Terima kasih ukhtiku Alang..
Yang sentiasa memberi peransang..Membalas coretanku mengenai 'Biasa itu Istimewa'
Izinkan Along paparkan di sini alang ku sayang.
Belati tajam menusukmu,Membuat darah sedikit tempias padakuSabarlah ukhtikuKuatkan dirimuAku sentiasa mendoakan yang terbaik buatmuWalau sudah penuh balang ilusiAkan ku tambah satu, jika kau memerlukanJika tidak,Aku sendiri mahu jadi bekasnya..
Along ku sayang..Aku tiada di sisimu,Saatmu hiba kau diamkansedang aku, tidak betah menangisMemanggil namamu berulang,dek lemahnya akuMenghadapi dunia..
Aku tidak setegamu ukhti,masih mencuba, semampukuMoga tabah itu tetap kekal di sisimudan ada tempiasnya buat kuMoga, Penawar ampuh akan Rabbi alirkan,Meniti tiap titis air mata yang gugur..Kuat, ukhtiku sayang!
Coretan ini mendamaikan,
Terasa tenang dengan adanya anda disisi.
Itulah halawatul ukhuwah yang terpatri..
Manisnya menusuk sanubari..
-Atin Jieha-
28012012
14:20 p.m
Bayt imtiyaz crew,Mu'tah Karak ,JOrdan.
0 ulasan:
Catat Ulasan