[ Saya mahu menulis sebentar ]
Bersama notebook dan secangkir ilham dari DIA
~Mengenai saya,mengenai dia,mereka,dan kalian~
Tapi saya ingin menulis sebuah kehidupan
mengenai cerita cinta,persahabatan,perjuangan dalam sebuah kehidupan!~
Insan mana yang tidak pernah memburu cinta 'dia'?
Lantas tersasar pada bukan jalannya
Pasti akan ada sejarah walau sekali dalam seumur hidup
Itulah realiti~
Namun disaat kita memburu cinta 'dia'
Adakah kita menyedari bahawasanya kita telah mengabaikan Cinta kita terhadap 'DIA'?
Cinta yang memang WAJIB wujud sedari kita masih dalam rahim lagi
Cinta yang tidak pernah meninggalkan kita walau seringkali kita 'CURANG'
terhadap cinta 'DIA'..
Subhanallah~..AllahuAkbar..
..segera...Kembali kepada 'DIA'
DIA..dengan cinta DIA
Ditutupi segala aib kita hamba yang hina
Memberi peluang pada kita berjuta kali
DIA..cinta DIA
Saat DIA mencintai kita
Tempat pertama menerima sentuhan cinta DIA itu ialah hati kita
-- Rintik gerimis mengundang --
Di malam hening ini, ku mendengar titisan hujan membasahi hati seorang teman seperjuangan
'Menangis lagikah dia?'
Berulang-ulang kali ku menyebut...
ALLAH..dekatilah dia..ALLAH..Tenangkanlah hati dia
Bisikkan pada hati dia,ENGKAU tidak pernah meninggalkan dia..
Peganglah jiwanya bahawa ENGKAU sentiasa mengenggam tangannya
Hati ku jua tersentuh
Memahami cebisan hati seorang teman
antara cinta 'dia' dan Cinta 'DIA'
cinta 'dia' itu FITRAH
cinta 'DIA' itu AGUNG
Tapi cinta 'dia' itu terkadang sakit
Namun cinta 'DIA' sangat indah..tiada kelukaan apatah lagi penderitaan
Bukankah melalui 'DIA'
maka dianugerahkan 'dia' kepada kita?
Bukankah kerana 'DIA'
Ada hadiah 'Pelangi' buat kita?
Cinta 'DIA' kekal tidak pernah luntur
Walau dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka
Mahu aku menceritakan sebuah kisah
Andai dihayati,pasti kan ku malu sendiri
Malu pada 'DIA'..Bersalahku pada 'DIA'
Andai kalian merenungi..maka anda jua merasai apa yang ingin ku garapkan disini
Cintailah DIA..Cintailah DIA..Cintailah DIA
Walhal matahari jua sentiasa sujud pada 'DIA'
kalian:~
Pernah Rasulullah S.A.W Bersabda:
Matahari itu berjalan sehingga sampai di perhentiannya iaitu di bawah 'Arasy
kemudian matahari itu sujud
Ia sujud sehingga datang perintah ALLAH:
Bangkitlah dan kembalilah ke tempatmu semula!
Setelah matahari mendapat perintah dari ALLAH SWT
Maka dia meneruskan perjalanannya seperti biasa sehingga kembali di tempat perhentiannya
di bawah 'Arasy
Lalu matahari sujud lagi sehingga datang perintah ALLAH SWT:
"Bangkitlah dan kembalilah ke tempatmu semula"
maka matahari pun bangun dan ia pun terbit semula seperti biasa di tempatnya
Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Matahari itu tidak pernah mungkar sedikit pun hingga ia sampai kembali ke tempat perhentiannya di bawah 'Arasy
Dan apabila matahari menerima perintah dari ALLAH SWT yang bermaksud:
"Bangunlah dan muncullah kamu di tempat kamu biasa tenggelam"
Maka pada masa itulah akan terbit matahari di sebelah barat
Tahukah kamu semua bilakah hal ini terjadi
(terbitnya matahari sebelah barat)
Iannya akan terjadi pada hari di mana iman seseorang itu tidak berguna lagi
Jika sebelumnya dia tidak beriman!
kalian:~
Semua ciptaan ALLAH SWT sentiasa tunduk dan sujud pada ALLAH kecuali manusia
dan Jin yang ingkar
Manusia mempunyai akal fikiran yang baik dan dapat memahami
dan melihat dan merasai segala ciptaan ALLAH
Tetapi malangnya masih banyak lagi yang ingkar pada perintah ALLAH
Kalian..Cintailah DIA..Wajib wahai kalian!~
Kalaulah matahari yang begitu kuat kuasa yang ALLAH berikan padanya
sentiasa sujud kepada ALLAH
Jadi mengapakah kita yang lemah ini sangat degil tidak mahu menyembah-NYA?
"Aku menyembah ALLAH kerana mencintai-NYA dan aku tidak mencintai-NYA jika aku tidak menyembah-NYA"
(Al fudayl bin Iyadh )
Kita hanya perlukan 'DIA'
Kita tidak perlukan 'dia' jika belum sampai serunya
Terbang..tidak tinggi.
Namun jika kita yakin bahawa dengan terbang begini
Tidak berjaya terbang disisinya pun
Kita tetap sampai disisi-NYA nanti..pasti!~
Surah Asy-Syuura
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ
[19] Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
"Betapa indahnya hidup kerana Allah menentukan segalanya rahsia, bukan hanya jodoh namun saat seterusnya jua tiada dalam pengetahuan hamba-hambaNYA.Maka manusia hidup dalam keadaan sentiasa berusaha. InsyaAllah, keyakinan kepada ketentuanNYA membawa kepada tawakal dan merasai indahnya redha. Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNYA.Yakinlah segalanya telah ditentukan masanya dan akan terlaksana pada masa yang terbaik"
Jangan jemu berdoa:
“Ya Allah,
kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara
satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan
hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar
kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan.
Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami
benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang
antara kami hanyalah
satu..Menuju redhaMu“
satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan
hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar
kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan.
Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami
benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang
antara kami hanyalah
satu..Menuju redhaMu“
~Teruskanlah langkah..
Biarpun menjejak cinta 'DIA' amat payah
Moga berdetik hati mencari redho 'DIA'
Berdegup jiwa mengejar kasih dan cinta 'DIA'
Allahuakbar!~
- Sungguh! kita tidak perlu 'dia'
Tapi kita sangat perlukan 'DIA'-
Akan tiba masa 'DIA' pasti menganugerahkan 'dia' yang juga melabuhkan cinta 'dia' pada 'DIA'
Janji ALLAH pasti!~
--Atinjieha--
18122010
04:a.m
[ ALLAH,Peliharalah hati ku hanya untuk-MU ]
0 ulasan:
Catat Ulasan