Jumaat, Jun 15, 2012

:: Warnakan Kanvas Dengan Ikhlas ::

Views



Bismillah.. Dengan-NYA aku gagah. Kembali Menuai abjad-abjad di laman bisu.
 Walau terkadang membatu , biar berirama tangan dan hatiku..


Jumaah Yang Barakah,
Hari untuk gandakan muhasabah
Perlu Ambil Langkah drastik untuk berubah
Supaya tidak tertinggal jauh dari menerima cahaya Hidayah


Terusik Hati sedikit demi sedikit, Namun tidak mampu mengurainya dengan panjang lebar. Mungkin itu ujian yang perlu ku terima , atas dosa yang selama ini merantai kaki tangan dan jasadku untuk bebas di mana-mana.
Pedulikanlah~
Yang penting cuba kembali kepada fitrah, bertemu dan bertautlah  kembali di laluan menuju ALLAH . Jangan jauhi-NYA, Jangan cuba-cuba melangkah melarikan diri dari cahaya-NYA.


Warnakanlah Kanvas Dengan Ikhlas!
 

Terasa terketuk dengan  sarat-sarat noda. Sedikit membuatkan hati merayu hiba. Berat bebanan merasa alpa, lalai dan leka menjadi santapan setiap masa. Masih tidak sedarkah yang diri membuang masa? Perlu apa lagi untuk mengingatkan diri sendiri?
Jam Loceng?
Alat Penggera?


Alahai~ Kau sudah kian dewasa. Belajar juga tentang agama. 10 muwasafat tarbiah di hadam sebelum ini. Kemanakah pergi praktikalnya? 
Satu persatu monolog dalaman ku menjerit, " Hey!! Sedarlah. Kemanakah pergi slogan yang engkau war-warkan selama ini? Ukhuwah? tarbiah? Dakwah? perjuangan? Semuanya bagai bercakap kosong..sedangkan engkau gagal melaksanakannya! "

Terdiam.
Geleng kepala*
Tertunduk sebentar..
Rasa bertakung air mata.
Panas...~ 

" Konflik Diri, Itu lebih membuatkan jiwa terseksa "

Si PemBawa Kotak 'Semangat'


"Teruskan Tersenyum.."
Itu cogan kata seorang ukhti.
Tapi aku kagum, dengan kepahitan yang dia lalui. Cogan kata ini tetap mengiringi.
Senyuman yang terukir, sembunyikan tangisan.. Berhati cekal dan tabah.
Bolehkah aku seperti itu...?
Apa masalah aku?
Allah..~


" Aku OK! " 

 Sejujurnya aku sebutkan..
Saya sangat Ok. Tak ada masalah.. 

Tapi ukhti itu, bagai mampu membau gusar-gusar yang selama ini bertandang dalam hati. Tidak pernah aku bicarakan kepada orang. Sekadar berdiam di sudut hati nun jauh, kemudian membiarkan masa yang merawat segala luka yang sentiasa berulang kali terhiris di tempat yang sama. Aku tidak mahu lemah. Itu bukan aku.
Tapi sedaya mana pun aku sembunyikan, zahirnya tetap nampak dipandangan mata mereka.
Hmm.. Banyak perkara yang perlu aku perbaiki rupanya. Terlalu lemah dipandangan manusia, terlalu kerdil dihadapan mereka.
Tapi aku KUAT kan Ya Allah? 

Terima kasih ukhti, atas berkotak-kotak semangat yang ukhti berikan sempena hari lahir itu. Coklat hati, Buku 'Tersenyumlah' dan lain-lain lagi.. sungguh, ia buatkan ku terharu.

Ukhti kata, Mulai dari sekarang. Peranan aku 'Mewarna' , 'Membina'. Bukan sekadar 'go on' dan membiarkan keadaan mengikut apa sahaja yang terjadi tanpa aku cuba mengubah dan membina. 

Ukhti kata lagi , 
Senyuman memang mudah terpamer, tapi dalam sekeping hati itu, Jangan biarkan suram. Kena senyum zahir dan batin. 

Warna warnikan~..
Warnakan kehidupan dengan warna warni. Biar Ceria bak pelangi yang selalu muncul selepas hujan yang menimpa. 
Ambil 'crayon' , warnakan kanvas hidup kita. Biar hidup ini indah, bukan punya sekadar dua warna-> Putih dan hitam sahaja. 

Ya, Agak lama tidak membicarakan ia. Perihal Pelangi, hujan, langit biru.. Guruh Yang berdentum.. Seluruh Alam yang ku nikmati. 
Mungkin sebab itu , jari jemari aku kaku untuk melakarkan segala coretan di laman sesawang ini. Merajuk agaknya.. Aku seakan lupa diri dan membiarkan masa dan putaran berlalu tanpa langsung mengisi sesuatu di sini. Jarang sudah aku 'berbual' dengan  alam, menari bersama hujan, Mengintai pelangi dan langit biru di balik jendela. Semua itu sudah lama ku biar.. :-( 




Warnakan kanvas

Dengan pensil warna pun boleh melukis kanvas dengan ikhlas:

 Setitis tinta, seribu warna
Sejuta emosi mewarnai pelangi hati
Termaktub pelangi , biar menggarisi langit cerah tengahhari yang megah indah.

Setiap warna itu kita gauli menjadi satu. 
Setiap warna itu kita jua pudarkan untuk meresapi warnanya ke dalam kehidupan

Hidup,
Terkadang kita terlupa bahawa tidak semua kebahagiaan yang kita cari adalah warna-warni indah.
Mungkin perlu bertemu malap dan kelam, 
Kemudian pengakhirnya kita lakarkan corak coret yang berwarna

Hidup, 
Terkadang rakus mengejar kemanisan dunia
Pasti ada warna-warna yang kita cemarkan
Tanpa rasa serba salah, tanpa sebarang rasa..
Dan kerna itu, Kita bakal jadi keliru
Menggelapkan warna kehidupan

Nah~ Apakah bahagia jika warnanya hitam, Tapi mimpinya pelangi?
Sebab itu warnakan kanvas perlu ikhlas
Biar tidak pudar dan mati bersama kusamnya mimpi

Jadi, 
Lakarilah sejuta pelangi atas kanvas kelam
Dengan penuh keikhlasan yang kita lontarkan.
Dengan izin-NYA, Pasti yang malap menjadi terang. 

-Atin Jieha-
15062012
21: 38 p.m
Kadang-kadang bila kita luah, belum tentu orang sekeliling akan faham
Lebih baik luah pada ALLAH , kan3?


Nota SKH:


Terima kasih juga kepada sang pemberi 'Balang Ilusi '
Kini kian menjadi Realiti
Tidak pernah langsung meninggalkan aku sunyi sendiri
Sentiasa ada untuk menemani ! ~

☂☂☂☂☂☂☂☂ 




☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH