Isnin, Februari 05, 2018

Surat Buat Bidadari Kecil Ku :: Selamat Hari Lahirmu :: (2)

Views


Tika nyawa di hujung-hujung Tanduk,
Tiada genggaman hangat memaut tangan,
Saat terlalu lelah, 
Perjuangkanmu menjadi matlamat jitu.
ya,
 
Masih Jelas di ruang mata,
Saat pertama kau ku sapa,
Saat pertama bertentang mata,
Walau bermusim ianya berlalu pergi,
Keindahan detik itu masih mekar di sanubari.



Umi masih ingat,
Redup dan kebil-kebil matamu.
Dalamnya ada sinar.
Sosok suci yang tiada secebis dosa.
Tika pertama kali bertentang wajah denganmu,
Saat itu juga ummi sedang usai lelah hempas pulas melahirkanmu.
Sakit..
Namun Ummi tahu Allah sedang berikan peringatan.
Dan Allah sedang membantu ummi gugurkan dosa-dosa silam.
Yang lalu...

Ummi sendirian tika itu,
Tapi ummi ada kamu.
Kamu, sayang.
Temani Sunyiku.
Dengan tangis manjamu.
Ummi gembira sayang.
Dikurnia Kamu.
Terima kasih Tuhanku.

Bidadari Kecil ku sayang,
Semalam-semalam,
Telah genap usiamu 3 Tahun menjenguk dunia.
Untuk selamanya itulah,
Terasa bahagia melihat keletah tawa tangismu.
Jauh sekejap pun terasa rindu,
Apatah lagi bila dirimu dewasa bakal melangkah kaki meninggalkan ummi.
Saat itu mungkin rasanya perit menanggung rindu.
Benar kata bonda Ummi,
Apabila anak tiada di hadapan mata,
Rindunya tidak terkata.
Ingatannya tidak pernah lupa,
Hati pun tidak juga leka.

Cukuplah sayang,
Kamu membesar dengan solehahmu terjaga.
Akalmu mampu membeza baik dan buruknya.
Mujahadahmu lebih perkasa.

Jadilah bidadari yang cekal meninjau dunia,
Kerna ..Ummi berharap kamu dapat membantu abi dan ummi ke syurga.
Dengan Doamu,
seiring amal solehmu.
Dan pasti dengan izinan TUHAN Yang Maha Berkuasa.

Selamat menerajui dunia sayang.
Kebalkan perisaimu mengorak langkah ke dunia yang fana.
Kibarlah sayapmu seluasnya.
Kalau lelah,
Atau sayapmu cedera,
Ummi Abi ada untukmu berlabuh bagi mengubatinya.

Cukuplah,
Teruslah disisi ummi,
Bersama.
Sayang Ummi Al Haura' Thorfina,
Bidadari Kecil Istimewa.

AtinJieha
Pemilik Seni Kiasan Hati
 



Bidadari kecilku,
Lihatlah sekelilingmu,
Inilah duniamu.
Inilah pentas permainanmu.
Jangan gentar ,
Jangan gerun.
Bangunlah kamu berlari gagah.
Usah mengundur 
Usah mengalah.
Teruskan menjadi Solehah.





☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH