Khamis, Disember 09, 2010

--Genggamlah tanganku YA ALLAH--

Views

Tatkala air mata bergenang
Aku pasti melakarkan puisi
Tatkala gerimis mengundang
Coretan yang digemburkan berdasarkan hati
Melakar sebuah lukisan hidup
Tidak semudah mengeja abjad huruf
Sungguh..
Untuk mengorak langkah tatkala pernah rebah jatuh
Perlu ketabahan yang sangat kukuh
Bukan mahu menceritakan sebuah kegagalan
Bukan jua ingin merintih berpanjangan
Sekadar cetusan hasil dari sebuah kiasan
Yang memerlukan perkongsian dari diri yang telah kecundang
TUHAN..
Aku tidak mahu menjadi hamba-MU yang kufur nikmat
Apatah lagi yang mensia-siakan nikmat
Namun aku datang melangkah penuh dengan hajat
Jangan tinggalkan aku walau sesaat
TUHAN..
Andai sebuah pelangi telah ENGKAU anugerahkan
Kurniakan sinar mentari yang menghangatkan
Andai langit biru ENGKAU lakarkan dengan penuh kiasan
Jangan ENGKAU hilangkan ia dari pandangan
TUHAN..
sejauh mana aku melangkah,genggamlah tanganku..
Bimbingilah daku demi mencapai redho-MU
Jangan Biarkan Aku..
Jangan Menjauhi Aku..
Kerana Tanpa cinta-MU
Aku pasti hanyut dibuai arus waktu..
TUHAN..
Kembali aku memutarkan anak kunci yang melekat
Di daun pintu tabir jiwa yang tertutup rapat
Ingin ku masuki taman cinta-MU yang dipenuhi aneka nikmat
bersama sebuah harapan yang tersemat
TUHAN..
Genggamlah tanganku..
senandungkanlah kepadaku sebuah pedoman dari-MU
Akan ku hiburkan diri dengan muhasabah dan senyuman
Itulah yang lebih baik tatkala duduk termenung sendirian
Seputar bersama alam menghembuskan segala keraguan
Menongkah arus meniti badai menuju sebuah impian
TUHAN..
Kini ku sedar
Masih ada tali yang mampu menyelamatkan
Tali yang harus dijadikan pegangan
Yang bakal memberi kita suntikan harapan
Yang sentiasa di sana bila kita memerlukan

--Genggamlah tanganku oh TUHAN--


~Kerana ku punya ENGKAU
Sesungguhnya tanpa-MU aku adalah hampas yang tidak berguna
Moga disitu adanya harapan~

--Atin Jieha--
09122010
13:45
[ Di bawah pohon ..di sebuah bangku..duduk termenung bersendirian ]


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam adik fatin jieha...erm..terima kasih yer folo akak. Akak folo adik semula yer.

Adik cayang, bila akak tgk blog adik ni akak terigatkan blog akak yg lama. Latarnya berwarna hitam dan ade salji turun disebelah kiri dan kanan blog. Its truly melt my heart. ..=)

ok la yer...anyway, nice blog n nice n3 also. Keep it up my dear. Be agood muslimah.

And 1 of ur poem, make me remember 1 thing, yes, its my old blog's title. Bidadari syurgaNya (nama lama blog akak. Nostalgia sungguh bila tgk blog adik ni.

Unknown berkata...

salam adik atien jiha...

tahniah adik di tag oleh akak utk join kontest ni yer...

sayang adik...ngeee=)

http://anaraudhah.blogspot.com/2010/12/kontest-blog-terkemas.html

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH