Sabtu, Julai 03, 2010

~ Disini 'Hati' Kian Bertapak ~Our Journey ♥♥♥

Views
~Di sini 'Hati' Kian bertapak~






Disini hati kian Bertapak

23june- 12-1.30~ Jordan fly ke mesir

QUEEN ALIA Terminal 2 ->> CAIRO Terminal 3

Hayyu a’syir bertapak

With family ukhti bazilah

Jejak kasih yang bertahun lamanya..alhamdulillah dipertemukan kembali bersama akhi 'abdul
hafiz saifuddin'..bersama sekeping hati yang dibawa, meninggalkan kepompong itu
sementara.. terbang mencari kedamaian dan nafas baru buat jiwa yang kian ampuh..nafas itu
telah DIA berikan bersama alam yang mengajar aku tentang sekolah hati dan pautan
semangat dengan ciptaan-NYA…’aku yang MENCARI kearah JALAN MAHU’



24june- 12P.M ~ away ke shoubra


Kem tahanan diri ^_~ < ukhti einsyie ..hehe>

Lebih dekat dengan akhi si ‘graduan sarjana muda qiraat shoubra’

Amat bosan tatkala sampai disini…tanpa menyedari siang atau malam

Di luar hari…

2 katil ku pandang sepi…nota cinta dan ketika cinta bertasih menjadi

Paksaan di hati..kerna tiada pilihan yang hadir tika ini.

Aku dan ukhti einsyie tidak mengira erti..

Janji tiada kesunyian yang menemani lagi…

[melawak je ye akhi..shoubra amat best sekali ^_~]


25june-10a.m ~ Mansoura 2 days


Setiba di sana sedikit gusar bertandang

Adakah kesepiaan kan mencuri pandang kembali?

Risaukan si ‘ukhti einsyie’ tidak henti-henti

Harapanku agar tiada jemu bertandang dalam hati

Bertaut kembali pertemuan bersama ukhti aina dan zaujnya ustaz syafiq

Pasangan Mutazawij di bumi barakah ini..

Senyuman kembali terbit di sisi

Taaruf kembali bersua menemani


-bayt mutazawij sepasangan kembali-ukhti hamizah dan zaujnya ustaz

Hakim..tidak lupa juga si bayi comel ‘tasneem’ 2bulan hadir kini~

Tasneem ‘salah satu sungai di dalam syurga’~ sangat comel ibarat si

Si umi dan abi..penyeri keluarga anugerah ILAHI..




Tidak lupa ukhti hanis dan ukhti nasihah

Dua insan yang menemani ..tiada lagi sepi bertaut dalam hati

Di tepi sungai nil kami menyemai ukhuwah…di bumi mansoura kami

Membajai kasih..perjalanan dan permusafiran yang seketika bersama

Mereka..menumbuhkan rasa ukhuwah itu terlalu bererti..


--coretan yang tercetus sewaktu di sungai NIl--


"Kini ku disudut pelabuhan musafir itu..

Sungai Nil yang deras mengalir seolah-olah seperti hatiku

yang diterjah dengan berjuta persoalan

Ku pandang ia sepi

Tenang dan damai

Namun..ku sedar..setenang-tenang ia pastikan berkocak

Indah dan cantik sungai anugerah ILAHI

Tapi tangan manusia telah cuba mengotori

yang indah telah dicemari

yang cantik telah dinodai

Dibangku ini ku mencari ilham kembali

melalui kedamaian yang dicari

Ibarat sungai Nil ku mencari identiti

Aku yang dilihat tenang tapi tiada siapa yang mengerti

mengetahui apa yang tersirat di hati

Entahkan berkocak entahkan dilandai ombak badai

Biarlah ALLAh sahaja yang mengetahui

Kerna DIA YANG Maha Memahami"



Ingin tinggal lama..namun masa sentiasa mencemburui kami..

Lantas,mereka ku tinggalkan dengan sekeping hati..hati yang

Diselaputi dengan sebuah kenangan..rintihan hati merayu jangan pergi

Tapi jasad dan diri ada misi yang besar lagi untuk ditempuhi..

Bertanya akhi sebelum bertolak pulang ke shoubra kembali

“dah cek ke benda-benda?takut ada yang tertinggal nanti.”

Jawabku..

’ada..kami telah tertinggalkan sekeping hati dan sebuah kenangan’

Seulas senyuman ku paparkan.ye~ sebuah kenangan terindah…terima kasih
wahai penyeri2 itu…



27june- 11a.m-1p.m~ Pusat Asfour kristal –shoubra-


--asfour buat kak mira 'purple' ..saya 'choclate'--


Bersama akhi dan sahabatnya..aku jua einsyie~

Takjub..kagum…indah dan terlalu unik serta berseni..

Kristal yang berseni..


Buat aku semakin jatuh cinta dengan keunikan seni anugerah

ILAHI…

3 utas gelang kristal di beli buat bonda dan dua adik perempuan

yang Dicintai…moga kan terbit kebahagiaan buat mereka yang sentiasa

Dirindui…agar terubat sedikit sepi sepanjang perantauan musafir

Diri ini…’Rindu pada yang halal untuk dirindui’


-Pasar hussin- 5.30p.m-8.00p.m~ Masjid Al-azhar & Pasar hussin


Naik tren bawah tanah..first time baru merasai~ huhu

Seusai tiba di sana ..ukhti bazilah turut menyertai..alangkah seronoknya
bersama kembali..jejak kaki di masjid azhar…rasa terharu menjalari.jika
sebelum ini hanya melihat masjid tersebut dari sudut kaca TV..



Kini ia tersergam indah di hadapan diri..


Kerdil..amat terasa kecil di hadapan masjid tersebut…rasa ingin menangis
seketika..rumah ALLAH yang telah menyatukan hati2 manusia di dalam soff
jemaah..pusat ilmu bersama para2 syeikh amat membuatkan hati sangat2
cemburu pada insan2 yang bertuah bertapak di bumi ini..ilmu tanpa
sempadan yang sukar dimiliki di lain bumi…menarik hati ingin bertapak
disini..~ALLAHUAKBAR…


Husin~misi mencari saffrone…kokka..-u3~



Pelbagai bentuk bermacam ragam si penjual dan si pembeli..”apa khabar? Saya
suka kamu..murah no mahal..harga gila..kamu sangat cantik ..”menyapa
kami…satu dua tiga..dibilang arab2 tersebut sewaktu mengambil foto
kenangan antara kami..jadi perhatian seketika melihat gelagat kami.asyik~

Jikalau sewaktu di Jordan harga yang dibeli hanya satu angka..disini seperti
Malaysia..harga yang berangka-angka..sedangkan lebih murah berbanding
kos hidup di Jordan..satu angka dan berangka-angka membuatkan aku selalu
confuse dan blur seketika..hehe

Ingin kembali lagi ..ye,ingin kembali menyusur Bandar itu..semoga diizinkan~



28june ~menyusur ke bandar kaherah~hayyu sabiq


after asar...shoubra ditinggalkan..menjejak ke kaherah pula.

Sayu sebenarnya.tempat yang bertapak jika diberikan sebelum ini gelaran
"kem pertahanan" ,terasa syahdu ditinggalkan..pastinya sayu,kerna bakal
pula berjauhan dengan si akhi semula.sisa-sisa percutian yang berbaki hanya
akan dihabiskan di kaherah..tanpa si akhi~


Bermukim di rumah mereka~yang ku gelarkan saudara-saudara yang amat
comel dan baik hati..'kak banan'..'khairul bariyah'..syahira razak' dan tidak
lupa 'kak rabiatul adawiyah yang kini sudah pulang ke malaysia..'thanks a lots
sudi tumpangkan kami di rumah anda semua..tautan ukhuwah yang terjalin
walaupun seketika..tetap amat bermakna serta menimbulkan rasa cinta~


29june ~Giza_piramid~ & ~ 'ziarah Rumah kedah baru'~


hehe...Ni lagi satu kisah...ada pulak panas-panas mcm ni ada hati nak meredah
Giza tu..apapun,bila dah sampai..macam xpercaya je..piramid yang selama ini
xpernah pun terlintas boleh jejak kaki kesana,kini ada di hadapan mata.


so,panas-panas pun..redah aje la..janji pengembaraan kami bermakna jua.

Ukhti einsyie tak habis-habis teruja..hehe

"mu tangkap gambar ku..ku tangkap gambar mu"

Berdua kami menyusuri..ceria,santai,spontan~~

pulang sekembali dari kaherah..ada something yang terjadi...huuuu~~ apakah
itu??

Biarlah rahsia~~~~ heeee

--aku,kamu dan mereka saja yang tahu-- =p






ziarah rumah kedah baru..i'marah 9

wahh.....akhirnya dapat juga ketemu bersama kakak senior Sma Nadhzah,bukit
besar.

Atau lebih digelar "pondok pak man" .

'kak zainab,kak wani,kak fishah dan tak lupa jua kak sarah wahida..'

maaf~~ tak sempat nak tinggal lama bersama antumna semua..

rasa seronok dapat bertemu kembali di bumi barakah ini..

Dan paling teruja sekali dapat makan "ikan pekasam"...waaa kegemaran yang
amat sangat ni.tiga kali tambah nasi....terima kasih kak zainab..2tahun tak
dapat merasa,akhirnya di bumi mesir juga dihidangkan sajian paling nikmat
yang digemari.

terubat rindu pada malaysia..huhuhu

kata ku pada kak zainab."huhu,nak datang lagi mesir...!! rindu sangat2"


30june
~pasar hussin lagi?!~


ye..pasar hussin dijejaki kembali..bersama nurus a.k.a 'kakak pada husna anak
buah tour de ilmi(TDI),k un,syahira dan si budak kecik tu...einsyie~~ hehhe

kenapa di jejaki kembali..?

sebab nya hadiah-hadiah untuk permata-permata hati belum dicari lagi

agar mereka tidak berkecil hati

jua ingin mereka ketahui ...bahawa "anda semua tetap di hati"

sering dan selalu...~

terima kasih buat adik2 yang setia menemani..

akak tahu Kamu semua penat dan letih...tapi tetap setia melayan kerenah
akak..

~A lots Of love~

Datang jordan nanti ..kami pula melayan anda semua..mengalahkan layanan
istimewa V.I.P tau

Akak tunggu~~~tidak sabar untuk berpaut kembali...



2July ~makam imam syafiee & qalaah salahudin al Ayubi~


seketika membiarkan gambar berbicara




--makam imam As syafiee--


--Qalaah Salahudin al ayubi--














3July

Bangun dengan perasaan syahdu...~~

Detik untuk berangkat pulang ke jordan akhirnya tiba

7 a.m kami berangkat ke airport --CAIRO Terminal 3-- with family ukhti
bazilah...7 kak hidayah muhammad..si kakak senior yang aktif..banyak
membantu tak kira lelah..

[terima kasih kak dayah..jaga2..ada yang memerhati..^_^]

Sedikit kesepian berlaku sepanjang perjalanan..disusuri dengan rasa yang
pelbagai..

akhirnya tiba dengan hati yang tercari-cari...

resah menanti akhi yang tidak kunjung tiba..

check in..check in..check in...

itu...dia si akhi yang dinanti..berbaju hijau..[tapi..errr..hehe]

dikucup tangannya...ikutkan hati nak menangis tapi kontrol macho~~hehehe

Bakal berjauhan kembali dengan akhi dan para insan-insan yang halal untuk
dirindui~

dipesannya padaku.."jaga diri elok2" abang yang mithali..abang yang
disayangi..

Datang mesir sebenarnya sedikit risau jika menyusahkan si akhi..tapi katanya
"duit~~ boleh dicari..tapi seorang adik...sukar~" terima kasih akhi...moga
natijah imtihan yang bakal keluar ini..seiring dengan tadhiyah serta usaha
yang dipikul selama ini..

Doa adik dan family kita tidak pernah putus buatmu akhi...






--selamat tinggal mesir..--

sekembali ke jordan..
nafas baru atau dunia baru?-- kecapi
keindahan..menghirup udaranya..mendongak ke langit biru, bersama dengan
pandangan sejuta pengertian..segalanya ku ingin~menikmati cinta-MU
bersama..


Ku bertanya pada temanku


Adakah bulan indah yang dilihat antara kita itu sama seperti yang diperkatakan


Atau ia berbeza tempat maka ia juga berbeza persamaan apa yang kita lihat


Perlukah kiasan seni indah?


Dia menjawab~


Bulan yang kita lihat sama indah dengan bulan yang daku lihat


Walau di mana kita berada


Kita tetap lihat bulan yang sama


Tapi apakah kita me’rasa’ perkara yang sama


Kiasan itu indah


Lebih menjaga adab dan hati…



~Atin Jieha~


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

3 ulasan:

Najihah berkata...

sangat seronok...~
rehlah ilmiah ye..(^^,
xtau pun ada akhi kat mesir..lalala~
jg diri baek2..
istak ;ilaik ya ukhti..

einsyie♥♥انشراح berkata...

hehehhe..
rindula kem tahanan..
sy nk pigi..
sy nk pigi..
taksub ni..
akn disematkan dlm hti sgla kenanangan itu..
rindunya..
bnda yg melawakkn..lalala..

Tanpa Nama berkata...

mahu tak mahu,
banyak perkara telah berlalu,
walau xsemua yg dtg kita mahu,
tapi semuanya mengajar kita tahu,
tantang sebuah keba

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH