Ahad, Jun 20, 2010

^Doa seorang sahabat^

Views

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Blog sepi kembali berbicara...hendak melakarkan doa seorang sahabat buat ana.."Rasa Dihargai"~
Itu perasaan yang dirasai pertama sekali..kata sahabat dia tiada 'budget' nak beli hadiah teddy bear buat ana...hanya 'doa-doa' ini yang dapat dia hadiahkan~ speechless..really appreciated~ terlalu murni hati sahabat ana ini..siap tulis semua doa yang ana pernah minta dia doakan pada ana..Katanya..print n then hiaslah cantik-cantik..tampal kat dinding bilik..prihatin seorang sahabat ana ini..terima kasih wahai sahabat..atas doa-doa yang telah diberikan pada ana..untuk menghargai anda juga,ana publishkan doa ini sebagai tanda 'menghargai anda'~


Doa untuk Solehah

1)Doa agar diberi ilmu yang bermanfaat

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ

وَمِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَؤُلَاءِ الْأَرْبَعِ


Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari, jiwa yang tidak pernah berasa puar dan ilmu yang tidak bermanfaat. Dan aku berselindung kepada-Mu daripada keempat-empat hal tersebut”

Status hadis: Imam Tirmidhi menganggap hadis ini sebagai Hasan Gharib, manakala Syeikh al-Albani pula menganggapnya sebagai Sahih dalam Sahih Tirmidhi, begitu juga dengan Imam al-Suyuti yang menganggap Hadis ini sebagai Hasan dalam Jaami’ Saghir. Wallahu’alam.


2)Doa memohon pertambahan ilmu

اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ

حَالٍ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ


Maksudnya: Ya Allah, berikanlah kepadaku atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkan kepadaku apa yang member manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepada-Mu atas segala perkara, aku memohon perlindungan-Mu daripada ahli neraka”

Status hadis: Imam al-Tirmidhi menganggapnya hasan gharib, manakala Imam al-Suyuti menganggapnya sebagai Hasan, Syeikh al-Albani menganggapnya sebagai Dhaif, Wallahu’alam.


3)Doa memohon keteguhan iman


اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ إِيمَاناً لاَ يَرْتَدُّ وَنَعِيماً لاَ يَنْفَدُ وَمُرَافَقَةَ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم فِى أَعَلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ


Maksudnya: “ Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu iman yang tidak akan lepas (murtad), nikmat yang tidak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad s.a.w di syurga yang paling tinggi selama-lamanya”

Status hadis: Syeikh Syu’ib al-Arnouth menganggap sanadnya sebagai hasan, Syeilkh al-Albani menganggapnya sebagai hasan juga. Wallahu’alam

Kaifiat dan keterangan

Memohon keteguhan Iman adalah anatara doa yang paling banyak dipanjatkan oleh Nabi s.a.w dalam munajat-munajat baginda. Menurut mazhab ahlu sunnah, iman seseorang boleh berkurang dan bertambah. Adalah amat malang jika permulaan hidupnya berada dalam taqwa, tetapi di akhirnya adalah mati dalam su’ al-Khatimah, maka nerakalah tempatnya.

Menurut hadis riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w bersabda maksdnya: “sesnungguhnya amalan kamu dinilai pada bahagian akhirnya.” Hadis ini bermaksud ketentuan akhirnya jika baik, maka syurgalah tempatnya, demikian sebaliknya jika buruk, nerakalah tempatnya.” (lihat al-Bukhari, no 3208, Muslim no: 2643)

Imam rajab al-Hanbali berkata, ramai sahabatmenangis tatkala hamper mati. Apabila ditanya mengapa menagis. Mereka menjawab, “Allah s.w.t membahagikan hambaNya kepada 2 golongan, yang pertama adalah ahli syurga dan yang kedua ahli neraka. Kamu tidak tahu di manakah kedudukanmu” ( Lihat kitab Jami al-Ulum: hadis ke 4)


4) Doa memohon keteguhan Iman dan tetap pendirian


اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Maksudnya: Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang mengarahkan hati, arahkan hati-hati kami pada ketaatan kepada-Mu”

Status hadis: Sahih, riwayat Muslim

Kaifiat dan khasiat

Daripada ‘Amru ibn al-‘As berkata bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “sesungguhnya hati anak adam keseluruhannya berada di antara dua jari Allah yang Maha Pengasih seperti satu hati. Ia memalingkannya mengikut kehendak-Nya” kemudian Rasulullah s.a.w berdoa seperti doa tersebut”(Lihat sahih muslim, no: 6921)


5) Doa mendapat kepuasan tidur


اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ لاَ تَأْخُذُكَ سِنَةٌ ، وَلاَ نَوْمٌ ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ ، أهْدِىء لَيْلِي ، وَأَنِمْ عَيْنِي


Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, telah terbenam bintang-bintang, dan telah terlelap semua mata, dan tinggallah Engkau sahaja, wahai yang Maha Hidup dan yang Maha Berdiri dengan Sendiri-Nya, tenangkanlah malamku ini dan leleapkanlah mataku”

Status hadis: Imam al-Busiri menganggap sanad hadis ini dhaif..Wallahu’alam.

Kaifiat dan khasiat

Daripada Zaid bin Thabit r.a katanya: “Aku pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w bahawa aku seringkali tidak dapat tidur malam. Baginda menyuruh aku membaca (doa tersebut) . maka aku membaca doa itu, kemudian Allah telah menghilangkan apa yang menimpa diriku”(al-Azkar al-Nawawiyah,(289).)



~sahabat~

Dia datang dan pergi

hadir dan kembali sepi

Tidak penah membiarkan sahabatnya dibuai mimpi

sentiasa berada di sisi menemani

Namun

Dia mahu pergi

Pesannya

tidak semua yang indah itu kita merasai

Tidak semua yang perit itu juga yang kita rasai

Tapi kita merasa keduanya serba sedikit

Sekeping hati

Kalau itulah bicaranya

Apa lagi mahu dihalang

Cuma selalu sahaja berkata dengan hati

Agar tenang dan sabar menempuhi

Agar hati bisa terpujuk

Kerana hati juga punya rasa

Walau terkadang sukar untuk dimengerti

Kata sahabatku lagi

izinkan dia pergi

walau kakinya bagai terpasung luka

walau hatinya tercalar bisa

Izinkan dia melangkah jua

tangisku tidak sekali dia lupa

Bukan dia tega

bukan dia rela

Izinkan dia pergi jua

Di hatinya ada wahyu yang merayu

Di jiwanya tidak pernah ada tunggu

Walau terjerat,walau hakikat

Dia mesti pergi jua

Kerna genderang itu telah berbunyi

Dia terpaksa pergi

pesannya jangan menangis lagi

ayuh melangkah sepertinya

kerna dia mengerti aku adalah ..

Bidadari berhati duka berwajah ceria~

Tapi

Doaku ..

YA ILAHI..kembalikan sahabat ku itu

bisikkan pada hatinya

kerna hanya dia sahabat yang tercinta

kerna cintaku adalah kerna-MU

cermin sakti antara kami



^Atin Jieha^







☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa lagi mahu ku kata
hampir aku menitis air mata
kerana hati sebelumnya duka
sajak kau punya 'rasa'
sehingga hatiku sering berkata
lafaz syukur pada yang Esa
di kurniakan sahabat yang punya jiwa
sentiasa berwajah tenang walaupun berduka
semua yang berlaku bukan di pinta
tapi ujian dari Cinta-Nya.
....sebagai sahabat aku sayang padamu kerana Allah....

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH