Sambil Tangan mengenggam erat beg plastik yang mengandungi dua kotak bungkusan Swende. Bakal selamat diisi nanti di dalam kotak kargo..
" Tak tahu lah akak. Betul ke ini lavender ? " Soalan itu dituju kembali kepadaku. Adik itu menundukkan wajah pada bunga-bunga tersebut, lantas mencium kuntumannya.
" Yela Kot kak atin, lavender rasanya. Sebab baunya sama. " Aku turut mengangguk. Benar rasanya.. Aku pun turut menciumnya . Bahagia.
Deretan flora yang berwarna ungu itu buatkan kami tersenyum. Cantik..
Rasa seperti diraikan bila datang, dan juga dilambai pergi dengan baik bila pulang.
Bagaikan menerima satu hadiah lagi hari ini . :)
--------------------------------------------
Di sudut curahan air terjun,Nyaman.. Duduk bersila dua orang gadis di atas marmar.Sementara menunggu yang lain, Sambil mencurah cerita dan masalah yang berlegar. Sekitar kawasan Makam ruh para syuhada' , mencari kembali semangat yang makin pudar.
Bicara santapan sang amilin, Untaian kata seorang nisa'. Padu! Perkongsian santai di ceruk air terjun pun mampu menyentap hati-hati itu.
Hadir pula seorang gadis. Duduk bersalaman dan menggauli antara mereka.
Azan berkumandang.
Asar~
Petang itu terasa damai sekali. Alunannya lebih menusuk kalbu. Ya, tempat itu terlalu 'sakinah' . Terasa ada juga air mata yang bakal dilampiaskan. Tapi pendam jauh-jauh. Air mata kegembiraan itu disimpan kejap dalam hati. Biar dibuai dengan genggaman tangan ukhti-ukhti yang lain.
" Jom Solat. "
Angguk dan jalan.
Itu bibik permulaan.
Setelah sekian lama tiada masa kelapangan, akhirnya hari ini jua dapat menjejakkan kaki di makam dan masjid itu. Hati giat mahu mengadakan kembali halaqah nisa' yang sama-sama memegang tafsir al-quran, dengan ruang legar yang agak lapang dan damai, angin yang bertiup segar, tempat yang tiada gangguan.. Untuk menghadirkan satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan.
Perjalanan kehidupan akhir-akhir ini..sangat berbeza dengan sebelum. Kali ini lebih serius, dan sangat meletihkan juga kotak fikiran. Beberapa bulan yang berbaki, Mahu melonjakkan iltizam dengan dahsyat seandainya mampu.
Sikit sahaja lagi..
Kehidupan yang agak hectic sejak yang berbaki ini, memaksa untuk mengambil sedikit masa untuk Pause setiap hari, Masa untuk diri sendiri, masa untuk meneliti diri, masa untuk penyusunan objektif. Masa untuk koreksi tujuan serta matlamat kehidupan.
Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.(Az-Dzariyat : 56)
Sedari kecil, Sebelum lahir..Dalam kandungan bonda kita menghuni. 9 bulan dikendong bonda tersayang, kemana sahaja beliau berdiam dan memajukan langkah..di situ juga adanya kita.
Ar-Rahim, DIA yang memberikan kasih dan sayang yang sempurna. Mengizinkan kita dalam Rahim Bonda..
Dan saat tiba masanya ..kemudian Lahir ke dunia , Allah hadiahkan pula kehidupan. Ya, Kehidupan ialah satu hadiah yang terindah .
Saat membuka mata, dan bakal kembali memejamkan mata. Usia yang muda meningkat sedikit demi sedikit menjadi tua. Usia bukan satu ukuran yang boleh dibangga. Apalah guna seandainya usia yang berlegar di sekitar kita, isinya kosong tanpa islam tertegak dengan tangan dan jasad kita.
Bicara Muslim Di Masjid Saksinya!
Halaqah itu bergema. Dengan pengertian yang dilontarkan semudah cuma. Bulatan itu memberikan zuq yang sempurna.
Baitul Muslim.
Rumah islam*
Rumahtangga muslim
Diterjemahkan dengan mudahnya. Masing-masing punya asas. Tidak sesukar untuk mendefinasikannya.
Baitul muslim,
Rumah orang islam yang mempraktikkan ajaran islam dan mengamalkan syariat dalam keluarganya.
Baitul Muslim,
Menjadi asas kepada pembangunan negara untuk melahirkan masyarakat muslim yang dapat menyumbangkan tenaga serta mengembalikan islam kembali tertegak di dunia.
Semua itu berkisar dengan kehidupan.
Saat merangkak dan bertatih, akan ada nanti untuk memanjat setapak demi setapak tangga yang digariskan.
Sebelum melangkah ke baitul muslim, Tangga 'individu muslim' harus dicorakkan. Mewarnai tangga tersebut dengan jalur-jalur muwasafat tarbiyah yang sepuluh sebelum meninggalkannya untuk melangkah sedepa lagi.
Jalur-jalur pelangi kalau hakikatnya tujuh..
Namun biarlah jalur-jalur warna untuk muwasafat yang digariskan adalah sepuluh.
Satu persatu ukhti itu menyebut, dan seorang lagi ukhti menerangkan kandungannya untuk lebih jelas.
Satu~
Akidah yang sejahtera.
Dua~
Akhlak yang mantap.
Tokok tambah penjelasan ukhti yang lain..Memberi pencerahan tentang ahlak yang dikehendak oleh islam.
Bagaikan Akhlak Baginda Rasul pasti yang utama.
Tiga~
Ibadah Yang shahih.
Terjaga ibadah kita, maka terjagalah segalanya.
Empat~
Kuat tubuh badan
Da'ie kena sihat, untuk menjadi mukmin yang Osem dan Qowiey-Qowiey jiddan!
Lima~
Bermanfaat dengan orang lain
Enam~
Mampu berdikari
Biar dilempar ke angkasa pun, agak-agak pasti boleh jadi bintang nan terang kan!
Tujuh~
Berpengetahuan luas
Cedok ilmu banyak-banyak. Biar ilmu penuh didada, mampu diterjemah kepada ummah yang dahaga.
Lapan~
Mujahadah melawan NAfsu.
Tadhiyah yang perlu dikorbankan, nafsu dilempar jauh. Agar Syurga kelak janjiNya!
Sembilan~
Tersusun urusannya
Mampu seimbangkan segala kerja harian , akademik dan seumpamanya dengan lebih kemas
Sepuluh~
Tepati Waktu.
Jarang-jarang dikotakan hakikatnya oleh mana-mana da'ie. dan inilah yang sentiasa menjadi kelemahan para amilin .Masa tidak pernah menunggu kita. Malah, kitalah yang perlu bersiap siaga mengejarnya.
Baitul muslim tidak akan gagal dengan individu muslim yang mantap. Sebatikan diri dengan islam. Acuan displin, akhlak, menuntut ilmu, tanggungjawab dan islah diri yang hebat.. Seiring dengan meningkatkan kualiti supaya mudah memacu keluarga yang Mawaddah wa Rahmah. Agar nanti mampu menjadi Murobbi keluarga.
Hakikatnya,
Suamilah yang berperanan menjadi perdana mentari yang menguruskan kerajaannya. Dan sang isteri dan anak-anak adalah rakyat yang perlu dijaga, dididik dan diurus dengan baik bersama dengan cara dinul islam.
Subhanallah,
Bagaimana mahu merencanakan kehidupan yang mawaddah wa rahmah seandainya tidak jelas matlamat yang dicapai.
Berbaitul muslim dan berumah islam tanpa meletakkan hadaf dengan sebenarnya. Di pertengahan jalannya futur , akhirnya retak rumah atau mahligai yang dibina.
Kehidupan itu sendiri bagaikan sebuah pelayaran. Diketuai oleh nakhoda, sekelilingnya anak-anak kapal. Yang bersama menyusuri untuk ke pulau abadi. Sifat nakhoda untuk mengawal dan mengemudi perjalanan sebuah bahtera itu. Tanpa destinasi yang jelas, pasti pelayaran yang dilalui bakal terumbang ambing dan akhirnya mampu mengakibatkan karam di tengah lautan.
Ya! Jelaskan destinasi, sebelum belayar ke lautan yang penuh cabaran.
Individu muslim, Baitul muslim, Mujtama' muslim, Daulah Islamiyah, Khilafah islamiyah, dan pengakhirannya Istazilatul alam.
Tangga-tangga ini kunci untuk membawa kepada redho-NYA.
Kunci ini juga membawa kepada kehidupan yang lebih sempurna. Kelak nanti , moga kita merasa bahawa hadiah yang paling 'sweet' yang pernah diterima adalah kehidupan yang tidak pernah ALLAH meminta kita untuk membayarnya.
Kehidupan , Ialah satu hadiah yang terindah.
Jangan Disiakan , jangan dibiarkan. Hidup mungkin cuma sekali. Namun, ranumkan ia dengan benih-benih penghambaan yang istimewa.
Kelak, di syurga abadi, ada lagi hadiah yang haibat untuk kita nikmati dengan kekalnya!
------
Itulah cerita Lavender.
Bakal menyapa lagi satu saatnya.
Celoteh seorang Ukhti,
" Nanti Kita sambung Lagi tentang ini ! "
Seusai berkongsi planning masing-masing untuk 10 tahun akan datang .. Masa telah mencemburui mereka.
Masjid itu menjadi saksi cerita dan perkongsian yang menjadi pengikat hati mereka.
Hari ini mungkin lavender, Harap-harap selepas ini.. Medannya Bunga matahari pula..! Rasa rindu untuk melihat Bunga itu..
Hati melambai pada tempat tersebut. Menjadi sejarah bicara-bicara yang bakal dipupuk.
Doa Rabithoh telah disahut.. Membawa jasad pengemudi yang lebih utuh. Biar nanti , merekanya mampu menjadi bintang yang menyala penuh cahaya di langit sejarah. Dan antara mereka menjadi cermin terindah yang kilat kemilaunya tidak akan pernah terkejar dek sinar .
-Atin Jieha-Badang
27062012
23:30p.m
( sanah helwah sis sharifah nawar )
Biar masa yang bergulir di dalam setiap kehidupan,
moga ia menjadi aturan yang paling indah untuk berjalan.
Adik SS , moga nanti kita dapat bersama kembali . Kalau bukan di taman lavender lagi, Harap menggenggam tangan di taman 'matahari'. :)
Gembira bersama denganmu pada hari itu.
*Terima kasih jua kepada ukhti-ukhti yang lain.
Moga terlaksana segala yang diimpi. ♥
Moga jua menjadi rantai-rantai dakwah dalam Ad-Din. Biiznillah~
0 ulasan:
Catat Ulasan