Ahad, Mac 11, 2012

:: Tabah terus Gagah, adanya Wasilah ::

Views
Maka,
Kita mulakan membacanya dengan Bismillah ye~


Entah sejak beberapa minggu yang lalu, Sering-sering aja pelbagai mehnah menjelma. Terkadang dihadapi dengan tangisan , adakalanya dengan senyuman senang. Antara keduanya, punya tikaman tersirat yang mendalam.
Biasalah~
Sedangkan nama pun ujian. Pasti yang diuji sesuai dengan ketahanan.
Dipujuk..dipujuk lagi sekeping hati itu. Mahu bagaimana lagi yang sentiasa mengeluh dengan secebis ujian? Bukankah selama ini telah berganda-ganda nikmat yang ALLAH beri. Apa Salahnya kali ini , nikmat itu ditarik sesekali.


Tapi semalam, ada yang menitipkan kata 'Gagah',
Mungkin dialah wasilah dari ALLAH. 
Untuk menyuruh ku jangan Rebah.

" Kerja kuat untuk islam ye ! "
Dan saat itu aku merasakan telah kembalinya sayap-sayap kiri yang selama ini hilang ~
Sempat dibilangnya,
"Moga thabat ,gagah kuat dan tabah. Tapi serius ni, kalau ada apa-apa nak minta tolong , beritahu tau.
Saya inshaALLAH sentiasa ada disisi awak dan sahabat-sahabat lain. Jangan malu untuk minta tolong ,even minta tolong cucikan baju ke,iron ke apa ke, inshaAllah boleh bantu. Saya terasa yang awak sangat letih dan penat. Betul kan? Rasa Nothing je kalau saya tak mampu nak tolong apa-apa."

Kalian, dia tahu saya letih dan penat~

" Saya tahulah sebab antara kita kan ada rabithoh. Sebab itu tahu ."

*Malu~ aku teramat malu kerna sering merasa lemah. Sepatutnya aku patut kuat dari adik beradik yang lain. 
Tapi..walhalnya , aku sendiri menampakkan diri ini lemah . 

" Awak, rasa penat dan letih itu kan fitrah. Mana lah ada manusia yang tidak letih. Tapi tidak bermaksud letih itu tidak kuat. kan? 
Dan saya tahu SKH yang saya kenal seorang yang kuat. Sebab itu perlunya adik beradik disisi .Maka rugilah saya ,tak dapat membantu adik beradik saya sendiri.. dan apa erti seorang adik beradik kalau awak tidak kongsi apa-apa dengan dia. Makanya, samalah dia dengan kawan-kawan yang lain."

Tengok~ inilah sahabat yang sejati.
Sungguh.. Terharu bertandang dalam lubuk rindu.
Teringat sahabat lama yang sudah jauh terpisah dahulu. 
Seperti dia..
Sama sikap dan sifatnya. 
Tulus dan jujur. 

" Bila hati atin ok, Hati saya pun ok. Tenang rasa~ "

* Tersentuh lagi.
Terima kasih Serikandi Kaktus!

Nota SKH:
Saat kita membuka nashkah hati yang penuh cela dan duka,
Allah menutupnya dengan penuh rahsia
Tika kita menyangka bahawa kitab hidup hanyalah tulisan-tulisan luka,Allah menterjemahkan dengan penuh hikmah dan penuh warna
Saat kita ingin mengalah dan tunduk pada malam yang gelap dan pahit
Saat malam tiada bulan,
Tiada madu,
Allah berikan sebuah rasa yang bernama CINTA.
Mengapa kita ketepikan DIA ketika meratap dalam Zikra Rindu,
Sedangkan langit malam semakin cerah menunggu fajar baru~

Teruskanlah melangkah,
Biar lebih Gagah.
Lebih tabah .
Biar jiwa cekal, kebal bersama baju 'Ketabahan'


"Motivasi lah kehidupan dengan memasakkan semangat Ruhhi untuk Rabbi."
Menulis ini bukan untuk menunjukkan lemahnya diri, tapi untuk kongsi bersama bahawa tidak guna terus merasa lemah dan lelah di medan dakwah yang tercipta walau ianya berduri,kerna hakikatnya Allah ingin menilai sejauh mana kita menjadi Hamba yang bererti. Jadi, terus gagah berdiri memperjuangkan amal islami.
Jom, teman-teman..
Kita jadi SeGagah Kaktus!! :)















☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH