Sabtu, November 13, 2010

Konsep Pengorbanan menurut islam

Views

Saya adalah saya..
Yang sering melakar dengan senjata pena..
Jari yang ligat mewarna..
mencoret sesuatu yang sering tidak terjangka..

~Konsep pengorbanan menurut pandangan islam~

Buat tautan hati yang tercari-cari erti sebuah pengorbanan..ayuh kita muhasabah diri ~

Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk melakar didada Pelangi "seni kiasan hati"..diizinkan lagi oleh-NYA untuk menghirup ruangan udara yang di anugerahkan..tiada yang indah selain mengecapi rahmat redha ILAHI..Subhanallah..ampunkan ku YA ALLAH..seandainya terkadang hati2 ini sering lupa dan terlalai..
sering alpa dan mungkar..teguhkanlah hati ku ini 'WAJIB' menyusur di jalan-MU..allahumma ameen..

Tadhiyah..pengorbanan..
Dari perspektif islam memerlukan penghuraian yang luas kerana ia merupakan sifat yang mulia,yang melambangkan ketulenan,kemulusan dan kesepaduan serta kekuatan dalam memperkasakan pengalaman serta penghayatan islam untuk keredhaan ILAHI.~

Hati-hati yang tercari-cari..
Pengorbanan itu akan dapat dilakukan bilamana seseorang itu mempunyai jalin gabung kekuatan dalaman di antara fizikal,emotional,spiritual,dan juga mental.Ertinya gabungan pemikiran fizikal agama dan emosi yang kuat,maka seseorang itu akan mampu melakukan ataupun menterjemahkan pengorbanan yang luar biasa.
Seperti mana yang kita lihat kisah para SAHABAT terdahulu:
Baginda Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Uthman Bin Affan mengorbankan seluruh hartanya di jalan ALLAH S.W.T tanpa sedikit pun rasa timbul dalam hati rasa kerugian..
Dan begitu juga golongan Muhajirin dan Ansar..Golongan Muhajirin merupakan Sahabat-Sahabat yang berhijrah dari mekah ke madinah dimana mereka sanggup meninggalkan keluarga tercinta,tanah air yang menjadi darah daging kehidupan mereka ,segala kecintaan dan harta yang telah mereka bina,mereka sanggup meninggalkan dan berhijrah ke madinatul munawwarah semata-mata kerana agama.sesungguhnya, tanpa ada kesepaduan,kekuatan dan penghayatan yang tinggi seseorang itu tidak akan mampu melakukan pengorbanan yang begitu tulus dan mulus.

Yang meninjau apa itu pengorbanan....~

Sekiranya kita melihat golongan ANsar pula,mereka sanggup melakukan pengorbanan yang luar biasa iaitu mereka sanggup menginfakkan harta mereka,membahagikan pendapatan serta tempat tinggal mereka dengan golongan muhajirin ..
Lalu apakah pengorbanan yang kita telah lakukan selama ini..?renung-renungkan..~

Inilah lambang cinta yang tidak dapat difahami oleh pemikiran manusia biasa dengan mata kasar seorang manusia tersebut.Sesungguhnya lihatlah dengan mata hati yang ikhlas tulus kepada ALLAH S.W.T.
Pengorbanan merupakan salah satu sikap yang mulia yang tinggi nilainya disisi ALLAH kerana orang yang mampu melakukan pengorbanan ini ialah orang yang kuat nuraninya,kuat jasmaninya,serta kuat naluri-naluri kebaikannya..

Tadhiyah..~
Seseungguhnya orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi ALLAH daripada orang mukmin yang lemah..
Manusia lazimnya mencari yg tak pasti..mengejar yg jelas hanya mimpi, mendukung yang nyata sekadar ilusi,mengagumi yang terbukti cuma fantasi,namun inilah hakikat duniawi, lumrahnya naluri bergelar insani.Nafsu serakah membuta tuli,tunduk dan sujud pada nafsi,natijah tidak pernah dipeduli, asalkan puas nafsu dihati,walau terkorban maruah diri,semua itu tidak lagi dipeduli, sekalipun terhina dimaki dicaci........~~^^~~jadi jom muhasabah diri..agar kita tidak terus lali dengan duniawi..

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

(Surah Ali 'Imran 3:139)

--Atin Jieha--
[ Keberhasilan itu pasti!~ andai ada usaha dan pengorbanan ]
mode: mencari bahan untuk Forum
13112010





☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH