-Hidup sekadar bernafas atau mengubah sejarah yang lepas-
~Menulis bukan kerna nama,Tapi menulis kerna-NYA~
Inilah yang selalu ku pasakkan dalam hati bahawa segala yang dinukilkan ini adalah datang dari hati untuk mencari redho Ilahi..Terkadang niat berbolak-balik,jiwa terbalik-balik..tangan kaku terpaku,Namun tidak mahu aku menjadi manusia yang dikaitkan dengan peribahasa 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja .
Teringat komen si pengkritik blogger sis fatiha suhaib a.k.a "ensiklopedia bergerak" pada blog ini:
"Seni adalah jiwa anda.Pada permulaan penulisan cuba membincangkan isu semasa hukum dengan penulisan yang serius.Namun demikian Font tulisan menunjukkan anda seorang yang berjiwa seni.Hari demi hari kematangan telah mengajar anda untuk menulis isu yang serius melalui penulisan berseni~
Sesungguhnya manusia ini tidak semuanya boleh menerima teguran secara sorihan (terang-terangan) ,kadang-kadang dia memerlukan kiasan seni dan hati dalam membentuk kehidupan yang lebih sempurna dalam mencapai mardhotiLLAH DIA yang Esa~"
ye..Jiwa aku tidak mampu lari dari kata-kata puitis,jiwa dan seni.Kerna sedari awal ia sudah termaktub dalam hati..Dan Kini,inilah hasilnya..segalanya bermula dari hati lantas diterjemahkan melalui lisan mahupun penulisan.Yang ku tahu,pada masa kini seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia..Namun demikian..seni masih sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan halangan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka..
Seni boleh dikatakan proses dan hasil dari pemilihan saluran medium untuk menyampaikan sama ada kepercayaan,idea,rasa,perasaan,atau teguran dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.
Seni dikategorikan dalam pelbagai bentuk seperti seni dalam penulisan,seni dalam lukisan,pertuturan dan sebagainya..dan setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni,sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni,adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang?adakah hasil seni dianggap seni apabila ia sempurna..maka,tepuk dada tanya selera.jawapan ada pada hati dan minda.kita yang menentukan sesuatu seni tersebut..seperti 'seni lukis hati' ..
Tertarik dengan sejarah seni lukis itu sendiri bagaimana seperti yang diketahui bahawa karya vincent van gogh yang telah mengalami masalah mental.Namun,lukisannya seperti 'starry starry Night' dan 'sunflower' bukan sahaja bernilai jutaan ringgit,malah menawan hati jutaan pencipta sseni seluruh dunia~Nah,hebat bukan?!
Ketahuilah,Sebuah seni lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna..malah pelukisnya mampu meluahkan perasaanya..Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku.Ia juga proses seni yang membantu membaiki fizikal,mental dan emosi seseorang,Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu menyelesaikan konflik dan masalah..membangunkan kemahiran dalaman,menguruskan tingkah laku,mengurangkan tekanan ,meningkatkan jati diri~
Dan kerna itu 'Seni kiasan hati' tercipta..bukan kerna nama,bukan kerna menjaja.Tapi disinilah destinasiku..seni dalam penulisan membuatkan aku puas dan terasa lepas,Lepas dari segala perasaan yang tidak senang,putus asa,dan pelbagai lagi rasa yang berputar keatas dan kebawah.Dengan menulis sebuah seni,disitu ku rasa semakin dekat dengan Yang Maha Esa..Menulis yang terlahir dari hati lebih baik dari menulis sekadar membuta tuli.Tiada penghayatan tanpa sebuah renungan.
~Meluahkan perasaan tanpa bercakap~
Dengan menulis didada seni kiasan hati,ia seakan-akan dapat mengurangkan tekanan,ketakutan dan kebimbangan.malah sebaliknya memberikan suatu bentuk kebebasan dalam pemikiran.
Aku bukan seorang yang petah dalam berkalam,berbicara dengan keyakinan.Itulah kelemahan yang masih aku tidak dapat buang..kerna aku sedar,aku seorang pemerhati yang bersifat diam.Bukan bermakna pasif namun aktif dalam menilai,merasa,menterjemah serta mengenal melalui pemerhatian~maka,disitulah segala yang diimbas,ku garapkan menjadi sebuah puisi,cerpen dan sebagainya..kerna pentas ragam orang itu adalah berbeza,dan disinilah pentas untuk ku melahirkan sebuah teater yang hidup dalam berjiwa.Sesungguhnya,menulis itu seperti membalas kebaikan.Aku juga ingin melakukan itu bahawa aku menulis untuk generasi yang seterusnya
~Aku budak baru belajar,andai ada salah tolong tunjukkan~
Medan ini,maka saya mengalu-alukan komen dan kritikan dari kalian..Moga saya mampu menjadi yang lebih baik untuk memperbaiki segala kesilapan.
-Aku bukan mahu omongan kosong
Apatah lagi menjadi bodoh sombong
Namun..
Menulis dengan kerendahan hati
Dalam memburu redho Rabbul IZZATI-
~-Atin Jieha~~
1 ulasan:
uhkti fillah :)
sudah lama sy bertapak menjelajah di taman hati ukhti, dan baru harini sy thu knapa 'taman hati' ukhti ini bernama seni kiasan hati..
hebat! subhana Allah.
ukhti tahu, bukan semua manusia boleh mnulis, hebat di medan maya. melontarkan idea serta buah fikir yg hebat.. dan jarang2 sekali manusia yg ada bakat menulis menterjemah bahasa jiwa yg tinggi kalamnya.. sy kagum dengan ukhti.
ukhti syg,
daei itu perlu pada pakej yg lgkap. ye, sy akui walaupon mustahil utk kita mncapai 'kesempurnaan' itu. tp tdk mustahil untuk kita usaha bukan. bonus bukan andai dia hebat di medan lapangan masyarakat pada masa yg sm gah di medan maya bersama nukilan2 dakwahnya yg memikat ! daya tarik mad'u perlu pelbagai variasi. ada kala mad'u kita seorg yg malas membaca, brgkali dia mahu lontaran2 kata yg keluar dibibir sang daei. yg disana ada ruh2 kalam yg bakal tersemat dihati. mnembusi pada setiap jiwa insani..
ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله وعمل صلحا وقال إنني من المسلمين
(fussilat:33)
teruskan mnulis ukhti. sungguh, kelak pasti tintamu ini bakal mnjadi saksi sang pembela di hari kebangkitan nnti.. moga2 ada saham mu disyurga nnti.. ameen!
yg sntiasa mndoakan kamu..
SK.
maafkan sy mningglkn jejak disini, sdgkan ia tdk pernah dipinta.
Catat Ulasan