dapat mengubati keadaan sufi. Dan abang mahu menjadi orang yang sentiasa menjaga
sufi. Menenangkan sufi tatkala sufi sakit.. ada jalan penyelesaiannya sufi~ Izinkan abang
menjaga sufi ye? "

Sufi mengangguk.

Tenang~ Dia terasa lebih tenang dari sebelum ini.

Betul, tiada penghalang sebenarnya kalau Allah melontarkan kalam 'Kun Fayakun'.

Biar ribut badai melanda, Hujan gerimis mengundang..Pasti suatu ketika nanti mentari itu bakal
berbicara.

Kini dia punya genggaman kekuatan.

Lebih indah daripada yang dibayangkan..Hatinya bergurindam syair:

Dituturkan kalam itu kepada Ilham, peneman hidupnya kini,


قامت تظلِّلُنى مِن الشّمسِ * نَفْسُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِى

قامت تظلّلنى وَمن عَجَبَ * شَمْس تظلَّلنى من الشَّمس

-> Telah berdiri memayungiku dari sengatan matahari , seseorang yang lebih ku cintai daripada diriku sendiri.
Ia memayungiku, sungguh menghairankan apabila ada matahari memayungiku dari terik matahari.


Bibir mungilnya lantas mengucapkan syukur..
Semua ini anugerah..~
Benar, biarkan mentari berbicara..

Tangannya lincah menaip message ringkas buat temannya aisha:

" Sufi dah bertemu Mentari sufi~ Aisha bila pula? "

*Hantar*

Dia tersenyum nakal.

Dipegang erat tangan suaminya.

Bahagia...~ Alhamdulillah.


- Atin Jieha -

C.M.R.K

( Cerpen pun dah jadi macam ala-ala novel ..MASIH PERLU PERBAIKI LAGI. ~)


Terimalah~
Coretan biasa dari kalangan yang biasa-biasa aje.





☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH