Jumaat, Julai 23, 2010

Cerpen Motivasi - siratan pelangi buatmu-

Views



Siapakah dia..?

Dia hadir lagi..

ku bertanya lagi dalam sujud ku…siapakah dia..?

dia yang sering bertandang dalam mimpi tersebut…

ahh..abaikan sahaja..mungkin ia hanyalah mainan fantasi dalam reality….

biarkan ia berlalu.

meskipun ia sering menganggu kedamaian hati ini~



ALLAHUAKBAR..

ku bermimpi lagi..susuk tubuh yang berjubah putih itu hadir kembali..tatkala diulit mimpi,ia sering hadir
meninggalkan berjuta persoalan buat diri aku..gerangan apakah dia hadir?mungkinkah memberikan peringatan
bahwa diri sudah jauh dari ILAHI.Subhanallah,jika benar itu petandanya,aku amat berdosa pada-MU ya
RABBI..segera ku bangkit dari kelalaian ku ..beristhigfar berkali-kali dan segera menemui ILAHI..dalam
kelalaian aku,DIA masih tidak melupakan aku..Dengan penuh kekhusyukan, aku membasahi diri dengan air
wudhuk untuk bersuci..ingin bertemu dan berbicara dengan-NYA..Yang Maha Pengasih Jua Yang Maha
Penyayang tanpa sempadan..tanpa mengira siapakah aku dan betapa kerdilnya diriku…
ALLAHURABBI.izinkan aku bertatih kembali pada-MU..mengecapi kembali nikmat CintaMu..menempatkan
ENGKAU pada tempat yang paling tertinggi..


Bergenang kembali air mata itu…

Pagi ini ku bangun dengan ‘rasa’ yang amat sebak..ku pandang sepi jendela itu..kalau dahulunya di luar jendela
itu aku sering melihat pelangi indah seusai hujan gerimis melanda..kini,hampa yang semakin ku temui.pelangi kini
seakan malu tidak mahu muncul di hadapan ku..seperti mengerti aku lalai dari mencintai alam anugerah
ILAHI..hati gerimis kembali…


“nurin,kalau abg nak minta sesuatu kat nurin..agak-agak nurin bagi tak?” “abg,katakan saja,nurin akan sanggup
buat apa sahaja untuk abg..biarpun terpaksa meredah lautan api…panjat gunung kinabalu pun nurin sanggup tau”
“kalau macam tu abg nak ……….abg nak nurin,boleh x?”


Subhanallah…sesak dada bila memikirkan kisah silam itu..rasa benci pada diri sendiri seakan memuncuk..air
mata kembali bergenang.di atas sejadah aku bersujud..dosa dan kisah silam itu sering menghantui diri..hinanya
aku saat itu..tertipu dengan mainan manusia yang bertopengkan syaitan dan nafsu..masihkah aku diterima oleh-
MU?


‘Tok..tok..tok..’ pintu terkuak..sahabatku umair insyirah tersenyum kearahku..Putih bersih wajahnya..tenang
memandang diriku. “izinkan insyirah masuk,boleh?” “masuklah insyirah..tak payahlah minta izin..bilik nurin kan
bilik insyirah juga” Ku mengenggam erat tangan insyirah..saat ini aku memang memerlukan seorang teman
mendampingi ku tatkala resah selain DIA Yang Maha Mengetahui rahsia-rahsia hati ini. “Kenapa syirah tengok
wajah nurin mendung je hari ini..ada yang menganggu fikiran nurin ke?” Aku membungkam..tunduk melihat
senaskah Al-Quran yang berada di tangan..Surat-surat cinta-NYA telah ku khatamkan..moga resah yang
melanda terbang melayang. “syirah, pelangi itu malu untuk muncul di hadapan nurin..maka gerimis itu merajai
hati…”sebak dada tatkala menuturkan bicara.. Insyirah memelukku..memahami gelodak jiwaku..sambil berbisik
.” nurin,tiada pelangi tapi masih ada lagi kan langit biru?nurin,langit biru itu terlukis indah..duka itu satu bahagian
dari juzuk perasaan,kata Nabi..andai teringat dosa,berwudhuklah lalu solat.Nurin pasti tersenyum ..damai itu
dekat di hati jika kita benar-benar mengerti..senyumlah duhai sahabat,kerna syirah setia di sisi,tidak rela melihat
nurin berduka lagi..” Bergenang air mataku..tersentuh dengan kata-kata umair insyirah.sungguh..memang benar
apa yang dibicarakan olehnya..langit biru itu masih ada lagi menemani hari-hari yang ku tempuhi.aku
tersenyum..insyirah jua tersenyum..pelukan eratnya mencambahkan kedamaian..aku yang perlu mencari kearah
jalan MAHU!


“esok syirah nak pulang ke kampung.kalau boleh syirah nak bawa nurin bersama syirah..nurin nak ikut tak?”
“balik kampung syirah?nurin tak menyusahkan syirah ke?” “ishh nurin ni..kan syirah yang ajak nurin,kenapa nak
mnyusahkan pula..lagipun kalau nurin ikut,syirah adalah teman..lagipun di sana pasti nurin boleh mencari
ketenangan.nurin kan suka bercinta dengan alam,betul tak?” syirah mencuit pipiku..tersengih kerna tahu
kelemahanku…ye,alam yang selalu mengajar aku erti me’rasa’ sekolah hati… “Baik..nurin ikut” aku memandang
luar jendela itu kembali…langit biru tersergam indah..dihiasi awan-awan putih bersih..lukisan alam dari YANG
MAHA SENI..Kan ku cari kedamaian melalui jalan-MU


Aku sedar Alam ini punya hati

Setiap ia mewakili suara diri

Tiada perjalanan yang ditaburi kelopak2 mawar berseri

Tapi hanya duri yang membawa kita kearah cinta ILAHI

Biar pahit itu dirasakan indah

Kerna di akhirat kelak ganjaran bersabar itu lebih bererti

lebih kekal dan abadi



kampung firdausi~


setiba diperkampungan syirah,lidah aku kelu..takjub terbit di hati..perkampungan nelayan yang sangat indah
mencuri hati..buatkan aku rasa terhibur disini.benar kata syirah,aku pasti jatuh cinta di perkampungan ini.alam
yang terbentang luas dan unik buatkan aku tidak jemu melihat anugerah ILAHI.Insyirah membawa aku ke sisi
laut..melihat para nelayan yang tidak jemu mencari sesuap rezeki..membanting tulang tanpa rasa sedikit
keterbebanan. “syirah,nurin rasa bertuah sangat dapat datang ke sini..” sambil menguis pasir halus laut tersebut
dengan ranting kering..ku pandang jauh ke dasar hati..merenung kearah laut tersebut.sudah lama tidak merasa
suasana begini.kalau dahulu sewaktu kecil, ayah sering membawa aku ke laut,mengajar aku tentang erti hidup
sang pelaut..tapi kini sejak ayah jauh membawa diri bersama kehidupannya yang baru..aku sudah tidak dapat
merasai erti hidup “sang pelaut” tersebut. “syirah tahu,sebab itu syirah nak sangat nurin ikut syirah balik kampung
syirah..syirah mengerti hati nurin.justeru,inilah salah satu jalan yang syirah mampu buat untuk menggembirakan
hati nurin.nurin,syirah sering melihat nurin sentiasa menyembunyikan diri dibalik bayangan.walau nurin berduka
dan terkadang nurin menangis..syirah selalu bingkas berdoa agar mentari di hati nurin kembali menyinar..nurin
jangan sedih lagi ye.lupakan kisah silam itu..ALLAH itu Maha Mengertikan..jua MAHA PENGAMPUN”
“Terima kasih syirah..syirah,bolehkah syirah tinggalkan nurin sendirian sebentar di laut ini?nurin nak mencari
nafas baru buat jiwa yang ampuh ini..” “pergilah nurin,tapi hati-hati ye..syirah pulang ke rumah dulu.kalau ada
apa-apa yang terjadi,beritahu pada badang ye” sambil dia menunjukkan kearah insan yang digelar ‘badang’
tersebut. “badang?? Siapa dia itu?” Soalan Itu dibiarkan berlalu pergi tanpa jawapan..dari jauh ku lihat bayangan
umair insyirah kian hilang.Dan aku..terus bersendirian.


Aku bersama badai laut~


Kini aku mulai sendirian..hanya bersama nyanyian sang ombak yang menghempas badai..sudah lama tidak
merasai suasana begini.jika tidak,hanya kamar sepi menjadi pilihan.."ALLAHUAKBAR..Aku semakin
hilang.."Seringkali sunyi sepi berselimut air mata.Diantara tawa angkuh sang purnama di balik jendela yang
menghujam jiwa dengan racun sinarannya.Nafsu yang menguasai fikiran minda,tanpa dipinta terus menjerat
fikiranku dengan semua khilaf kisah silam yang menaungi perjalanan hidupku..Dinginnya angin malam dibalik
jendela jua seakan sering mentertawakan kesendirianku,menyusup masuk melewati jendela kamarku yang
terbuka..padahal aku lupa..aku lalai..bahawa ALLAH sentiasa bersamaku.Aku tidak sepi sebenarnya..



Laut…engkau seperti aku…ciptaan dari YANG MAHA ESA.Tapi saat aku berdiri disini,terasa kerdil
denganmu.kerna walau kau sang laut,namun didalammu ada hidupan-hidupan yang sering berzikir dan memuja
TUHAN Yang Maha Berkuasa.Sedang aku…arghhh..aku lupa diri..YA ALLAH.. Di atas jalan berliku yang
mulai lelah ku tapaki, ku mencuba untuk membaca erti dari kesendirian.sering ia mengusik kalbu menghimpit akal
fikiran..Mengapa mereka bilang aku pengecut kerana memendam luka?Mengapa mereka bilang aku tidak
berharga kerana aku tidak punya apa yang mereka punya?Mereka juga bilang aku ego ketika aku menceritakan
semua impian dan harapanku? Nurin Qalbi..sehembus nafasku..Rindu aku mendengar lirih sang nurani di tengah
alunan simfoni kehidupan..aku jua rindu melihat tawa riang sang jiwa yang melangkah mengikuti irama takdir.



Kesunyian kembali berceloteh..apa erti aku terus-terusan bermonolog dalaman? Kenapa harus ku pilih jalan yang
melukakan dan menghampakan ini..hingga ragaku tersesat dalam jernihnya air mata yang semakin liar
memujukku di sudut keterasingan.. Akankah datang secerah cahaya yang akan membimbingku menuju
ketenangan dan kedamaian yang abadi?akankah hadir seorang teman yang sudi membantuku menjauhkan aku
dari murka-NYA?atau akan adakah terhulur senyuman manis dari seseorang yang menjadikan aku sebagai
teman,bukan sebagai budak mahupun sang maharaja?? Lantas..siapakah UMAIR INSYIRAH?bukankah dia
temanmu..?jawab hatiku..Subhanallah..aku lupa kembali…! Lama aku terjebak diantara persoalan dan impian
yang sama di sudut jiwa yang meronta.lalu muncullah satu pertanyaan lagi difikiranku.” Akan terbalutkah semua
perih di hati ini hanya dengan mengharapkan sesuatu yang belum pasti kedatangannya..?” Percikan air laut
mengenaiku tatkala lamunanku disisi perairan laut menjauh ..tersentak..tenggelam dengan dunia sendiri…




Seperti pelayar kita mengharungi kehidupan

Tidak usah mengelak dari badai dan perairan yang kasar melanda

Biarkan ia berlalu

Hanya dan teruskan belayar

Ingatlah..Tenangnya lautan tidak akan pernah membuatkan pelaut terampil ke hadapan


Sayup-sayup kedengaran orang memberi salam..

“Assalamualaikum…bidadari berwajah ceria berhati duka..”

Berpaling aku seketika tatkala sapaan salam menyapa kalbu..”ehh..Badang?”

Seulas senyuman dia lemparkan..”

Sejenak aku tersedar..sudah jauh aku mengelamun dibuai kisah silam..hari kian senja,tersesat dalam buai
anganan.Seketika ku palingkan wajah daripada semua bebanan.. Badang meletakkan baldi yang berisi ikan
tangkapannya disisi ku,sambil melabuhkan punggungnya di atas pasir..Tanpa memandang kearahku..bicaranya
mulai memecahkan kesunyian..

“ukhti perasan tak kalau dekat laut ditepi gigi air tersebut ada lubang-lubang kecil yang apabila ombak berlalu
je,pasti menimbulkan buih-buih?”

Badang menunjukkan kearah tempat yang dimaksudkan tersebut.. kehairanan bertandang di hati..bagaimana dia
boleh menegur aku sebegitu rupa.namun,ku usir jauh-jauh prasangka buruk..mungkin ada sesuatu yang ingin
disampaikan pada aku. “Err,perasan je..kalau dahulu sewaktu pergi laut bersama ayah..saya suka korek lubang-
lubang tersebut.kenapa?”aku tertunduk malu..rasa hati sedikit resah. Badang pergi ke perairan laut
tersebut..mengambil batu-batu kecil lalu dicampakkan ke laut..tanpa berpaling kearah ku..dia menyoal kembali.
“jadi,apa yang ukhti jumpa disebalik lubang itu?” Aku menghembuskan nafas..sesekali aku jua perlukan teman
untuk berbicara..lantas aku cuba berlapang dada.Meraikan suasana..aku cuba bersahaja..tersenyum.. “Ada
ketam-ketam kecil yang comel..oh ye,kadang-kadang ada siput,tapi nak kata siput bukan macam siput..haiwan
itu ada cengkerang..comel juga” Aku menyeloroh…iye,lubang-lubang kecil itu salah satu kenangan
lampau..bersama ayah di persisiran laut.

Badang tersenyum kembali.. Dia menguis lubang-lubang kecil dengan ranting kayu.. “kalau disini,dalam lubang ini
ada udang lipan..udang ini boleh mengigit tau..kena hati-hati pakai penyauk untuk tangkap dia dan satu lagi
keistimewaannya..ia boleh di buat lauk.” “Benar?! Subhanallah..tak sangka,disebalik tersurat ada yang tersirat…
uniknya ciptaan DIA.” Aku teruja melihat badang menyauk keluar udang-udang lipan tersebut sambil
memasukkan hasil tangkapannya di dalam sehelai plastik.katanya udang lipan ini sedap dijadikan lauk untuk
santapan..aku yang tidak pernah merasai, tidak sabar untuk menjamahnya. “Ukhti tahu..udang-udang ini seperti
ukhti..” Badang dengan bersahaja meluahkan bicara yang membuatkan aku tersentak. “seperti udang itu?maksud
akhi?”sedikit amarah mulai menguasai..senang-senang je dia buat perumpamaan pada aku .

Badang perasan air muka ku sedikit berubah..

“Ukhti…sabar..sabar itu kan indah buat hati yang gundah gulana.betul tak? “ “Ukhti,kenapa ana katakan ukhti
seperti udang tersebut,sebabnya ukhti sedar tak bahawa ukhti sering bersembunyi dibalik diri ukhti sendiri,di
dalam sebuah lubang yang gelap seperti mereka,.” Sambil menunjukkan kearah lubang-lubang di tepi persisiran
laut tersebut,badang menguntumkan kembali senyuman.

Aku seakan bingung dan tidak mengerti.

“ukhti,anda seperti terperangkap di dalam kotak gelap yang sempit..dan rasa terperangkap dalam kotak gelap
sempit itu,ia membuatkan anda menjadi sangat rimas lemas.Setiap kali anda ingin cuba melihat langit biru dari
lubang kecil dari kotak gelap sempit itu,lubang kecil itu hanya mampu memberikan anda pandangan awan yang
kelabu dan mendung..betul kan?”

Aku tersedar…kiasan yang dinyatakan membuatkan aku terbangun dari mimpi.. Aku mengambil langkah masih
berdiam diri.

“Tapi ukhti,andai kata ukhti cuba melihat pada waktu yang lain,mungkin pemandangan akan biru.bagaimana tidak
kelabu jika ukhti memandang langit itu dari kotak yang gelap dan sempit.maka pandangan ukhti pasti
terbatas.contohnya,ukhti hanya dapat melihat dari lubang kecil kotak gelap sempit tapi langit itu amatlah
luas..yang ukhti lihat baru sebahagian kecil dari seluruh pemandangan langit..Dan ukhti juga tahu bahawa langit itu
tidak kesemuanya biru,bahkan punya awan putih yang berarak megah ..jua awan kelabu..kan ukhti?”

Setitis air mata ku mulai mengalir..ye,benar.aku sering membiarkan diriku terperangkap dalam bayang gelap.apa
yang aku buat adalah salah..aku sendiri tidak mengasihi diri sendiri,membiarkan diri dilukai dek sikap sendiri..aku
berlakon seperti aku kuat namun hakikatnya aku lemah…aku sendiri kena pupuskan kotak gelap sempit itu
dalam diri.nyahkan ia supaya hilang!


“Ukhti,kesatlah air mata..jadilah bidadari berwajah ceria berhati waja.Tegak berdiri melangkah
gagah,menggengam erat panji FISABILILLAH,semoga semangat ukhti tidak akan patah,dilanda ombak dan
badai yang mara. Pada-Nya ada sinar yang mekar,pujuklah hati agar lebih sabar.biarpun pada renungan berkaca
terkolam riak sesal dan kecewa..dan biarpun perjalanan hidup terpaksa disukai walau penuh onak yang
melukai..Pasakkan dalam hati bahawa ukhti mampu mengubahnya. “


“Terima kasih badang..kini saya sedar.Dan semakin sedar dari mimpi yang saya cipta sendiri.”

“Usah berterima kasih pada saya..panjatkanlah kesyukuran pada ILAHI kerna DIA yang menyedarkan ukhti
.Saya hanya sebagai wasilah dari-NYA,dan sekarang ukhti pulanglah..hari sudah semakin senja.izinkan saya
minta diri dahulu.”


Pantas badang berlalu sambil menundukkan pandangannya dari aku..aku kembali bersendiri.Lelaki misteri itu~~
SUBHANALLAH..Terima kasih ILAHI..


Aku mengukirkan senyuman sendiri,berazam meninggalkan kisah silam, membuangnya jauh-jauh ke dasar
laut.Akan aku cuba untuk terus melangkah walau laluan yang disusuri berkerikil dan beronak duri..seketika aku
palingkan wajahku dari semua beban,ku ikuti suara hati ini,menyusuri lorong kekosongan yang bersemayam di
lubuk hati terdalam. Aku sudah temui setitik cahaya yang redup namun menghangatkan,cahaya yang telah lama
aku tinggalkan demi kelalaian yang dinamakan cinta dunia.Aku semakin menyedari bahawa Tuhan mempunyai
banyak rahsia,pasti ada hikmah di balik jalan yang telah ditentukan oleh-NYA. Sayup-sayup kedengaran Gema
azan berkumandang, halus menyentuh gegendang telinga,jiwa terbuai oleh suara lirih dari orang-orang yang
menyebut nama-NYA,mengagungkan kebesaran-NYA..Inilah anugerah..hadiah terindah dari DIA.Aku
memejamkan mata seketika,membiarkan anganku terus terbang menjelajahi titik kesedaranku.


Papp..terasa ada yang menyentuh lembut bahuku..Umair insyirah,memeluk lenganku.. erat. “nurin,syirah dah lama
duduk bersebelahan nurin tau,tapi khusyuk dia mengelamun seorang diri.sampaikan tidak sedar syirah ada di
tepi,” Insyirah mencuit pipi ku sambil ketawa halus..aku terpana dan malu sendirian. “maafkan nurin,nurin dah
temui nafas baru..alhmdulillah..dia wasilah dari ALLAH yang menyedarkan Nurin.” “Siapa orang yang
dimaksudkan itu?” syirah mencari-cari kelibat orang yang dikatakan. “badang…..” aku mengungkap perlahan.
“Ohh..badang rupanya.baru je sebelum maghrib tadi syirah berpapasan dengan badang.katanya mahu ke
masjid..dan kalau nurin perasan tadi,azan yang berkumandang itu adalah alunan dari badang.Bilal di masjid
kampung syirah ini.” “ohh..ye ke..jom balik syirah."..Aku tersenyum..insyirah terpinga-pinga..namun lega.


Dalam hati insyirah berbisik,"Alhamdulillah,Allah telah menggembalikan Nurin Qalbi itu kembali."



Dua bulan kemudian...


Insyirah memberikan selayang warkah buatku..dipersoalkan siapakah gerangan yang mengirimkan warkah
tersebut.Insyirah tidak putus-putus berdiam diri dan hanya tersenyum tanpa mempedulikan persoalan ku yang
tidak berjawab.Tuturnya, "Dalam hati ada taman..dalam warkah ada jawapan."

Aku semakin bingung dengan jawapan umair insyirah..lantas akhirnya aku membuat keputusan untuk mencari
jawapan melalui warkah tersebut.


"Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..salam bertaut selembut sutera~


Dia~

Yang ku lihat

Seorang insan yang tidak pernah lelah

Selalu menyembunyikan diri Bersendirian dibangku taman ini

Hanya sebatang pena dan kertas putih dikala itu

yang menjadi teman segala rasa

Yang hanya itu dia punyai

Menjadikan alam teman hidupnya

Menjadikan mentari temannya di pagi hari

Menjadikan senja teman di sore hari

Dan menjadikan cahaya rembulan teman di malam hari

Tidak dipandangi saat itu hujan lebat

Membasahi seluruh raganya atau terik mentari yang menyengat kulit

Tidak jua menghiraukan suara manusia Yang datang dan pergi silih berganti

Dia~

Bagaikan patung abadi

Di dalam taman yang ramai penghuni

Menemani burung-burung bermain di pagi dan senja hari

Teman bunga-bunga saat mekar berkembang

Apa yang sedang dia rasakan

Ingin sekali mendekati

Ingin menjadi payung dikala mentari menyengat kulitnya

dan dikala hujan Angin serta petir yang memporak-perandakan hatinya

Setidaknya masih ada pelangi setelah hujan yang turun

Dikala itu..

Memberikan warna yang baru dalam hidupnya yang kelam.

Masihkah ada ruang

Untuk menjadi taman dalam hati..?


ukhti,andai warkah ini menganggu keseimbangan emosi ukhti..maka ampun dan maaf ku hulurkan.Mungkin ini
bukan masa yang terbaik buat saya meluahkan hasrat yang hadir ikhlas dari hati,namun petunjuk dari ILAHI
menguatkan langkah untuk saya melamar sang mawar berduri buat penyeri.


ukhti,Sering kali saya memerhatikan dari jauh si ukhti..sang bidadari berhati duka berwajah ceria.Gadis yang
sering duduk bersendiri di bawah pohon sepi,sambil melakarkan sesuatu pada kertas putih ..ye,saya 'badang'
yang telah lama mengenali ukhti yang juga berada dicelah-celah kesibukan manusia dalam perjuangan mencari
ilmu dikampus yang sama dengan ukhti..Ukhti,Andai misterinya saya menghalang ukhti untuk menerima lamaran
ini..dengan berlapang dadanya saya menerima.Kerna pernikahan adalah marhalah dakwah dan kasih sayang
yang tercetus melalui-NYA.Biarpun saya,ukhti tidak mengenali antara satu sama lain.Tetapi,ALLAH telah
lontarkan suatu rasa disebalik hijab yang sangat tebal.Namun,saya yakin DIA menghijab agar kita sentiasa
melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan.Akhir kalam dari saya,segalanya saya serahkan pada
ukhti.moga segala adalah bernilai ibadah kerna-NYA.Saya 'Badang' pelaut yang setia..tidak dikenali namun
sentiasa mengetahui ."


Allahukbar..setitis air mata ku mengalir.."Nurin,dia adalah sepupuku.. dia telah lama mengenali nurin lantaran nurin
teman baikku dan jua dia sekampus bersama kita.Dia sepupuku yang syirah kagumi.Mungkin nurin tidak perasan
kehadirannya.Namun dia adalah dia..Insha-ALLAH..mampu mnjadi nakhoda buat bahteramu Nurin."


Aku memeluk insyirah..khabar ini membuatkan jiwa ku bahagia..Iye,sejak pertemuan tersebut ada bibit-bibit
'rasa' yang telah ALLAH lontarkan yang sukar dimengerti.Sungguh,inilah jawapan pada persoalan dari ujian-
ujian dari ALLAH buat ku untuk menghadiahkan seorang teman buatku.ALLAH itu MAHA TAHU..Aku
membisikkan pada inyirah dengan genangan air mata gembira,"Katakan padanya..Nurin Qalbi bersetuju.."

“Ya Allah,

kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara

satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan

hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar

kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan.

Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami

benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang

antara kami hanyalah

satu..Menuju redhaMu“



Pelangi itu muncul kembali..selepas gerimis membasahi bumi.Ye,Pelangi tersebut muncul beriringan bersama langit
biru.keduanya datang menyapa kembali..atas anugerah ILAHI.Di jendela tersebut,aku dan dia bersama
menyaksikan keindahan anugerah yang diciptakan oleh-NYA.Inilah hadiah terindah buat hati-hati yang sentiasa
meletakkan pergantungan pada-NYA.Hadiah yang memberikan nafas baru buat jiwa yang ampuh..dan aku
sangat bersyukur bahawa kesabaran adalah perkara yang terindah sewaktu gundah gulana.


~Sketsa kehidupan tidak pernah surut dari cubaan

Diujinya kita kerna buat pengukuh iman

Moga kesabaran seiring dengan kehidupan

Agar suatu saat hadiah yang terindah dianugerahkan

Teristimewa dari-NYA buatku untuk dipatrikan~


~Atin Jieha~

[Saya budak baru belajar]

[Kalau salah sila tunjukkan]


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

Najihah berkata...

BESTTTTTTTTTTTT...

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH