Untuk menulis,
Perlu dengan hati.
Kerana yang datang dari hati,
Ia mewakili diri.
Tapi meluah dengan hati pun kadang-kadang perlu
berhati-hati,
Gusar menyentuh hati yang tidak diingini.
Bila yang membaca makan hati,
Bimbang pertalian suram lagi.
Risau dibenci.
Ahh..
Lebih baik berdiam diri.
Pakukan pena , dan kembali menyendiri.
# TUHAN adalah Sebaik-baik PENDENGAR. Kau tidak perlu menjerit atau menangis sekuat hati.Kerna DIA mendengar walau sekecil benda yang kau sorok dan aduhkan. Dengan bisikan melalui Hati, dengan diammu juga. DIA tetap mendengari.
AtinJieha
PemilikSKH
17012018
15:01 PM
0 ulasan:
Catat Ulasan