Khamis, Januari 26, 2012

::Damaikan Sekeping Hati:: ( NOta SKH)

Views

Ya Allah ..
Seandainya Ini yang terbaik
ENGKAU damaikanlah hati ini.



Saat atmosfera beku berdansa,
Hati jadi resah..~
Ahh..Benarkah ruangan sempit untuk ku bernafas ini pengakhirnya?

Aku mendengar satu suara bertitah:
"Kalau tersilap arah, perlu patah balik walaupun payah."

Allah~


DIA yang memiliki kekuasaan untuk mengetahui segalanya..
Moga didamaikan hati yang kian parah.
Ku tadahkan DOA memohon Ampun
Moga Hidayah bakal ada.



Senja Suria membawa berita
Ada landasan yang perlu dibina
Di Ufuk Timur, ia berdiri megah.
Di hujung barat, aku bangkit berdiri Gagah.


TUHAN Tidak Pernah tidak tahu
Saat keliru bercampur buntu
Kembali pada DIA yang Maha Satu
Kembali aku ke jalan-MU. ( Noktah )


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH