Sabtu, November 03, 2012

::Kenalkan Aku 'A' Dan 'Alif' ! ::

Views
Dengan Asma-NYA yang indah, lancar sahaja tarian tinta mengorak langkah. 
Ditemani Malam yang diselimuti hujan, 
Bintang yang bersembunyi dibalik awan,
Bulan yang tetap menerangi alam,
Unggas yang bernyanyian memuji TUHAN.
Alahai~ Nikmat mana lagi yang ingin didustakan.. sajian-NYA tidak terjangkau dek akal. 

Ohh,
Bagaimana harus dimulakan. Nyanyian batin yang berkumandang di setiap sudut. Di sini menjerit, di sana pun memekik. Apa yang harus dilakukan, batin juga masih 'makhluk' yang bernyawa di dalam hati. Di tegah, tidak mahunya berdiam, disangkal tetap menjelma dan menjelang.

Cerpen 'terukir di bintang' masih tidak dapat dilunaskan penghujungnya. Bukan ketandusan idea, namun masa yang cemburu menghalang kanvas cerpenku untuk diwarna. 
Namun, kekotak yang ku susun menggunung di dalam batin, kian membunga dengan 'tanda soal' yang makin lama makin berkembang. 

Kenalkan Aku 'A' Dan 'Alif'

Hidup, pantas untuk mencari pengalaman. Dipupuk untuk rencah di masa hadapan. Pahit, manis, masam, dan masin.. segalanya menjadi 'penyedap' untuk perjalanan yang dirancang.
Ok..ok, 
Aku , Insan yang masih baru 'segar' dari latihan sehari bersama sebuah tapak yang membina khalifah-khalifah kecil. Khalifah yang bakal dan mungkin menerajui sehebat kepimpinan sultan Al fateh. Siapa sangka, kan?
Aku bertapak sehari, lantas dipanggil pulang selepas tidak sampai sehari. Lantas kembali menjaja 'anggur' di dunia sawah padi.
Fuh~
 Sayapku berlabuh kembali .Berbakti pada Ibu pertiwi .  Ehh tidak, pada keluarga yang tidak mampu kehilanganku walau sehari. ( ehem )
Bagi ku, tapak binaan khalifah kecil itu terlalu bererti. Kerna intipati yang diberikan kepada khalifah kecil.. Antara Dunia dan Akhirat, keduanya di garap dan di tanam pada pundak hati kanak-kanak yang masih bersih dari sebarang noda itu.

Masih panas telinga terngiang-ngiang, Persoalan yang menerjah membuai rasa hati yang tidak keruan. 
Bunyinya kelakar, 
Aku pasti tersenyum.
Bunyinya persoal,
Aku tergaru-garu.
Di jawab, aku tidak mampu. 
Di diamkan, sampai bila harus ku perlu begitu. 

Bunyinya sentiasa begini , :
" Mengaji sampai jauh-jauh, Jordan nun di sana. Tak akan balik nak mengajar tadika sahaja. " 
Titik. 
Bila soalan ini meniti, aku pasti tunduk. Tergaru tidak, senyum pun tidak. Batin sahaja sedikit membentak.
Mujur tiada yang mampu menerjah reaksi wajah. Walhal hijab yang menutup wajah menyembunyikan benak-benak kacau yang tersirat. 
Aku lega. kurang-kurang senyapku tidak membuai persoalan yang sengit mencengkam.
Aku sekadar mahu mengajar untuk menyebut abjab 'A'.
Aku juga mahu mengajar huruf hijaiyah yang bermula dengan 'Alif'.
Kepada khalifah-khalifah kecil yang perlu ditenunkan sutera putih mereka dengan percikan-percikan warna indahnya Islam, agungnya TUHAN, Perkasakan iman, luaskan pandangan, perjuangkan agama seantero alam, dan sedarkan manusia itu sentiasa berhajatkan TUHAN. 

Dengan abjad 'A',
Mereka mampu menyebut ALLAH. 
Dengan abjab 'B',
Mereka akan BACA nota-nota yang disisipkan ALLAH untuk pedoman.
Dengan Abjad-abjab seterusnya,
Terlampau banyak mereka mampu lakukan untuk  menerjah dunia dan meletakkannya didalam genggaman.

Kejap,
Lagi satu Harfu-harfu hijaiyah,
Bukankah Alif, ba, ta, sa dan seangkatannya memperkenalkan Quran yang diukir dengan harfunya?
Tanpa mengenali Alif, Tidakkan terlunas bacaan pada firman-firman Rabb yang membunga indah dengan amaran dan hikmah-NYA.

Tolong.
Aku ingin menuai pahala yang mampu berkembang. Berantai dan menerobos hingga ke penghujung hayat. Terutama pada kanak-kanak kecil yang terlalu suci hatinya. Khalifah-khalifah ini, andai satu huruf yang di kenal, pahala berganda kita capai. 


Salahkah mahasiswa yang memiliki ijazah sarjana muda, tidak kisahlah bidang apa sahaja,
Menuai mekar bumbu-bumbu ilmu pada khalifah-khalifah kecil yang mindanya masih kosong dan dahagakan tangan yang mengajar huruf-huruf yang bila dikenalkan, satu huruf itu pun memberikan kita saham akhirat untuk di bawa bekalan berjumpa TUHAN? 

Ok. 
Siapa yang mahu membantu?
Jawabkan bentakan batin ku yang terburu-buru .

Batin yang ingin sekali mengajari 'A' dan 'Alif' buat khalifah-khalifah kecil yang comel itu?
Salahkah aku, seandainya tidak memilih yang sedikit sama baya ku untuk di ajar ilmu ku yang 'seciput' ?

Mungkin, 
Aku bersalah. Tersalah tafsir. 
Mahu ada yang mengemudi bahtera ku kembali terarah? 

Oh Tuhan , 
Tunjangkanlah rezeki-MU yang melebar buatku melabuhkan sayap yang hampir patah. 

Dan, hampirkanlah insan yang sudi menterjemah dan menawarkan aku tentang di mana aku berlayar untuk kenalkan apa itu 'A' dan 'ALIF' untuk agama.
Untuk DUNIA. Untuk AKHIRAT jua. 


Atin Jieha
Pemilik SKH
03112012
23:35 P.M











☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH