Ahad, September 19, 2010

[ seperjalanan ilham hadir menebarkan ~ ]

Views
[ seperjalanan ilham hadir menebarkan ~ ]

Langit biru Cantik..
Lebih cantik bila bersama awan yang berarak
Namun..
Hati suka..lebih jatuh cinta
seandainya dihiasi warna-warna pelangi
Kerana.. siapa sangka pelangi itu bakal menimbulkan senyuman
Malah ..hati riang gembira terciptanya ketenangan
Mengapa insan berduka
Sedangkan ALLAH sudah anugerahkan kehidupan yang tiada bandingan
Mengapa terus bermuram durja
Tatkala yang disayangi pergi tanpa meninggalkan sebuah pesanan
Hati itu milik TUHAN
fitrah itu Fitrah anugerah dari TUHAN
Cahaya itu cahaya kepada sinar kegelapan
usah sayu usah sepi berpanjangan
Kerna PELANGI itu bakal terbit
Bila awan mendung berlabuh
Gerimis jatuh berguguran
ALam yang terbentang luas..pastinya ada kiasan
Sama ada kau dan aku
jujur untuk menerima kenyataan
Pergilah engkau tinggalkan aku keseorangan
Kerna aku tidak ragu tanpa hadir engkau yang membawa kekecewaan
Cinta ALLAH cinta MiLik insan yang beriman
Tidak akan pudar andai hati setia dan tidak curang
Sepanjang perjalanan aku menghayati perubahan alam..
aku tersenyum menanti hadirnya pelangi Yang menawan
Moga penantian tidak akan sia-sia ditelan penyeksaan..~

:: Atin Jieha ::
170910
on the way MSD

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Rabu, September 15, 2010

~Sembunyikan resah selimutilah gelisah~

Views


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Atin jeha Kembali bersiaran..

Lakaran tercoret buat hati-hati yang mencari sebuah pengisian..buat muhasabah dan pedomen dalam setiap inci kehidupan..ampun dan maaf andai lakaran ini tidak seindah yang digarapkan..moga hati ini dan hati-hati disana tertaut dalam sebuah perjalanan yang berlandaskan keimanan.."ALLAH ITU YANG MAHA MENTAUTKAN"
Ilham datang saat hati dirundung kedukaan..hairan kan..?itulah saya..~ Tapi berduka bukan bermakna menyalahi ujian dan dugaan yang menimpa,bukan jua untuk meratapi segalanya pancaroba yang berlaku sepanjang diberi ruang untuk bernafas..tapi berduka agar cuba untuk memuhasabahkan balik diri dan mencari kekuatan..jangan perlu berduka yang negatif..

"saya cuba tersenyum,anda bagaimana?"~ Berduka..itu hanya kiasan.kiasan kepada hati yang sedikit merintih~indahkan sebuah kiasan..andailah manusia sering cuba untuk menyelami dan menghayati..


" Semua ciptaan Tuhan itu adalah seni yang harus dipeliharai, juga menjadi guru dan ilmu serta pengajaran kepada mereka yang mahu memikirkan.. Betapa hebatnya Tuhan yang menjadikan segalanya.. Sesungguhnya Tuhan itu indah malah menyintai keindahan.. "
~kredit to my cousin roseintel~


~Bahtera Tanpa Nakhoda~
"Sudikah anda menjadi nakhoda pelabuhan bahtera saya?"


~Tinta Tanpa Pena~
"Sudikah anda menghadiahkan pensil yang tidak memerlukan dakwat pen untuk saya melakarkan coretan pada kertas kaku bisu tiada bicara itu?"

~Kubur tidak bernisan~
"Ibarat Hidup Yang tidak berteman kan?"
"Jadi sudikah anda menjadi nisan yang bisa menjadi peringatan kpd saya, bahawa kita semakin hampir utk kembali kepada-NYA?"

~Mp4 Tanpa Earphone~

"Sudikah menjadi earphone ditelinga saya yang bisa mendengar dikala suka dan duka?"

~Kaki yang pincang sebelah~
"Sudikah menjadi teman kaki disebelah lagi yg bisa berlari kencang menaburkan bakti?"

~Gerimis tanpa Pelangi~

"atau juga pelangi yg dihiasi dgn pelbagai warna-warni dlm kehidupan anda.."


Sudikah Kalian?
Saya sangat sudi untuk kalian semua~kepada teman yang sering disekeliling saya..sering,selalu dan sentiasa..
andai ianya bisa meringankan bebanan yg terpundak dibahu kalian..andai kesemuanya bisa meraih redhaNYA..saya sangat sudi~

Saya sudi jadi "LEG" utk sesiapa yang memerlukannya...
Terutama buat yang kehilangan kaki
Yang Tiada nakhoda untuk bahteranya
yang perlukan hati untuk mendengar
yang perlukan bahu untuk bersandar dan menangis
saya sedia berkhidmat buat kalian..andai saya tidak diperlukan suatu hari nanti,saya tetap ada menemani kalian..

Tapi saat ini...~
Saya amat memerlukan bahu untuk bersandar dan menangis..
untuk melepaskan sedikit lelah dan letih..
Untuk memberikan sokongan dan nasihat
dan mengizinkan tangannya dipaut untuk saya kukuh berdiri..
adakah...??

Tiada?!
Tidak mengapa..
Saya Tahu ALLAH Ada...
ALLAH SANGAT CINTAKAN SAYA
ALLAH CINTAKAN KALIAN SEMUA
saya juga akan terus mencinta..
mencintai anda kerna-NYA
Saya Mahu menjadi pelangi
buat seusai gerimis yang membasahi
Jua
Berbuih kasih dlm panas mengadu
bertebaran sayang layaknya teman
menguak rasa hati sedalam lautan
Saya tetap akan berdiri walau ditinggalkan
saya tetap akan mencuba bertahan hingga sampai ajal
ALLAH BERSAMAku~
Sering sentiasa dan selalu

Atin jieha~
sekeping yang bernama hati.. "cubalah selimuti resah,sembunyikan gelisah" jangan tersungkur dengan kepincangan yang berlaku..yang dilanda badai dengan ombak yang menghanyut..anda mampu,anda perlu..sering,sentiasa dan selalu...

[kawal emosi,'terkawal','mengawal','kawalan',pengawalan'~]


Atin jieha
--siratan duka di balik hijab--
cari ruang untuk bernafas


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Ahad, September 12, 2010

~Usah terus menabur mimpi~

Views



Aku meneropong hari-hari mendatang, masih panjangkah umur?Usia mudaku,bagaimanakah akan kuhabiskan?Pelajaranku, Untuk apakah aku bertungkus lumus menghadapinya?keluargaku,mampukah aku mencorakkan entitinya dengan seni islam,iman dan akhlak terpuji?
Sahabat,apakah ukhuwah berteraskan dakwah yang terjalin kan terus mewangi berpanjangan?Air mata rindu mengalir laju,kembara musafir kerdil di bumi ini penuh ranjau dan aral.Seringkali aku lupa mengingati-MU dalam kesibukan aktiviti dan perancangan.Aku lupa mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian.Aku rindukan teman yang sering mengetuk hati ke arah-MU.Aku rindukan akhlak peribadi mulia.Aku rindukan syurga yang penuh kenikmatan..Tuhanku,aku merindukan saat bertemu dengan-MU.Tuhanku,Jadikanlah akal fikiranku,tanganku,mataku,kakiku dan lintasan hatiku berada seiring dengan kehendak-MU.Andai aku terleka,ketuklah aku,bangunkanlah aku dari lena angan dunia yang panjang~
--Kredit to epalhijau--

Andai aku mengatakan
"Betapa sukar menjadi bintang di langit yang tertinggi,
Betapa mudah menjadi lalang di tepi jalan"
Maka sesuatu yang tidak mustahil,akan menjadi sebaliknya -> MUSTAHIL untuk dicapai..Kerana ada di situ ketidakyakinan untuk menjadi 'BINTANG KEJORA' di langit tertinggi.
Andai kita itu sedar bahawa untuk membina sebuah bangunan
perlukan kesungguhan dan keteguhan
Kukuhkan sebuah binaan dengan semangat kekitaan serta kerjasama
kerna..jangan hairan jika suatu saat
Andai bangunan itu tidak dibina dengan kukuh
Jangan cuba rasa pelik andai ia rebah jatuh ke bumi

