Thani Soifi..Thani Soifi..
Fikiran sudah melayang ke malaysia sebenarnya.
Walau kini hanya melihat teman se'Batch' bakal pulang dahulu, tetapi saya sendiri yang merasa jasad sudah terawang-awang di benua sana.
Sekadar Selingan. :)
Fikiran sudah melayang ke malaysia sebenarnya.
Walau kini hanya melihat teman se'Batch' bakal pulang dahulu, tetapi saya sendiri yang merasa jasad sudah terawang-awang di benua sana.
Sekadar Selingan. :)
Walau baru beberapa minggu tidak mengupdated 'SKH', terasa kosong bila jari jemari tidak melakar. Bukan tiada ilham, namun harus dikuburkan sementara. Untuk menunaikan amanah yang sedia ada, matlamat dan hadaf pertama bertandang ke laman sahrawi ini.
Dengan kalam Bismillah, ku kongsikan rasa jiwa
Dengan secebis madah, ku mula berbahasa.
"Bumi Sebagai Hamparan,
Langit sebagai Atap,
Mad'u itu sentiasa bertebaran
Da'ie lah bakal mengambil peranan yang tetap."
Ada suatu ketika,
Yang banyak aku kesali.
Tidak perlu melihat yang di luar sana,
Cukup melihat diri sendiri.
22Tahun, Itu yang ku susuri. Usia yang meningkat, tanpa disedari.
Semalam, Itulah sejarah.
Hari ini, Kita mencipta wadah.
Entah esok kita tidak tahu terjadi apakah ..
Yang pasti silam itu bakal kembali juga untuk dijengah.
Semalam,
Itulah terngiang-ngiang..
2012 saksi tragedi berdarah
Ahh~ Dunia semakin parah
Dengan penindasan yang penuh mehnah..
Ahh~
Aku tidak peduli.
Apatah lagi untuk takuti
Salahkah kami untuk melontarkan suara hati?
Kebebasan dikecam, Rakyat dicederai.
Wahai pemerintah negara,
Beginikah kezaliman yang diterima?
Dihamburkan dengan kata-kata kesat dan dusta
Sepak terajang bagai menggila
Belas kasihan sudah lagi tiada.
Mahasiswa bukan dalam kerangka yang sempit
Minda terhimpit
Lidah berbelit-belit..
Namun,
Mahasiswa adalah pemikir yang dinamik
Suatu saat nanti akan lahirkan generasi yang intelek
Salahkah mahasiswa memekik lantang menuntut pembaharuan
Hinakah mahasiswa mahu meraih kebebasan
Yang mengganti masyarakat atau ummah yang menyongsong suatu zaman baru yang bermakna untuk perpaduan..
Memperjuangkan demokrasi dan keadilan!~
Dan..
Izinkan kami membina bangsa
Benarkan kami bersuara,
Harapan bangsa adalah negara yang selesa
Benamkan jauh ke dasar bumi yang bernanah dengan manusia yang durjana
Oo Allah~
Mereka umat-MU yang tabah
Tidak langsung menyerah
Mempertahankan Wehdah Ummah
Demi kezaliman yang kian bercambah.
Bantulah mereka..Bantulah mereka~
Tragedi berdarah ini bakal diingati selamanya.
p/s:
"Keletihan dan kelelahan suatu kewajipan
Buat insan yang menelusuri Daerah TUHAN
Jangan gentar Perangi kemungkaran
Allah sayang hamba-NYA yang sentiasa berkorban."
Moga ALLAH melindungi kalian disana yang berjuang demi islam
Moga Kami disini jua akan berani untuk menjulangkan panji kebenaran.
- Atin Jieha-
1 Januari 2012
"Tahun Baru, Bagaimanakah Negara ku? "
"Lalu, Tahun Baru pun panas bertunas;
Lalu, demo siswa pun ganas ditindas"
-A.Samad Said-
0 ulasan:
Catat Ulasan