Isnin, Julai 18, 2011

::Rijal ,Inilah Nisa'::

Views


"WANITA YANG CANTIK TANPA PERIBADI YANG MULIA, UMPAMA KACA MATA YANG BERSINAR-BERSINAR, TETAPI TIDAK MELIHAT APA-APA"
-PILIHLAH DI ANTARA KACA DAN PERMATA-

Di antara kerlip gemerlapan bintang di langit
Planet-planet di dada angkasa turut juga menampakkan diri menghiasi malam
Kalau kebetulan langit cerah tidak mendung
Jangan 'lewatkan' untuk 'berburu' venus dan mars nanti malam~


Ya Rijal..
Biar nisa' Ini berbicara
Tentang hatinya menuturkan bait-bait kata
Agar Rijal Mengenali Nisa' itu siapa
Sungguh,Tidak kenal itu sukar memupuk Citra Cinta


Ya Rijal..
Nisa' hatinya ibarat sehelai kain sutera
Cantiknya..mulusnya~
Tanpa terduga mudah terkoyak..malah tercarik tanpa terjangka
Nalurinya halus..
Jiwanya jua tulus
Mengertilah Rijal..~
Nisa' solehah tidak akan pupus
Kalau rijal mengujinya pun nisa' tetap lulus
Pertahankan maruah tidak pernah terhapus

Ya Rijal..
Sudikah Engkau membaca warkah hati Nisa'?
Pohon sesaat~
Hentikan detik jam mu yang bergerak
Renungi dengan sebuah 'rasa'..
Sketsa jiwa luar biasa

Ya Rijal..
Nisa' ini sekadar mencoret..
Melakar di jalur-jalur warna warni pelangi yang tersirat
Biarpun dikatakan di balik pelangi tersebut,gerimis hampir..
Mampir dan semakin hampir jatuh membasahi bumi oleh 'Encik Hujan' menghadiri
Namun~
Mengertilah..suatu saat gerimis yang hadir bakal berhenti dan berganti dengan
langit biru serta dihiasi pelangi yang begitu indah..
Ya rijal..
Sedarikah..Bukankah itu 'anugerah' bagi orang-orang yang bersabar
Sabar itu indah buat hati yang gundah gulana

Ya rijal..
Tatkala mencoret sebuah lakaran di dada pelangi itu
Semakin hari ku mengerti
Semakin jauh disana sini..
Semakin hari semakin runsing
Semakin hari semakin memahami
Semakin hari semakin mencuba
Semakin hari juga cuba berkorban
Semakin hari juga mahu merasa
kerna..
'Kita dalam sebuah cerita'
di sebuah pentas didalam sketsa Cita dan cinta
Yang tiada Penyudahnya
Yang jua tiada noktahnya
Yang juga tiada hujung pangkalnya
Yang jua tiada kesudahannya~
Nahh...'Kita masih dibayangi dalam sebuah cerita!~'

Ya Rijal..
Memetik kata-kata bicara wasilah dari-NYA
Sering 'ia' nya mengetuk jiwa
Bilang kata-katanya:
Jangan mengharap pada seorang yang tiada kepastian
Carilah insan yang kelak mentarbiahmu
Yang akan membimbingmu
Yang akan menyayangimu
Andainya masih belum temui kepastian
Tanyalah pada 'DIA'
Andainya juga tidak dapat
Pintalah pada 'DIA' agar dimatikan cinta lelaki itu untuk seketika
agar bisa memenuhi hati dengan cinta-NYA
Dengan izin-Nya,DIA Yang Maha Esa
Jika ditakdirkan..akan ditemukan jodoh jua~

Dan..Ya rijal~
Terkadang 'kemuncup malu' jua menghiasi singgahsana hati sang setia
Kerna merasakan nisa' sahaja yang melebih-lebih mengejar pelangi yang wibawa
Ketahuilah Rijal..
Nisa'..mahu menjadi suri
Nisa..ingin menjadi pendamping
Nisa'..jua mahu gah seperti langit biru
Malah nisa' pinta menjelma pelangi buatmu sentiasa
Yang mana akan nisa' kesat titisan air matamu tatkala dirimu dirundung duka
Jua Yang memimpin tanganmu serta tersenyum manis tatkala dirimu dirundung kegembiraan yang tidak terhingga
Ya Rijal..
Namun..mengertilah jua..
Nisa' jua ingin menjadi 'jam loceng' kepadamu
Yang menyedarkan rijal saat dibuai mimpi indah yang berlanjutan
Yang mahu mengejutkan rijal tatkala rijal terbuai-buai di dalam sebuah imaginasi fantasi bukan realiti dalam sebuah cerita kehidupan.
Ya..Nisa' ingin sekali menjadi 'jam loceng' mu...
Pengingat setia,Menemani saat terleka..Nisa' mahukan begitu Ya Rijal~
Ya rijal..
Nisa' menyakini rijal sedang 'berperang'
Mungkin entah di mana-mana
Kerna Nisa' sendiri tidak mengetahui dirimu dari mana
Entah wujud di dunia yang mana

Ya Rijal..
Saat melakarkan jalur-jalur pelangi ini
Ku merasakan ia semakin menghilang
Ilusikah ia?
Adakah sia-sia Nisa' berpenat lelah mewarnai semua jalur-jalur pelangi tersebut?
Semua ini jelas dalam titik persoalan
Namun..
Kalam-NYA sering berfirman:
Ketahuilah,
Tiada sesuatu perkara yang DIA cipta tanpa ada satu darinya tiada faedah buat kita
Tiap Dari-NYA punya anugerah teristimewa
Walau saat nisa' melihat pelangi tersebut beransur-ansur Hilang dari pandangan
Walau juga pelangi itu hanya sekadar sebuah ilusi pantulan
Biar gerimis mengundang merintih penuh sesal
Namun tetap akan ada pelangi yang mucul dengan warna warni kehidupan
DIA telah mengaturkan lakaran kanvas yang indah buat kita teman~


Ya Rijal..
Nisa' tidak memiliki wajah seindah rupawan
Tidak juga sebijak cendekiawan
Jauh sekali hidup semewah hartawan
Dan tidak pula bertutur kalam sasterawan..
Namun nisa' hanya punya hati
Tanpa sebarang alasan, sebab dan kompromi~


Dan Rijal..
Nisa' persis venus'..Rijal ibarat 'Mars'~
Antara redup dan terang
Secarik pengertian buat rijal si nakhoda kapal
Menerajui dengan sepenuh kesungguhan~
Maka, Segalanya tidak akan bernoktah..kerna titik 'Koma' tetap menyusul~
Itulah bicara hati nisa' Buat Rijal
Yang entah di mana ..Allah belum hadirkan..~
Mungkin nun jauh di sana..
Atau dekat kian kabur untuk menilai..
Namun, suatu saat ALLAH hadirkan seru buat Rijal untuk Nisa'~
Dan Nisa' buat rijal ....
Itulah Visi Dalam merealisasikan 'Mahligai' yang bakal kunjung tiba..
Ibadah pada-Nya Ta'ala~







- Buat teman-teman yang bakal 'dicuri' tidak lama lagi-
Selamat membina mahligai!~
-Atin Jieha-
19072011
1:32a.m


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

3 ulasan:

ibn suhaimi™ berkata...

Musim tengkujuh kah tu?eh musim kad wangi lah..

Ada seorang penulis menulis(menjadikan ibrah juga iya):

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa



Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul

ibn suhaimi™ berkata...

JANGAN jemu menulis, melukis..

Khair-Jiha berkata...

Nisa' itu menanti..
Sang Rijal yang bakal membawa dirinya pergi..
Bukan pergi kerana lari..
Namun pergi meneruskan perjuangan ini..
Perjuangan yang tiada noktahnya..
Menuju ke syurga abadi..

dan Nisa' itu adalah aku..kamu dan mereka.. =)

Semoga Rijal yang dinanti..
Bisa membantu memperbaiki diri..
demi cinta Ilahi..

Bersama menuju negeri Akhirat yg kekal abadi..

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH