Esakan tangis Musfirah memecahkan kebekuan di sekitar tasik itu.. menyentuh berat kalbuku. Mus, dahsyatnya tanggunganmu . Patutlah aku kehilanganmu selama ini , sedetik pun engkau tidak mengizinkan aku menyelinap mencari khabarmu.
"Qalbi, sesaat pun aku tidak pernah terfikir untuk menjadi begini. Tapi, kerna dorongan nafsu ,hasutan syaitan durjana itu dan dendam yang menyala dihatiku.. Aku jadi rapuh! Aku menjadi insan berdosa. Persetankan makhluk jantan tidak berguna itu. Kernanya , aku rosak , kernanya aku membunuh benihku separuh sedarku. Astarghfirullah... Layakkan aku berdepan dengan Tuhan ku nanti? Qalbi, nyatakan..Masih layakkah aku?? "
Musfirah menggoyangkan tubuhku seraya meminta pengertian untuk secarik hatinya yang terluka dalam.
Ku mengesat sisa air mataku yang tumpah. Hantukan khabar itu menyesak sedikit rasa jiwa.Bukan kerna aku marah dengan kesalahan yang dia lakukan, tetapi kerna aku bersedih dan bersalah tidak menghulurkan kedua tanganku untuk menyelamatkan dia dari bencana dosa. Sebagai sahabat, aku sentiasa mengharapkan kesudahan yang terbaik buatnya. Mus, walau apapun, tidak akan sesekali aku akan menghukummu dengan kesalahanmu. Sedangkan ALLAH itu sendiri Maha Pengampun dan Pengasih buat hamba-NYA , ini apatah lagi aku insan yang juga berkelumit dengan pelbagai dosa. Allah melihat insafmu Musfirah !
Insafmu lebih berharga.
" Mus sayang... "
Ku peluk erat tubuhnya. Biar dia tahu aku sangat menyayanginya.
Ku kesat air matanya. Biar dia tahu mutiaranya begitu berharga.
Ku pohon ilham daripada Tuhan Yang Esa, moga dikurniakan lisan yang petah untuk menuturkan kalam yang terindah buat penenang jiwanya.
Ku pohon sokongan daripada Anakanda yang masih subur dalam janinku, semaian benih daripada khalis, moga kedua mereka sentiasa menyalurkan sejambak kekuatan buatku.
" Mus, Aku memohon maaf kepadamu. Tapi percayalah, qalbi hanya ingin menerangkan kepadamu apa yang sampai kepadaku dan aku terima dengan tanda usaha yang telah dilakukan. Percayalah sekali lagi bahawa ini semua kerna kasihku kepadamu musfirah. Tetapi, kasih sayang ini tidaklah sehebat Tuhanku Yang Maha Pemurah. Aku tidak mampu mengasihimu sepenuhnya kerana aku kagum dengan Tuhanku Yang Maha Mengasihi. Lantas aku cuba sedaya upaya untuk mengasihimu iaitu mengharap hidayah pada kita menjadi satu perjuangan satu matlamat sesama kita.
Namun Musfirah.. Aku tersentak kerana Tuhanku Yang Maha Menguasai. Mus, Aku tertunduk malu pada Tuhanku Yang Maha suci . Tapi aku bangun kembali apabila teringat bahawa Allah Tuhan Yang Maha Sejahtera .Benar, Kita harus bersiap sedia dengan menenangkan jiwa bahawa Allah Tuhan Yang Maha melimpahkan keamanan.
Ingat Mus, Kita harus bergerak walau terkadang rasa khuatir di hati untuk berdepan. Kita berdoa Mus! Kita berdoa,
' Wahai Tuhan Yang Maha Pengawal, Peliharalah Iman kami kepadamu. Peliharalah Taqwa kepadamu..Ya Allah! '
Pasti ! Akan ada satu arus yang meresapi tubuh dan anggotamu. Kita bukakan mata dan melihat kekuasaan Tuhan Yang Maha berkuasa. Dan Ayuh kita hayati dengan pancaindera nikmat dari Tuhan Yang Maha Melengkapi segala kebesaran.
Mus, aku sayang kepadamu dan Tuhan juga lebih menyayangimu. Lupakah dikau dengan firman Rabbi yang pernah kita lantunkan di dalam bulatan gembira kita suatu ketika dahulu? Rabbul jalil melafaz indah kepada kita :
" Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan
( perbuatan buruk) yang mereka lakukan itu , sedang mereka mengetahui ( akan salahnya dan akibatnya ) . orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan Mereka, dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal. ”
Ayat itu terpampang megah di dalam Mukjizat Rasulullah yang disajikan buat kita dalam surah ali imran , musfirah.. Pintu taubat sentiasa terbuka sayang.Tidak kira betapa besar dosa, janganlah berputus asa dari Rahmat Allah ye. "
Ku tepuk-tepuk bahunya.
Musfirah beransur tenang. Esakannya kian mendiam. Ku dongakkan lembut dagunya, ku tenung matanya. Hijabnya sudah dibuka..matanya membengkak tapi bagai ada terpaan sirna. Sinar harapan untuk meneruskan perjalanan yang tertangguh selama ini. Perhentian yang terlalu lama , akhirnya membuahkan dia sedar.
" Qalbi! engkau temanku dunia akhirat. Terima kasih atas puing-puing 'gagah' darimu buatku. Moga segala yang engkau lontarkan kepadaku terus membenih dan memekar dalam hati, jasad dan imanku. Moga tiada lagi yang akan membunuh sirna ini. Doakan aku ye qalbi. Lantaran aku, didunia ini hanya punya diri sendiri. Tidak Beribu dan Berbapa. Hanya punya atukku yang sudah tua. Engkau , masih ingin temani aku , qalbi? "
Ku gelengkan kepala.
Dan tersenyum.
Musfirah masih tidak mengetahui bahawa salah seorang manusia yang sangat penting dalam hidupku adalah dia.
" Mus, pernah tak dengar ayat ini . ' Kalau tak percaya, belahlah dada, pasti engkau tahu benarnya' . "
Aku tergelak sekejap.
Mus terkebil-kebil matanya.
" Engkau tahu sendiri mus, aku selama ini ingin sekali berada disisimu bersama bakal jundi yang bersemayan dalam kandungan ku ini. "
Mus terpana.
" Qalbi, serius. aku tak tahu engkau ...... ! "
Ku tarik tangan mus, membiarkan tangannya singgah di atas perutku. Janinku bergerak..
Mus terdiam.
Dia memelukku.. " Mabruk ! sahabatku. Engkau kurus sangat. Mus sendiri tak perasan. "
Tawa kami meletus.
"Tapi khalis..? Mana dia? "
" shhhh...." aku tudingkan telunjuk ke awan. walau saat itu tidak berbintang. Masih terang.
Musfirah masih tidak tahu 'kehilangan' yang sedang ku genggam.
Tidak mengapa, Ku toleh ke hadapan.
Ahh..Tasik ini kembali menjadi saksi persahabatan.
Dan,
Aku bisikkan..
"Bakal jundiku.. sahabat tersayang ibu dah kembali sayang. Dia sudah kembali .."
---------------------------------------------

Seketika , usai maghrib berjemaah.. tatkala baru ingin menyusuri perjalanan pulang . Sayup-sayup kedengaran esakan tangis kanak-kanak kecil di pondok berdekatan surau. Seorang gadis kecil berbaju kurung biru laut memegang senashkah al-quran, tangisnya berterusan.
Ku dekatinya, perlahan tanpa niat untuk mengejutnya dari tangisan. Di usap kepalanya, cuba merapati dan memeluknya. Subhanallah.. apakah resah yang menjengah jiwa si kecil ini? Namun, kenapa malam sebegini tanpa ibu dan ayahnya ?
Gadis kecil itu memandang tepat ke arah ku. Tangisannya langsung terhenti. Mata bolanya yang sayu menganggu saraf syahdu di hatiku. Mencari-cari sesuatu di luasnya ruang surau. Mimik wajahnya seakan menyatakan sesuatu, melihatku dan kembali melihat ke arah ruangan sudut di surau itu, si gadis kecil itu ternyata menemukan salah sesuatu.
Langkahnya di hayun perlahan, di tolak tangan ku yang melingkari tubuhnya. Mengendap-ngendap, baju kurungnya juga berayun dengan ritma rentaknya. Aku dan ibu tertanya-tanya.
Selangkah demi langkah.
Dia terus berlari-lari ke arah sudut yang dimaksudkan.
" Ayah...... !!! "
Gadis kecil itu melompat dan memeluk susuk tubuh lelaki yang sedang berbaring tidur di lantai surau itu.
Mata lelaki itu celik, sang ayah melihat. Lantas dia memejamkan kembali. Dan tangis si kecil itu kembali menjengah gegendang telinga mereka.
Dia menggoyang-goyangkan tubuh ayahnya sambil berteriak,
" Ayuh pulang ayah..ayuh pulang. Bukan salah ayah yang buat mama tinggalkan kita. Bukan salah ayah.. Jangan tinggalkan sarah seorang diri di rumah. Sarah takut. "
Esakannya langsung tidak dipedulikan.
Sedikit demi sedikit keadaannya menjelaskan keraguan yang menganggu persoalan di benak.
Ibu meminta ku memujuk gadis kecil itu. Ku angguk dan aturkan langkah tepat ke arahnya.
"Adik, kenapa ni ? jangan nangis-nangis. Kakak dengan nenek ada. Apa yang terjadi dik? "
ku lihat sekilas lelaki yang dipanggil oleh gadis kecil itu 'ayah'. Kenapa tega dia membiarkan gadis kecil ini ? Apa yang terjadi pada keluarga mereka?
Kekotak ku penuh dengan tanda soal yang membunga.
" Mama kakak..mama. Mama dah pergi jauh. Mama dah meninggalkan dunia kerana ditimpa kemalangan. Tapi ayah menyalahkan dirinya sebab ayah yang pandu kereta tersebut. Ayah rasa bersalah dan merasakan dia yang menyebabkan kematian mama. Ayah tak nak pulang rumah. Ayah dah lain ,kakak.. "
Air matanya membanjiri bahuku.
Baru ku faham tangisan yang menyesakkan itu.
Sekali lagi, mungkin Allah ingin menjadikan aku sang penyelesai buat kali kedua di dalam hidupku selepas ketiadaan khalis disisi ku.
" Saudara, Maafkanlah saya . kasihanilah anak ini. Bawalah dia pulang. "
Aku mulai memberanikan diri untuk bersuara. Moga-moga rijal tersebut mengendahkan permintaanku. Dia membalikkan tubuhnya ke belakang. Tidak mahu mendengar butir bicara ku.
Senyap.
Tanpa disedari juga, gadis kecil itu sudah terlena di pangkuanku. Mungkin lelah dan letih emosinya telah membuatkan si kecil itu terlelap. Naluri keibuanku tersentuh, kekecewaan sedikit menjentik hati . Tidak patut seorang insan yang ditaklifkan pundaknya sebagai ayah membiarkan permata hatinya terbiar . Apatah lagi dia yang baru kehilangan salah satu tempat berpaut dan menyemai kasih dan manja .
Kaedah apa yang perlu ku lakukan kali ini? Ibu menyentuh bahuku.
" Qalbi, jom.. bawa anak kecil ini pulang bersama kita sementara. Ayahnya mungkin tak kemana. Berdiam di sudut surau ini. Kasihan anak kecil ini. Jom nak. Biar dia berehat di rumah kita. Esok menjelang, kita kembali ke surau ini ye. "
Aku mengangguk.
Ku tinggalkan secebis Nota di sisi ayah gadis kecil itu. Agar tidak dia tercari-cari ke mana anaknya.
" Biar ibu yang dukung anak ini. Qalbi tu dah sarat . Bahaya.. Ibu yang bawakan dia ye. "
Aku tersenyum.
Risau sungguh ibu. Benar kata ibu, kudrat aku semakin hari semakin menipis. Kandungan yang kian sarat, harus ku hati-hati.
" Baiklah, Jom ibu. Kita pulang .."
Ku bimbit beg yang berisi telekung, dan ibu mendukung gadis polos itu. Ku kerling sejenak lelaki tersebut. Masih tidak mengendahkan pemergian anaknya dan kami.
Tidak mengapalah..
Mungkin , esok pasti ada sirna buat gadis kecil ini.
Aku tersenyum pahit.
Esok... Hadirkanlah mentari yang gagah buat si kecil yang lemah.
Allahurabbi.
ENGKAU yang paling pantas mengetahui segalanya.
( Bersambung )
Atin Jieha- Pemilik Taman SKH
0 ulasan:
Catat Ulasan