Terbaca status seorang sahabat~
"YA ALLAH ..aku kekadang bergurau terlalu berlebihan,,sedangkan aku tau perbuatan itu akan menggelapkan dn sekaligus akan mematikan hati..ASTAGHFRIULLAH...sahabat2..ingatkan aku jika lalai menguasai aku."

andainya sahabat kita dan kita juga sendiri tidak jemu mengingati sesama kita..redha dari-NYA dalam sebuah ukhuwah terlalu indah di kaca mata ISLAM.



Aku harungi deretan perjalanan itu..
Aku tahu tidak semua harapan itu menjadi kenyataan
Tapi tanpa harapan,manusia adalah makhluk yang tidak bertujuan
Terumbang ambing di samudera kehampaan
Tahukah kita..harapan itu seperti cahaya dalam kegelapan
Memberikan arah untuk melangkah agar tidak tersalah
Dengan harapan kita tidak lagi menjadi daun yang rapuh
Yang jatuh ke tanah rebah di bumi tandus
Kerna sebab itu aku sering menabur impian bagai bintang yang begemerlapan di angkasawan
Impian hari esok yang lebih baik dari semalam..lebih dari peristiwa silam yang perit dan pahit untuk ditelan
Dengan benih-benih impian itulah aku terbentuk,tanpa menjadikan impian itu sebuah khayalan tapi sebuah harapan yang pasti bakal dikecapi dengan titik peluh dan pengorbanan yang mengharapkan erti keikhlasan..

:: Aku tidak mahu menjadi manusia yang pesimis::
::Jua menjadi sang hipokrit::

Aku mahu dan aku impikan
Aku sering sentiasa dan selalu
Ingin bermadah dan mencipta sebuah lakaran
bersyair dan berpuitis
Atas seni kiasan yang lahirnya dari hati
Lincah mengarang,menghibur dan menyeri taman impian
Aku bukan sang wanita
yang gopoh mengejar kemasyhuran di tempat persinggahan
Tempat yang tiada ruang tiada berkekalan
Aku sang wanita..seorang muslimah PERMATA islam
yang menginginkan kemuliaan abadi
Kemasyhuran yang hakiki
Bukan yang tiada makna dan erti
Bukan sesuatu yang dimurkai ILAHI
Bukan jua didunia gersang ini
Tapi nun jauh di sana nanti
impian taman syurgawi
Ingin ku kekal sebagai bidadari...salah satu qurratul a'yun sang penyeri~

[p/s:pernah buat 'tamsilan'/perumpamaan tentang
kuih raya tart nenas..biar susah dan payah untuk
mengulinya,untuk perbentukkan ia...namun hasilnya
pasti sedap serta lazat untuk dijamahi..sering~]

-- Atin Jieha --
[Aku yang mengharapkan sesuatu itu]


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Ahad, September 05, 2010

-My Hand Made-Special For Anak TDI mama

Views


Sanah Helwah Buat Anak TDI mama
"Husna"


Nikmat Usia Yang Dianugerahkan

Moga dirimu menjadi PERMATA hati jauhari

Bercahaya bergemerlapan pada teman disisi

Mengekalkan senja dengan keindahan

Moga tiada hujan yang membawa ke malam

Semoga Detik-detik waktu yang mendatang

Adalah kebahagiaan yang tidak akan hilang dan pudar

Semoga dengan bertambah usiamu

Makin bertambah keimananmu dihati Disisi-NYA

Insha-ALLAH

~~Love You FILLAH~






-- Mama Atin Jieha --
BerTDI sampai Ke Syurga


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Jumaat, September 03, 2010

~ Satu Amanah ~

Views

Satu Amanah

Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH