
Cinta
Tidak pernah meminta
Ia sentiasa memberi
Cinta
Membawa penderitaan
Tak pernah membalas dendam
Dimana ada cinta di situ ada kehidupan
Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan
~MAHATMA GHANDI~
Cinta
Kata sahabatku...membuatkan dunia ini terasa indah dengan panorama cinta yang ALLAH telah jadikan untuk
hambanya yang bergelar insan.
Sayang
Kata sahabatku...Allah menjadikan rasa sayang agar manusia sentiasa bersyukur dengan pemberian-NYA
Rindu
kata sahabatku..ALLAH menjadikan rindu pada manusia agar manusia berasa ingat pada-NYA
Kasih
Kata sahabatku...ALLAH menajadikan perasaan kasih ,agar manusia itu tenang dan bahagia dengan apa yang
terjadi di dalam kehidupannya di dunia....
Dan kataku...
Tuhan telah menciptakan 100 bahagian kasih sayang.99 disimpan disisinya dan hanya satu bahagian diturunkan
ke dunia.Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah mahluk saling berkasih sayang sehingga kuda
mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Dan kataku...
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia,ia laksana setitis embun yang turun dari
langit,bersih dan suci.Cuma tanahnya lah yang berlain-lainan menerimanya.Jika ia jatuh ketanah yang
tandus,tumbuhlah kerna embun itu kedurjanaan,kedustaan,penipu,langkah serong dan lain-lain perkara yang
tercela.Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan,setia budi
pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Dan kataku...
Walaupun aku bukannya arif tentang cinta
Kita mampu menzahirkan rasa cinta
Walaupun kita bukannya arif tentang perasaan
Namun kita boleh menyelami perasaan
Walaupun kita tidak hebat untuk melakarkan bait-bait cinta
Tetapi kita mampu menjadi pelakar yang setia
Cinta
Perlu mengenali penderitaan dari kelembutan yang begitu jauh
Merasa terluka akibat pemahamanmu sendiri tentang cinta
Dan menitiskan darah dengan ikhlas dan gembira
Terjaga di kala fajar dengan hati seiringan awan
Mensyukuri hari-hari penuh cahaya kasih dan sayang..
Cinta
Adalah ladang hati yang perlu ku taburi dengan kasih dan terima kasih
Menyintai dengan sederhana seperti kata yang tidak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu
serta isyarat yang tidak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadiannya tiada..
Cinta
Tertumpahnya segala rindu yang kudus seputih salju
Jika tiada kasih dan rindu
Dunia indah yang terbentang luas bagai dirundung awan hitam
cinta yang menggunung harapan bersalutkan sejuta impian
mimpi kedamaian di harap berpanjangan
Agar nanti tiada persengketaan
~Damainya hati bersama jiwa...jika Cinta kerna-NYA..~
-
1 ulasan:
CINTA itu indah pabila ianya datang dari Allah,
CINTA suci itu hnya layak utk yg selayaknya..
CINTAI lah pencipta kita sblm mencintai apa yang diciptaNya..
InsyAllah kelak suatu hari nnt..
kita akan dikurniakan insan yang menyintai kita kerana cinta kepadaNya..
Catat Ulasan