Sabtu, Januari 28, 2012

:: Biasa Itu Istimewa ::

Views
Lembaran Semalam. 
Ini Yang Ku sajikan..
Yang di hadapan, belum tentu apa yang menjelang.~

Tatkala Sedang Memerah idea untuk lakaran 'wallpaper' dan 'poster' yang perlu dilangsaikan tuntutannya. Sejenak pula sibuk menjadi 'hakim' kepada lampiran-lampiran cerpen yang dihantar untuk dikaji dan menobatkan siapakah pemenangnya..Malahan juga membantu si cilik solehah dalam arena dakwahnya..
Namun, Jiwa manusia ini tidak terlepas dari memikirkan sesuatu yang menjentik halus di lubuk hati yang berlingkar simpang siur hala tujunya.

Manusia~ Fitrahnya sebegitu. 
Nama pun manusia.
Tiada daya menolak takdir yang telah ditentu. 
Sama ada perangkap syaitan dan nafsu
Tanpa iman dan benteng yang jitu, Kudratnya tidak mampu menghalang igauan yang memburu.

"Ahh~ Aku masih insan biasa. Belum tahap yang luar biasa . " Bisik hati itu

Digumpal-gumpalkan setiap prosa kata , cebisan kata-kata jiwa ke dalam 'balang ilusi' yang hampir retak itu.
"Semakin penuh.."
Perlu diganti. 
" Yang berganti tidak akan sama "
Setiap yang kita memiliki, hadir dan pergi, dan datang yang terkini,
Ada keistimewaan tersendiri. 
" Ohh...~ " sekadar mengiyakan. Pelik, tapi benar. Sendiri menyoal, sendiri pula menjawab.
* Tersenyum sadis.

Biasa itu istimewa
Santun ini yang perlu dibicara.
Masih ada yang terus-terusan mengejar yang luar biasa.
Sedangkan yang biasa mampu dipupuk untuk menjadi luar biasa.
Biar saat ia perlu bertatih perlahan,
kemudian belajar berjalan
Lantas berlari laju serata alam
Ahh..
Percaturan itu lebih indah dengan peringkat demi peringkat dengan membawa satu tujuan
Iaitu:
" Menjadi biasa yang istimewa".




Sejenak,
Deraian ketawa memecahkan kesunyian
Sesaat selepas itu,
Deraian manik-manik putih pula menitis dipipinya yang gebu
Mungkin itu ayat gramatis,
Tapi tidak pula bagai sketsa dramatis.
Pentas itu punya elemen sinis
Senyap sembunyinya menyiat hati yang terguris.

Tapi Semalam, Aku disajikan dengan 'belati tajam', bayangannya membuatkan darah berderau, tusukannya mampu 'membunuh' jiwa seorang insan, balasannya.. hampa bagai kaca jatuh berderai.
Sinis sekali. 
Tapi, Aku faham.
Kiasan itu tetap lebih menjaga adab dan hati. "Bagus Sekali rentak tarinya "

Aku tidak mampu mengolah takdir
Apatah lagi mendulang masa hadapan
Mungkin Air muka mampu melukis kepedihan yang maha dalam
Tapi dengan setitik embun mampu membasuh duka sepanjang zaman.

Kerna itu aku katakan ia adalah biasa
Biarpun aku tidak mampu menggalas 'rifel ' dan melakukan serangan hendap di garisan hadapan platun itu.
Yang persisnya tentang perjuangan seorang tentera.
Bukan..
Bukan sama sekali.
Tapi mungkin aku seperti belanu
Tak diharapkan .
Cabut sahaja aku,
Patah-patahkan, injak dan Bakar
Menjelma nanti menjadi abu atau menguap menjadi asap.

Allah..~
Ruang redup dan damai basah itu membuatkan hati semakin sayu dikerat hari.
Sambil mengukur umur di kalendar hari, sambil menyelak langsir kelmarin..
Aku tetap mahu menjadi yang 'Biasa'. 
Tanpa ada paksaan dan pura-pura. Walau perkhabaran bak lantangnya guruh sambut menyambut, 
Tekad ini mengalir laju di setiap urat nadi yang berlingkar.


Biasa , Bukan luar biasa
Tapi masih Teristimewa..
Menjadi wadah untuk bertimbang rasa.


"Di situ ada makna tersirat seribu, ada harapan berjalur menunggu di sebalik langit biru dan kelabu."

-Atin Jieha-
Bayt Imtiyaz Crew,Mu'tah   
28012012
1.15a.M


 Malam-malam 
Menjadi kelkatu,
Bersayap unggu,
Kelkatu yang keluar dari liang pertapaan lalu terbang mengejar lampu
Dan membina kerinduan menjadi satu.
Atau..
Akhirnya menjadi kelkatu yang mati terkapar kaku
Apabila terpatah sayap setelah lelah terbang setiap malam beku
Hanya kerana mahu mengejar lampu...




☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH