Jumaat, November 16, 2012

:: 'Insyirah' Bertemu 'Sakinah' ::

Views

Dengan Basmallah,
Lisan menguntum Asma-Asma Azza Wajalla.
Merafak syukur atas kurnia, sedetik nafas memberi makna.

Tajuk ku , bukan bernada Nama. Tapi pengertian yang TERSIRAT pada kalimah Insyirah dan Sakinah
Kedua kalimah ini sering menjengah jiwa, menari dalam hati, membuai dalam mimpi. 
Insyirah , sebuah kelapangan yang ku ingini.
Sakinah, ketenangan yang dicari.
Kedua jejambat ini perlu digabungi.. bila bertemu, pasti keajaiban bakal terjadi . 
Pasti~

Ku gumam Insyirah


Gelisah, 
Bertambah resah.
 Apa yang jadi gundah, garu kepala dijawab entah.
Surah Insyirah dikumat kamit. Diulang berkali-kali..
Cabang mana yang telah patah, kenapa jiwa menjadi susah.
Tersenyum pun menjadi payah, walhal mengukirnya sebenarnya mudah.
Tatkala tiada manusia yang mahu mendengar rintihan, Allah sentiasa cinta kepada doa hamba-hambaNYA yang tulus dari hati yang ikhlas dan penuh pengharapan.

Gedebuk!
Terasa dilontar terang-terang belati tajam dari Sabda Nabi, 
Puing-puingnya menyusuk sanubari.

Rasulullah SAW bersabda:
" Tidaklah seseorang tertimpa kegundahan dan kesedihan lalu berdoa..Melainkan Allah akan menghilangkan kesedihan dan kegelisahannya serta menggantikannya dengan kegembiraan."


♥ Allah...~


Insyirah ku lantun lagi penuh makna. Tidak akan ku lupa pesanan seorang murobbi yang menitipkan peringatan agar lidah lancar dengan surah insyirah. Padanya ada kelapangan, padanya ada kesenangan.. bagi jiwa yang mudah rapuh dan lemah, bagi kesesakan yang menghimpit dada manusia.


“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”
(Surah Al-Insyirah : 5) ♥

Entah Ini hari yang ke berapa. Susah hati tanpa punca telah melanda. Ranting dalam cabang-cabang iman kah yang telah patah? 
Mungkin. 

Mukaku suram. 
Tidak seindah bulan.
Tidak sesinar bintang. Yang menerangi malam. 
Hampir terkadang mahu menangis. 
Tapi , masih tidak ku tahu punca. 
Kali terakhir tangisan ku bergulir pada adha lepas. Itu kerna syahdunya melihat tangisan bonda.
Ke mana tangisan yang segar kini? Aku rindu. 
Setiap malam yang berlalu, jasadku jua terasa dipalu. Sakit apa yang menganggu, aku pun tidak tahu. Panas, kaki ..mimpi yang muncul pelik-pelik..
Allah..  hari esokku terasa penat dan letih.
Apa yang jadi padaku?  
Aku masih tidak tahu. 

Lagi, dalam doaku ..Insyirah jua bertamu dalam lisanku.Terapi qalbu Syifa' piluku.  Akankah TUHAN akan berikan ku kelapangan, dalam kerdilnya jiwa yang penuh dengan palitan dosa yang gah menggunung lebih dari awan?
"Insyirah.. Aku perlukan engkau bertamu di pundak hatiku...! "
Batinku menjerit. 


'Insyirah Bertemu 'Sakinah'

"salam alaik atin, Kalau selepas asar kak kin ambil atin boleh? nak ajak dating. "
Kekotak mesej ku dijengah , saat jasad sedang bertungkus lumus di dapur menyediakan sajian buat adik-adik yang tercinta.

" Jom "

Aku jawab. 
Selain berniaga bersama bonda ke merata tempat, rasanya semenjak pulang dari urdun, tidak pernah lagi aku langkahkan kaki 'berdating halal' dengan teman-teman lama.


*Mungkin ini kali pertama. 
Membonceng kenderaan beroda dua, masih tidak ku tahu destinasi antara kami berdua. Kak kin menghala tempat yang susah ku duga. Fikirku mungkin masjid bukhari yang menjadi singgahan kami yang pertama, firasat ku berdiam dalam jiwa. Mungkin. Kata ku.Tidak pula ku bertanya kak kin, senyumannya mematikan tuturku untuk berbicara.Ahh..
Jika benar, aku manusia yang paling gembira. Atas motor itu , dalam perjalanan, air mata seakan-akan mahu membanjiri hijab . Menangis sembunyi-sembunyi atas motor, Osem kan?? :) sambil terbayang-bayang masjid yang indah itu. 


Namun, tekaan ku meleset.
Yang dituju taman yang indah. Ohh, Hatiku masih Kagum. Tidak pernah dituju taman yang sebegini. Bilang kak sakinah,:
" Kak kinah nak bawa atin hilangkan tension. "
Urghhh..Rasa kalau boleh,mahu sahaja aku nangis-nangis terharu. 

Kak sakinah... Gumamku dalam hati. 

Allah temukan kalimah Insyirah di jejambat Sakinah.
Nyata sekali Gusar-gusarku hilang sekelip mata.. 
Benar, sebab apa Allah menjadikan Nabi Harun  sebagai peneman Nabi musa.. Itu kerna Allah ingin melengkapi antara mereka. Dan begitu jua peranan seorang teman mahupun sahabat, antaranya membantu membina batu bata kehidupan yang lebih kukuh dan teguh. 

Berulang kali Kak sakinah bertanya khabarku.. Bimbang katanya melihat nota-nota hatiku yang terpampang di screen laptopnya.
Aku tertawa.
" Kak kinah, mana ada sedih pun. itu hanya nota semata-mata. "
Apa yang aku ukir , segalanya motivasi yang cuba menggerakkan jiwa. Bukan meruntuhkan..
 Aku tulis, dan aku lega.
Aku lukis di kanvas, dan aku rasa telah membuang  segala gundah.
Itu konsepku aku sebagai pemilik taman yang terbuang ini.

Di tepi tasik, Jejambat insyirah , sakinah menyatu. Bertemankan jutaan ikan yang terbit di permukaan. serius, aku takjub. Rasa nyah segala gelodak yang sesak. Terhibur.
Tuhan, Aku Kagum. Aku sangat kagum. Menulis perkataan 'Kagum' pun terasa mahu tuai tangis. Betapa dahsyatnya penangan flora dan fauna yang ENGKAU ciptakan buatkan ku rasa terharu. Terharu dengan limpahan anugerahMU yang membuaikan aku rasa rendah diri dan belajar bersyukur. 

TUHAN, 
Aku tetap masih mengejar Sakinah, 
Ketenangan yang tidak mampu ku kecap kerna DOSA yang membunuh jiwa.
Aku mahu Sakinah,
walau terkadang terngadah
Namun tetap ku redah,
kerna aku adalah Najihah
Yang akan tetap berdiri tabah
Walau taufan membuas Gagah.
Sob..sob..

Hujan~
Dia turun .
Malam yang melebat, 
Mata ku terkuak lagi hebat.
Tari-menari..
Di taman Sepi
Menuai tinta lagi,
Melantun insyirah
Mencari kerdipan Sakinah
Tapi, kudrat ku saat ini bagai melayang.
Sakit Ya Allah.. Sakit.
Izinkan ku luah di pelusuk taman ini. 
Selain tongkat saktiku iaitu Quran di sisi,
Taman ini peneman nubari.
Dan Engkau CINTA ku sehingga mati. 
Moga pergiku nanti mampu bertemumu Ilahi..
Dengan busana yang lebih agung..
berhiaskan iman yang lebih mantap,
akhlakku yang dirawat 
Jiwaku yang ditapis keladak dosa yang gelap
Aku mahu bersih bila bertemu-MU yang Rabb

Bantuku cari insyirahku,
Sakinahku
Dan, 
Gilaplah Daku.. agar mampu ku gapai 'Tangan' MU.

Menangis..
Syifa' ku.
Merintih padaMU..
Syifa' a'la ku.
Senyumlah, moga jauh dari resah. 

Insyirah, sakinah, temuilah aku .



-AtinJieha- 
Maaf, terlantun hiba.
Mahu berhenti sejenak, 
Sakitku menjelma tetiba. 
Ku tutupi kalam,
selamat malam.
Ku akhiri bicara, 
Allah..Ampunkan segala tinta hamba. 

 Pemilik SKH ,JANGAN  Resah. 
Kalian juga ya!~ 













☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH